Thursday 31 October 2013

Morning Exercise di Sumedang

Assalamualaikum wbt.

For those yang mungkin tak tahu, Sumedang adalah satu kota/daerah di Jawa Barat, Indonesia bersebelahan dengan Bandung. (haa..Bandung kalau tak tau gak, tak tau nak kata ape dah.)
Sumedang ni macam bandar apa eh kat Malaysia? Pekan, Pahang? (saja nak memanaskan my friend yang org Pekan =P Mean no harm.)
Mall yang ada, paling Griya - standard Giant lah kalau kat Malaysia. Itu je. (titik)

Anyway, kat tempat ni famous dengan tahu Sumedang (sangat sedap, kalau datang Bandung boleh je try, kat tepi2 jalan ada...)
Famous gak dengan ubi madu cileumbu. (sangat sedap gak!)

(Makanan jelah yang saya tau..hehe)

Well, apelah takde keje sangat dok exercise sampai ke Sumedang?
Huhu..INGAT NAK SANGAT KE?? (tetibe emo, sisa tension dengan FK UNPAD masih ada =P)

Actually, sekarang dan untuk 2 bulan ke depannya kat Sumedang nih, untuk selesaikan magang aka praktikal di rumah sakit (read: hospital) dan puskesmas (read: klinik kesehatan daerah). Nanti beralih pulak 2 bulan di Ciamis, then 1 bulan di Bandung. And right after that, I'll be back to Malaysia for good, insyaAllah.

Berbalik kepada tajuk. (hehe..tersasar lebih2 plak)
Disebabkan masa yang agak (baca: terlebih) lapang selama magang nih, my friend Susi (she's Malaysian btw) and I decided lah untuk pergi exercise selang sehari.
And we discovered a place, called alun-alun (baca: lapangan) which is sangat sesuai untuk exercise, not far from our rental house.

So pagi tadi, was the 2nd time we went there and 1st time pegi right after solat Subuh. (Selalu pegi petang-petang bila matahari dah menyorok belakang awan). Around 04:50 am (kat Malaysia 05:50) kiteorang pun berangkat (read: bertolak).

And surprisingly when we reached there, dah ramai orang yang tengah exercise gak kot!
(I underestimated people in Sumedang. I thought at time like this, they most probably be sleeping soundly or getting ready to work)

But kinda cute? Sebab...
Macam-macam gaya orang yang exercise kat sini..(How i wish i can share a picture with u guys, but anyway, don't imagine these people were running, brisk walking counted as exercise ok.)

Dari yang pakai selipar, sampai ada ibu (read: makcik) yang pakai kain, bapak (read: pakcik) yang bawak baby.. Sangat sweet bila ada pasangan suami isteri age around 60 walking together side by side. Tapi yang terbaik, pak imam masjid sebelah alun-alun nih. Keluar dari masjid terus brisk walk dengan kopiah, kain pelekat ngan tasbih kat tangan. Siap 2 round plak tu. (Jadi stalker plak tetibe =P) One word - Subhanallah!

Langsung teringat salah satu muasafat ibadah: Qawiyyal Jism = Kuat tubuh badan.

Rasulullah saw. bersabda:
(المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف (رواه مسلم
Artinya: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah.” (HR.Muslim)


Betullah. Nak jadi seorang muslim yang hebat bukan sekadar perlu penuh ilmu agama di dada, tapi badan kenalah tough! Baru nak beribadah tu senang tanpa halangan. Baru musuh Islam kecut tengok. Huh. (kesat peluh)

p.s. Betulkan niat. Orang pompuan nih, selalunya exercise sebab nak selim melim (erk, kenapa terasa pedas sendiri eh?) tapi sayanglah kalau camtu. Selim melim mungkin dapat, pahala Allah tak.

p.s. lagi. Saya fikirkan gak saya nanti sebagai doktor in future, nak nasihatkan patient untuk kawal pemakanan, jaga berat badan. Dan waktu tu, saya tak dapat bayangkan if patient tengok dan tunjuk kat saya dan kata, "errr..tapi kenapa doktor..?" (ayat seterusnya disensored untuk tidak menyinggung perasaan penulis)

.:Saksikan Bahawa Aku Seorang Muslim:.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails