Wednesday, 11 November 2009

Kenapa Saya Berubah? (Part I)

Agak terkedu pada ketika kawan saya menanyakan satu soalan,

"Apa yang membuatkan awak tergerak untuk berubah?"

Terkedu bukan kerna apa..
Tapi agak kaget soalan itu diajukan tanpa hujung pangkal..

Berubah? Apa yang berubah?
Apa bezanya kalau dibandingkan dengan saya yang dulu?

Mungkin sudah sedikit sebanyak telah saya ubah...
Penampilan..
Perwatakan..
Untuk menjadi yang lebih baik..
Tapi bagi saya, belum cukup baik..
Banyak yang masih perlu dibaiki..

Saya tak menjawab pantas solan yang diajukan...
Di kepala terliar-liar jawapan yang terbaik itu saya berikan..
Selepas sejenak, akhirnya saya menjawab,


"Sebab kita tak tahu bila kita akan mati"


Tapi tak tahu kenapa..
Rasa macam tak puas hati dengan jawapan itu..

Saya tak rasa jawapan yang saya bagi tu salah..
Betul la kan..
Ajal maut di tangan Allah..
Bayangkan jika kita mati tanpa iman dihati??
Kelak di akhirat yang merana, diri sendiri!

Tapi..
Pasti ada jawapan yang lebih baik..

Kenapa saya berubah? Dalam erti kata, berubah untuk mendekatkan diri kepada Sang Pecipta...

saya langsung diam..
Ligat kepala saya mencari jawapan lain...
Mujur kawan saya tak bertanya lebih, kalau tidak, jenuh juga nak menjawab..

Agak lama saya berfikir..

Kenapa saya berubah?

Tiba2, teringat kata2 seorang senior tatkala beliau memberi tazkirah berkaitan fitrah manusia..
Fitrah manusia mencari tuhannya...
Fitrah manusia kepada kebaikan...


Ya! Sudah menjadi fitrah!
Maka tidak hairanlah jika saya berubah..
Tidak hairan jika sesiapapun berubah..
Kerana fitrah ingin dekatkan diri dengan tuhan yang menciptakan segala makhluk yang ada di muka bumi.

Tapi kalau memang fitrah manusia, kenapa masih ada orang yang bagai tak ada hala tuju hidup?
Ada yang sampai tak percaya tuhan?

Itu adalah kerana nafsu jahat telah menguasai diri...
Maka Allah telah tutup pintu hatinya dan tidak memberi petunjuk..

Dan mungkin juga kerana dia sendiri tiada keinginan untuk mencari tuhannya...
Hanya mahu melayari hidup dengan sia-sia..

...Maka barangsiapa yang menghendaki, nescaya dia menempuh jalan kembali kepada tuhannya.


(Surah An-Naba',78:39)

Jelas-jelas dalam ayat suci di atas, jika kita menghendaki, kita akan kembali kepada tuhan kita..
Kalau tak nak, terserah kepada kita..
Teruskanlah hidup dalam keindahan dunia yang sementara..

" Sesungguhnya orang2 yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu, dan orang-orang yang melalaikan ayat2 Kami, mereka itu tempatnya di neraka, kerana apa yang telah mereka lakukan."


(Surah Yunus,10:7)

End Part I


.:When Heart Does the Talking:.

Tuesday, 3 November 2009

Maaf Teman, Aku Sendiri Tak Mengerti Diriku

Air mata mengalir tanpa dapat ku kawal...
Apa yang telah aku lakukan?
Aku telah membuat kau berkecil hati..
Maafkan aku teman..

Sungguh! Dalam hati ini...
Aku tak suka menyakiti..
Apatah lagi menggurisi...
Kerna aku tahu rasanya bila disakiti..
Aku tahu betapa perit rasa hati..

Bukan silapmu air mata ini mengalir ke pipi..

Membuat dirimu begitu, hatiku bagai disakiti..
Dalam diam aku membenci diri..
Aku bukan sahabat yang dicari-cari..

Aku benar-benar tak mengerti diri ini...
Aku mahu ada sahabat disisi..
Tapi ketakutan menguasai..
Ketakutan untuk berharap..
Ketakutan akan masa lalu yang menghinggap..

Keperitan masa lalu yang aku lalui..

Banyak hati-hati telah ku sakiti...
Tapi bukan atas keinginanku..
Tapi atas sebab diriku sendiri..

Aku takut untuk berteman..
Kerna aku takut aku kan menyakiti lagi..

Aku sedang cuba perbaiki diri..
Teman, harap kau mengerti..

Aku menyayangimu kerana Ilahi..



.:When Heart Does the Talking:.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails