Thursday 25 December 2008

Trip to Saung Anklung Udjo

Ahad baru-baru ni, Biro Kesenian & Kebudayaan PKPMI telah menganjurkan lawatan ke Saung Anklung Udjo bertempat di Bandung..

Excited sangat nak pergi!! Waktu diedarkan senarai sesape yang berminat nak gi lawatan ni pun, nama saya adalah antara yang terawal! Hehe..

Mesti ada yang tertanya2, apalah yg excited sgt..tengok angklung jer..
Bagi saya itulah jawapan yg akan keluar dari mulut orang2 yang tidak menghargai seni! Art is a part of Life..Jadi kite perlu menghargainya..
Tambah2..ini adalah salah satu kebudayaan negara orang.. Tak salah untuk kita nak tambah ilmu tentang budaya mereka..

Makin bertambah excited bila ditunjukkan slide sedikit sebanyak aktiviti dan suasana di situ nanti.. Tak sabar nak tgk budak2 kecil menari, kepala geleng2..haha

Ahad itu, berkumpul dekat atm BNI di gerbang jam 1.45 pm..Tapi biasela kan..tak punctual punye.. Pukul 2 lebih baru la bertolak naik angkot yg telah disediakan.. Kuih2 ad dikasi gak untuk alas perut..Bru je lunch time tu, tapi ntah kenapa.. Perut masih menginginkan sesuatu utk diisi..Jadinya tak sampai beberapa minit, kosong lah kotak makanan tu.. Alhamdulillah..tak lah membazir..hoho (alasan...:P)


Dalam angkot, on the way to Saung Ankloung Udjo


Perjalanan makan masa dalam 45 minit..

Sesampai je di sana, kami disambut dengan baik sekali.. Ad welcoming gift and drinks.. Pusing2 kat souvenir shop sambil2 tangkap gambar sementara tunggu performance angklong bermula.. Cantik sgt2 barang2 yang dijual..Angklung, patung2 (kebanyakannya muka scary~) , topeng.. Tapi tak sempat nak habis tengok, senior2 mengarahkan kami ke pentas persembahan..


Di Souvenir Shop

Persembahan bermula lebih kurang jam 3.30pm..

Persembahan pertama adalah Wayang Golek..Demo utk 15 minit je la sebab katanya, sebetulnya wayang golek memakan masa 9 jam..gile ke ap.. Persembahan dalam bahasa sunda, membuatkan kita orang ternganga..sebab tak paham jalan cerita..tapi cuba2 paham melalui pergerakan character2 yang dimainkan.. Ada la a few words yang boleh difahami.. Tapi kesian tengok mat saleh2 yang kelihatannya blur.. Part2 lawak, mereka termangu je..haha



Persembahan kedua bermula bila kanak2 yang sangat comel memasuki pentas persembahan..Nama persembahan adalah Helaran.. Seorang anak kecil ditempatkan di satu kerusi khas dan dibawa keliling..diikuti nyanyian dan tarian..Comel sangat! At the end of the performance, barulah kami dijelaskan yang situasi seperti itu diadakan sewaktu majlis berkhatan..Budak yang berkatan akan diarak sekeliling kampung.. Nak tunjuk la yang budak tu dah sunat..hebat la kiranya..

Next performance, adalah Sundanese Dance- The Mask Dance.. Host tu kata, sepanjang performance, penari pakai topeng..tapi lagi tinggal beberapa minit nk abis persembahan, baru pakai..Tarian ini personally bagi saya membosankan..Ntah papela..

Diikuti pula persembahan Arumba..mereka memainkan alat-alat musik yang diperbuat dari bamboo dengan asyik sekali..
Setrusya adalah Mini Anklong dan Anklong Padaeng.. Mereka memainkan 5 buah lagu dari merata tempat di Indonesia seperti lagu dari Acheh, Sumatera, Jakarta, Jawa Tengah dan Papua..Kelakar sangat bila teringat gelagat seorang budak berusia baru 2 tahun yang sama2 terlibat dalam persembahan.. Sepatutnya angklung yang dipegang itu, perlu digoyang mengikut irama, tapi dia guna angklung jadi kuda kepang..



Last part of the performance is the best part..Play angklung together! Kami dipinjamkan angklung untuk dimainkan bersama..Angklung itu sendiri diklassifikasi kepada 7 jenis, 1 smpai 7..Same je la macam musik ad notes a sampai g, do re mi fa so la ti do..
Kami diajar cara nak main angklung.. Bunyi pendek, panjang dan sangat panjang.. Kemudian, diajar membaca isyarat tangan yang diberi..kalau tangan cam gini, orang yang pegang aklung nombor gini2 kena la mainkan angklungnya..
Mula2, main lagu kanak2..seterusnya yang lebih susah..
Akhirya, kami berjaya memainkan lagu2 hits seperti lagu Can't Help Falling in Love with You, You Raise Me Up..dan ada a few lagu yang tak ingat tajuknya..hebat..huhu.. Duha semangat je dok main angklung die..haha

Jam menunjukkan pukul 5..Tak solat Asar lagi, tapi performance lum abis..Tak boleh jadi, solat itu lebih penting! Selesai solat, persembahan tu dah habis..

Kami diberi masa untuk beli2 souvenir.. Tapi saya dan Duha ambil kesempatan ut=ntuk bergambar di pentas..hehe..tangkap gambar dengan instruments dan tak lupe bergambar dengan seorang budak yang menjadi kegilaan ramai~ haha..( jgn jeles kpd sesiapa yang berkenaan..) bukan apa.. Tapi sebab budak ni waktu menari semangat giler..



Selesai beli souvenir, kami pun pulang naik angkot tadi.. Macam biasa, jalan jam.. So, tersengguk2 la dalam angkot, perut pun tak sedap~

Tapi tak kisah la..hari ini saya mendapat pengalaman yang tidak dilupakan..belajar main angklung dan merasai budaya orang Sunda..Kalau nak ditulis kegembiraan waktu menyaksikan persembahan itu, tak dapat ditandingkan dengan perasaan sebenar.. Anyway, i'll keep this sweet memories in mind..

.: When Heart Does the Talking :.

Wednesday 10 December 2008

Cukupkah Hanya Sekadar Tutup Kepala?

Banyak blog yang saya lawati hari ini..

Bila cakap pasal aurat muslimah, kelihatannya tak ramai akhwat yang menyentuh perihal itu sedangkan masalah auratlah yang menjadi problematika muslimah kini.. Agak segan juga bila perihal aurat ini lebih banyak diutarakan oleh golongan ikhwan dan bukan kita sendiri.. Tapi saya sedar, kita harus saling mengingatkan.. Dan mungkin terkadang kita perempuan terlepas pandang, makanya lelaki bertindak menegur.. Terima kasih saya ucapkan..

Saya tergerak untuk membincangkan hal ini..

Tergerak ingin menyatakan apa yang ada di fikiran...Terdetik untuk berkongsi pengalaman dan ilmu yang diberi kepada saya oleh Yang Maha Kuasa..untuk kebaikan kita bersama..

Saya tidaklah bertudung labuh, dan saya tidaklah sebagus mana tentang agama Allah...

Tapi demi Allah saya tidak pernah rasa cukup dengan diri saya yang sekarang...Tiap hari saya mencuba untuk menjadi lebih baik dari semalam..Saya ingin berubah menjadi yang lebih baik! Saya percaya semua orang juga begitu...InsyaAllah..

Saya tidak malu untuk mengaku yang dulunya saya itu agak jahil tentang Islam.. Saya sering mencari alasan untuk tidak menutup aurat dengan sepenuhnya..Ya, saya memakai tudung..kalau nak dihitung, since darjah 4 lagi.. tapi waktu tu kat sekolah je la..Tapi, bila umur makin bertambah, tudung tu dah jadi kewajiban..Namun begitu, cukupkah sekadar menutup kepala?

Dulunya saya sering menganggap...

" Ala..kan sekolah perempuan, pakai baju lengan pendek pun tak pe..Cikgu lelaki jarang ada, bukan nampak pun kalau kita tak pakai tudung.." Itu waktu saya ditempatkan di satu sekolah perempuan di tengah bandar Petaling Jaya beberapa tahun lepas..

" Kaki bukannya orang pandang pun, tak payah tutup pun tak pe.."

" Kalau pakai kasut ni dengan stokin tak cantik la.."


Subhanallah...anda boleh menilainya sendiri kan? Betapa banyaknya dosaku ya Allah!
Tapi Alhamdulillah, syukur kerna Allah tidak membiarkan saya dalam kesesatan, kejahilan..

Allah telah tetapkan saya menuntut ilmu di Indonesia, di Universitas Padjadjaran..
Allah jadikan saya dikelilingi teman-teman yang sentiasa mendorong dan membimbing untuk menjadi muslimah yang sebenar..

Saya memang dah lama berkeinginan untuk berubah, tapi keinginan itu selama ini saya pendam..
Kewajiban menutup aurat sudah lama saya ketahui, tapi tak saya endahkan apa lagi menuruti...Mungkin saya takut saya tak dapat istiqamah.. Dan mungkin juga saya takut keindahan dunia yang saya rasai akan hilang jika saya berubah..

Yela..kalau dah tutup aurat dgn sempurna, perilaku pun harus disempurnakanlah.. Tak boleh la nak 'meronggeng' kat Mid Valley, pergi Genting Highlands bersuka-ria sampai tak ingat dunia.. Itulah port2 favorite saya dulu..
Seronok memang seronok..hangout dengan member2..tapi..apa itu tujuan kita hidup di muka bumi sebagai hamba Allah?

Sesampai je saya kat Indonesia ni..Alhamdulillah tak lama untuk saya tergerak hati untuk berubah..lantas saya nyatakan hasrat saya ke teman-teman..Mereka sangat bersyukur bila saya ambil keputusan mengambil langkah kanan itu..
Teringat lagi nasihat diorang..

" Berubahlah sedikit-sedikit..jangan paksa-paksa..tapi, biarlah istiqamah.."

First2 nak berubah susah sangat2!!
Hati memang kene kuat..

Ada satu hari itu, saya mula melabuhkan tudung menutup dada.. (Kalau tak dulu pakai tudung lilit kepala.. Imagine sendiri la gane ek..)Honestly, saya tak rasa selesa sangat, tapi saya tetap mencuba..
Tup2..ada seorang kawan lelaki menegur saya..

"Bella, ko pakai tudung gitu nampak macam mak cik je.."

Betapa geramnya hati ini..Saya mengadu ke seorang teman yang rapat dengan saya.. Tapi dengan tenang dia menjawab..

"Bella jangan fikir apa yang orang kata, tapi kena fikir apa yang Allah kata,"

Langsung terdiam saya..Betul3 (Gaya Upin&Ipin..:P )
Terus hilang geram saya kat budak lelaki tu..Lantaklah die nak kutuk saya ni makcik ke ap..Asalkan mendapat keredhaan Allah..InsyaAllah..

Bila tengok sekeliling, mata ni sakit sangat..
Tengok yang pakai tudung berlengan baju pendek..
Dah elok2 pakai baju kurung, diangkat kainnya sampai ke lutut...
Buat bodoh je bila lelaki lalu lalang..
Boleh plak nak marah bila lelaki2 itu mengenyit mata..
Sungguh bertambah pedih bila mereka itu adalah sahabat2 saya sendiri..Sahabat2 yang saya sayangi..Sahabat2 yang tak mahu saya biarkan terjerumus dalam dosa..
Tapi, saya sangat2 tak ada keberanian untuk menegur..Bagaimana?

Akan saya tanamkan keberanian itu hari demi hari..
Tapi buat masa ini, coretan blog ini sajalah yang saya mampu lakukan..

Sahabat2 perempuanku,

Bukankah dalam Al-Quran sendiri Allah telah berfirman dalam surah an-Nur ayat 31:

Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudungnya ke dadanya...

Kalau nak dikata tak pernah diajar tentang aurat, menipulah.. Kat sekolah agama dulu bukan banyak kali ke ustaz@ustazah ajar kat kita? Takpun waktu pendidikan agama islam, ada juga dalam syllabus tentang aurat ni..

Jadi mengapa mesti kita ingkar terhadap suruhan Allah?

Mengapa masih mencari-cari alasan untuk tidak menutup aurat?

Kalau ditanya, awak agama apa? Pandai jawab..Islam..

Tapi bila tanya, kenapa tak ikut ajaran Islam yang menyuruh muslimah memakai tudung? Terdiam terus..pastu buat-buat tak dengar dan tukar topik...

Lagipun untuk apa kita menayangkan perhiasan kita yang sangat berharga itu?
Nak tunjuk kecantikan kat orang ramai?
Nak biar mata-mata menjamahi kita?
Nak jadi bualan orang?
Serendah itukah harga kita?

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..
Allah menyuruh kita tutup aurat pun demi kebaikan kita juga..

Agar tak diganggu oleh manusia-manusia yang tak dapat mengawal nafsu atas sebab kurangnya iman di dada..

Renung-renungkanlah sahabat2 perempuanku sekalian..
Marilah kita sama-sama perbetulkan diri kita..
InsyaAllah, hidup kita lebih diredhai oleh Allah S.W.T



.: When Heart Does the Talking :.

Tuesday 2 December 2008

Peristiwa yang mengajarku...

Teringat peristiwa yang berlaku Ahad lepas, tanggal 23 November 2008 bersamaan 25 Zulkaedah 1429. Peristiwa ini pasti tidak akan saya lupakan, kerna ianya sangat menyentuh naluri hati ini, dan peristiwa ini telah membangunkan saya dari kealpaan kesenangan dunia!

Tika matahari mula memancar terik, saya ke masijd Ibnu Sina, masjid dekat Bale Padjadjaran- asrama yang saya duduki sekarang. Niat di hati nak belajar bareng dengan teman, D*** (Editted: Disensoredkan atas permintaan..=) Haha..mcm x belh teka jer..) Setibanya di perkarangan masjid, saya terlihat seorang bapak lingkungan 40-an mundar-mandir di situ. Saya mengendahkannya. Diteruskan langkah menuju ke dalam masjid. Tapi belum pun sempat naik tangga, bapak itu memberi salam kepada saya. Saya menoleh ke arahnya dan salamnya segera dibalas.

" Nak, di mana bisa bapak ketemu sama orang masjid?"

Itulah soalan pertama yang diajukan oleh bapak itu. Lebih kurang begitu la ayatnya, saya tak berapa ingat. Mata meneliti figure ini, kulitnya hitam manis, badannya sangat sangat kurus, bajunya sudah pudar warna tapi tetap nampak kemas dan hanya memakai selipar jepun.

" Di sana pak."

Saya menunjukkan ke arah rumah yang didiami oleh imam dan bilal masjid. Lastas bapak itu menjawab,

" Bapak udah ke sana tapi nggak ada orang. Bapak mau minta bantuan buat anak bapak yang lagi sakit..."

Bapak terus menunjukkan kepada saya, list ubat yang perlu dibeli dan juga kad hospitalnya. Mulanya, saya teragak-agak..mahu percaya atau tidak..boleh dipercayai ke? Tapi perasaan itu segera dihapusi oleh rasa simpati yang mula menimpal.. Sampai sekarang, saya masih ingat air mukanya.. Penuh duka, penuh kepayahan hidup..tapi bibirnya tidak lekang dengan senyuman, matanya tidak hilang sinar harapan..

" Bapak udah ke masjid- masjid yang berdekatan untuk minta bantuan, dan sudah dapat 30.000 Rp. dan kemudiannya ke sini..."
" Berapa banyak uang lagi yang bapak perlukan?" Saya bertanya.
" Kalau jumlahnya semua, lumayan.. 85.000 Rp. , tapi cukuplah yang satu ini aja (ditunjuk pada list ubat itu, ubat berharga 15.000 Rp.) , harganya 15.000 Rp..."

Saya menoleh semula ke arah rumah orang masjid, kelihatannya memang tidak ada orang. Kemudian saya memandang sekeliling kawasan masjid, dengan harapan ada orang yang boleh membantu bapak ini, tapi sayang...

Kalau lah saya bawa wang, dah lama saya bagikan ke bapak ini. Hati ini mamarahi diri, kenapalah tak bawa langsung duit? Saya tak dapat berbuat apa! Apa yang saya mampu pada waktu itu hanyalah...

" Maaf pak, saya nggak bawa uang.. Sepertinya, bapak harus datang lain hari aja ya pak.."
" Oh ya, nggak apa-apa, Assalamualaikum.."
" Waalaikumusalam.."

Kaki terus menapak tangga, mahu menuju ke dalam masjid... Tapi bagaikan berat teramat untuk melangkah..Hati sungguh tak tenang! Dipaling semula muka ke belakang, ke sudut-sudut masjid, ke hujung pandangan, jika terlihat kelibat yang dikenali.. Mana lah D*** ni? Cepat la datang D***.. Dalam hati berdoa agar D*** segera sampai, agar D*** membawa wang untuk diberi ke bapak itu... Tubuh ini bagai kaku berdiri du pintu masjid, mata terkadang memandang ke arah bapak itu yang beransur pergi..

Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, hati melonjak-lonjak kegembiraan tatkala nampak D*** sedang menuju ke masjid.. Saya melambai- lambai agar dia segera ke perkarangan masjid.

" Kenapa tak masuk?"

Tanya D***. Pasti D*** lagi hairan melihat saya berdiri di luar masjid. Sesampainya D*** di depan masjid, saya mengikutnya meletakkan buku-buku di dalam masjid. Segera saya bertanya kepadanya,

" D*** bawa duit tak?"
" Bawa, kenapa?"
Lalu saya ceritakan permasalahan bapak itu tadi...

" Boleh dipercayai ke?" tanya D*** untuk kepastian. Saya tahu D*** tanya begitu bukan apa, tapi kalau nak diikutkan zaman sekarang ni, ramai orang akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang. Saya waktu mulanya pun bagai tak percaya je kat bapak tu, tapi tak tahu lah.. Air mukanya jelas menampakkan kepayahan hidup yang dia alami, dan cara percakapannya sangat jujur..

" Bapak itu ad tunjuk list ubat yang dia nak beli sekali dengan kad hospital..."
" Berapa banyak wang yang die nak?"
" 15.ooo Rp..."

D*** mengeluarkan 15.ooo Rp. dari purse nya. Segera kami keluar dari masjid. Kelibat bapak itu masih kelihatan tidak jauh dari masjid. Di berhenti di satu sudut, dan tubuhnya berpaling ke satu arah, matanya memandang jauh ke arah itu..ke arah rumah orang masjid.. Bertambah-tambah pilu hati ini melihat bapak ini.. Dia tidak putus asa menunggu orang masjid pulang! Hati ini sangat sedih melihat bapak itu.

Kami segera mendekati bapak itu...

" Bapak, bisa dilihat kad hospital sama senarai obat tadi?" Saya tanyakan pada bapak itu untuk ditunjukkan bukti-bukti tersebut kepada D***. D*** ikut percaya dengan masalah bapak ini.

Di fikiran, merasa betapa mulianya bapak ini, seorang ayah yang sanggup meredah hari yang panas terik, mencari bantuan..membuang rasa malu untuk meminta wang di masjid-masjid bagi menanggung kos perubatan anaknya yang menghidap asthma. Betapa besarnya pengorbanan seorang ayah untuk anaknya!

Mula terbayang-bayang wajah mama dan ayah, betapa rindunya saya pada mama dan ayah.. Betapa saya selama ini tak sedar pengorbanan yang mama dan ayah dah buat untuk saya, bekerja keras, mengumpul wang untuk menghantar saya ke sini untuk menuntut ilmu..Sedangkan saya, di sini sejak dua bulan lalu.. Tanpa sedarnya menggunakan wang yang diberi dengan sesuka-hati, beli baju, beli vcd..Sungguh lapangnya hidup saya di sini, sedangkn mama dan ayah pagi petang bekerja..sudah la harus membayar rumah, kereta, keperluan keluarga..saya ini menambah pula beban mereka...

Mama, ayah..

Maafkan Bilah.. Selama ini, Bilah banyak menyusahkan mama dan ayah.. Bilah banyak buat mama dan ayah risau tentang Bilah.. Tapi sekarang Bilah dah sedar.. Bilah janji, Bilah akan balas pengorbanan dan kepayahan mama dan ayah dengan kejayaan Bilah di sini.. Akan Bilah hadiahkan segulung ijazah khas buat mama dan ayah. Mama dan ayah orang yang Bilah paling sayang! Terima kasih kerana selama ini masih percaya pada Bilah walau Bilah banyak buatkan hati mama dan ayah terluka...I LOVE YOU BOTH!

D*** memberikan wang di tangan kepada bapak itu, tapi D*** masih tak tenang hati.. Segera D*** pulang ke masjid semula untuk mengambil wang selebihnya buat bapak ini..

Sekembalinya D***, terus dia beri wang selebihnya kepada bapak itu..

" Ini pak, lagi 40.000..tadi kan udah diberi 15.000, sama 30.000 yang bapak ada..Jadinya 85.000 Rp. Sudah cukup lah untuk beli ubat buat anak bapak.." Jelas D***.

Kegembiraan benar-benar terpancar dari wajah bapak itu.. Hati saya mngucap syukur, kerna masalah bapak ini untuk membeli ubat sudah selesai.. Berkali-kali, bapak itu mengucapkan terima kasih dan mendoakan kami..Selepas mengucap salam, bapak itu berlalu pergi...

Saya benar-benar terharu, hati saya benar-benar tersentuh! Bertambah syukur bila D*** menceritakan bahawa duit yang tinggal dalam pursenya tadi cukup-cukup 40.000!


Kadang-kadang kita alpa dengan kesenangan duniawi.. Kadang-kadang kita lupa dengan sekeliling..hingga membuatkan kita berdiri megah,bangga dengan apa yang kita miliki.. sehingga kita lalai dan lupa siapa pencipta kita...

Tatkala ditimpa kesusahan, barulah ingat Allah.. Barulah kita tertanya-tanya, kenapa aku yang ditimpa musibah ini? Tapi, kita lupa..Allah telah berfirman, Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya... (Al- Baqarah: 284) Seteruk mana pun musibah yang menimpa kita, sebenarnya ramai lagi yang punya musibah yang lebih berat tapi masih tetap bersyukur.. Mengapa tidak kita?

Saya percaya tiada perkara yang berlaku sepanjang hidup ini adalah secara kebetulan.
Semuanya telah dirancang oleh Allah S.W.T.. Saya percaya ada sebab kenapa saya dan D*** yang dipilih untuk bertemu dengan bapak ini..Walau apapun sebabnya, pasti demi kebaikan kami..

Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar!

.: When Heart Does the Talking :.

Saturday 29 November 2008

Adakah Aku Berdosa?

Adakah aku berdosa?
Kerna terlahir rasa benci pada dia..
Walau sungguh hati cuba berdalih...

Adakah aku berdosa?
Merasa benci tatkala hadir dia disisi...
Satu mata pun bagai tak ingin melihatnya...

Dosa kah aku ya Allah?
Bagai ditusuk-tusuk hati ini..
Tak kira apa yang dilafazkan olehnya...
Aku tak dapat menerima...

Allah ya Allah..
Kau yang Maha Kuasa..
Tarik la perasaan yang penuh dosa ini dari hatiku!
Jauhi aku dari syaitan-syaitan yang tak jemu-jemu...
Menanam sifat benci dalam ulu hati ku!

Akan ku usaha ya Allah mencintai hambamu itu..
Aku sedar ya Allah..
Siapa diriku..
Apakah aku layak membenci hamba kejadianMu?

.: When Heart Does the Talking :.

Thursday 27 November 2008

Al-Quran Pedoman Hidup

Salam...

Lame dh x tulis blog...hmpir sminggu lebih..Since msuk FBS III ni, makin bertmbh2 ilmu nk dimampatkn dlm otak, makin kurg la masa nk tulis ap yg trsirat dlm hati, ap yg harus dkongsi..

B4 cite psl progrm tahsin yg diadakn ptg smlm..
Nk cite2 la ckit tentang ap yg dilalui sblm ke program tu..

Selesai tutorial dlm pkl 3 lebih...
Hujan turun sgt lebat.. Sungguh ad terdetik rse syukur di atas atas kurniaan rahmat-Nya..
Waktu itu, brpusu2 org di prkarangan blok A4,yg lupa mmbawa payung, mau x mau, harus mnunggu hujan reda.. tp ad juga yg tekad redah saja hujan yg lebat itu..basah pakaian dek kerna air yg deras turn..tidak kurg yg sabar mnnti teman masing2 yg msih blm habis tutorial..x lupa pd beberapa yg kelihatannya bagai hilang arah tujuan.. (Ayat dramatis..huhu.. cukuplh tu je uk ari ni)

Time tu, sy dgn seorg teman sy, Dudu (bkn nme sbenar..hehe) tgh tunggu teman2 yg len, Sue dan Ja .. Dudu kate die stay back coz ad Program Tahsin di A5.3..Trkejut la time tu, coz x penah2 dgr ad buat program tu..Tp Dudu ckp, ad org pernah wat pengumuman psl program tu.. Seriously, waktu dgr tu prasaan brcampur-baur..rse bersalh coz x alert dgn pmberitahuan ttg program tu, sedih, kecewa pn ad coz tak diinform oleh teman2..tp bila pikir2, ini salah sndiri la..spe suruh x alert..

Tp Alhamdulillah, Allah tnjukkan jln petang tu.. Allah temukn dgn Dudu ptg tu, Allah berikn keupayaan ptg tu utk mngikuti program trsebut..
Lepas solat Asar, kteorg trus ke A5.3, tp xde org.. Bapak yg ad disitu katanye, ad program di A3.3, tp bila ke sana, xde jugak.. Uik, xkn x jadi kot.. Hmm..agak2 kt Surau As-Syifa kot..tp xde gak..Sabar je la..dh la dgn hujan nye..penat tramat plak tu naik turn tangga.. Dudu call someone.. Rupenye, program ni buat kt Bale 4...

Klu diikutkn hati, mmbara rse geramnye..tp pepatah pn ad mngatakn ' ikut rasa binasa, ikut hati mati', jd dipikirkn scr akalnya..semua kepayahan ni ad hikmahnya.. Mungkin Allah sdg mnguji keikhlasn dan keazaman diri dlm mnyertai progrm ini..mungkin klu itu xde dlm diri ini, pasti sudah trus balik ke asrama!

Berjalan la kteorg mredahi lopak2 air dn hujan renyai ke Bale 4.. Selps tunggu lbh kurg setgh jam, program tu pn berlangsung..

Disebabkn, ini kali prtama diadakan, maka adlah pndahuluannya..
Startingnye, dijelaskn ap itu tahsin? Sbenarnye sblm ni x pernah tau pn ap maksud tahsin.. tp, barusan dijelaskn oleh dudu sblm brtolak ke Bale 4.. Subhanallah, dlm hati sbenarnya pedih.. Stu prkataan dr bhs Al-Quran ini pn x tau, sedangkn prkara ini yg dipelajari sejak umur 7 thn..Betapa jahilnya diri ini tentang agama..agama yg telah dianuti sejak 19 thn lalu.. Pedih membygkn hari2 yg tlh dijalani selama ini, bnyk yg sia-sia, bnyk yg brgelumang dosa.. Ya Allah, ampunilah dosa hambamu ini!

Azam bru adalh utk blajar bhs Arab.. !!
Berikut juga dijelaskn dlm program ini..

Tahsin - Menyempurnakan bacaan sesuai dgn contoh Rasul
Tahfidz - Menghafal Al-Quran
Tafhim - Memahami Al-Quran
Tathbiq - Amalkn isi Al-Quran
Tabligh - Menyampaikan isi Al-Quran

Tahsin diambil dr perkataan hassana-yuhassinu-tahsiinan yg brmaksud mmbangunkan, mmperbaiki.. Dari segi istilah, Tahsin brmaksud mengeluarkn setiap huruf dan tempat keluarnya beserta mmberikan haq dan mustahaqnya.

Kenapa kte harus mmbaca Al-Quran? Dulu2, x rase pn baca Al-Quran ini penting sgt, lgpun sunat je kn..Jdnya, jarang sekali tgn ini mnyentuh kalamullah ini..Masyallah..
Skrg, Alhamdulillah, dgn izin Allah dibukakn hati, diberi oleh-Nya kesedaran betapa pntingnya Al-Quran itu dlm kehidupan.. Al-Quran panduan hidup org mukmin! Rasulullah s.a.w prnah bersabda, kita xkn sesat di dunia ini selagi berpegang pd Al-Quran dn As-sunnah..



Membaca Al-Quran ni bnyk sgt2 kebaikannya...

1. Kita akan mndapat syafaat di akhirat kelak
2. Kita akan mendapat darjat yang tinggi
3. Merupakan amalan terbaik

Rasulullah s.a.w telah bersabda bhw sebaik-baik kaum adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.

4. Terhindar dr kehancuran

Menurut Ibnu 'Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda sesungguhnya orang yang x ad sedikitpn Al-Quran pada rongga mulutnya, dia bagaikan rumah yang rapuh.. Maksudnya disini, seseorang itu akan terumbang-ambing, tiada tujuan hidup dlm hidupnya jika tidak mengamalkn bacaan Al-Quran..

5. Mendapat sebaik2 anugerah Allah..

Ibu bapa yg mempunyai anak yg menghafal Al-Quran di akhirat kelak, akn diberi mahkota dan jubah kemuliaan.. Subhanallah, alangkah indahnya jika dpt hadiahkan mahkota dn jubah tu kt orang tua kita!

Itu la sedikit ulasan ttg progrm tahsin..sbenarnye bnyk ag nk dikongsikn tp masa x mengizinkn..Maka, sbg kesimpulannya, haruslah dipraktikkan mmbaca, memahami dan menghafal serta mngamalkan apa yg trkandung dlm kitab Allah ini sehari-hari.. Jadikannya pedoman dlm hidup.. Waktu2 lapang itu, isikanlah dgn membaca Al-Quran, brdamping la dgn Al-Quran kemanapun kita pergi.. InsyaAllah, kita xkn sesat dlm hidup ini selagi kita berpegang kepada ayat2 Al-Quran.

.: When Heart Does the Talking :.

Monday 17 November 2008

For those who luv canned lychee, READ THIS!

Subhanallah.. Scr jujurnye, sy suke sgt2 minuman laici dlm tin, lg2 dari brand ni.. Dh brape ratus kali dh sy meminumnye.. Minuman ini juge mrupakan minuman favorite famili sy.. Tup2, sy trbace email ni mengatakn...




KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR. JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut. "Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :

Canned Meat

Canned Seafood

Canned Fruits

Canned Vegetables

Seasonings

di atas adalah barang2 keluaran narcissus. Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yg lain.

Untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati website http://www.halaljakim.gov.my/

HARAP DIHEBAHKAN & BOIKOT!

Beware with PREGGO sauce!

Sy bru dpt email yg difoward ayah td.. Ad hamba Allah ni yg dpt tau kandungan Italian Sausage for Spagetti keluaran PREGGO made in USA, adalah pork minced meat!

Jd, pls inform kpd yg len dan jgnla beli produk PREGGO dan juga produk2 made in USA!

Saturday 15 November 2008

Gunung Geulis Telah Ku Daki

Last week, 9 Nov 2008...

Sy, kwn2 dn senior2 mendaki Gunung Geulis (Geulis dlm bhs Sunda brmaksud cantik).. Kteorg mula brtolak dr tempt brkumpul dlm pkl 8 pg slps memanaskn bdn..x lupa diiringi doa agar perjlnan kami diredhai dn semoga slmt smpi ke destinasi yg dtujui..

Bru je kat kaki gunung, dh rse penat dh..hehe..tp bila tgk sawah padi sekeliling..MasyaAllah, cntik sgt!! membuatkn kteorg excited nk truskn prjlnan..
Gunung tu tingginye mmg x dpt nk dgmbrkn..tinggi!!! tp xdela setinggi Gunung Kinabalu.. Spnjang pjlanan x bnyk tanh rata, mncondong je sume, klu 20-30 drjah ok lg, tp bygkn la ad yg condongnye tu smpi 70 drjh..hnye Allah je la tau betape pyhnye nk naik time tu..tapi tiap kali jumpe je tnh rata, fuhh..rse best gle.. Klu2 kte hayati la kn.. selama ni x pernah pn kte endah jln rye yg rata tuh..tp klu time2 naik gunung, klu ad tnh rata sronok gle kn..
Ini yg Allah cube tunjukkn pd kite, bila kte diberi kesenangan, slalunye kte alpa..tp ble ditimpa kesushan, brula hati ingat pd Allah dn slps kesushan kte dringankn sedikit, sungguh brsyukurnya kita.. Tp seharusnye, tiap hari kite kene brsyukur..tiap saat, tiap nafas.. Memang trlalu bnyk kebaikan yg Allah tlh bg pd kita, pancaindera, keupayaan utk brfikir, keupayaan utk brgerak..renung2 kn lah wahai teman sekalian..

Slps 3 jam lbh prjlnan..smpi la ke puncak gunung..rse sronok sgt!! penat sume hilang, rse puas coz dh smpi ke destinasi yg ditujui..Klu nk diikutkn, bbrape kali sy rse mcm nk give up je kt pertghan jln sbb penat yg melampau, tp kawan2 sume saling bg semangat.. Jd prjlnn ttp dtruskn.. Bile dh smpi pncak, bru rse berbaloi sume penat lelah slame ni.. Mcm ni la gak kehidupan sharian kte, lg2 waktu blajr.. Blajr ni penat mmg penat, susah pn susah.. Tp bile d akhir nnti kte brjaya menggenggam sgulung ijazah, pasti x rse mnyesal blajr brtahun2.. Pasti x rse lg kepahitan swaktu mnntut ilmu..
Slps rehat2 dn mnikmati keindahan permandangan ciptaan Allah, kteorg brgambr kenangan dn sempat main a few game..best..
Nk cite ckit, kt puncak gunung ni ad stu makam..dikatekn mrupakn makam org yg jumpa Jatinangor ( bndr trletaknye gunung ni dn di sini gak la trletaknye Universitas Padjadjaran)..
Turun gunung adlh stu lg cabaran buat kteorg, jari2 kaki mmg lenguh gle.. Jln yg licin sbb lecak mmbuatkn rmi lah yg sliding smpi bju sume kotor..
Sampai je asrama, sume bersyukur gle..lps mnguruskan diri- mandi, solat, makn.. berehat la jap.. Tp part yg plg gmpak adlh..bngun je dr tdo, brula trase 'nikmat'nye.. SELURUH BADAN LENGUH YG TERAMAT.. thx to sue coz tolong urut..hehe.. Tp, nikmat x brhenti di situ.. keesokkan hari nye, dn bberape hari brikutnye, time turun bukit dan naik turun tngga.. hnye Allah yg tau btape sakitnye otot2 ku..

Thursday 13 November 2008

Tazkirah hari ini.. (12/11/08)

Minggu ni, usrah start lambat ckit..pkl 9 mlm..

Tajuk tazkirah masih lg tentang AKIDAH..


B4 that, biar sy refresh ap yg sy dn teman2 dh bincangkan ttg akidah pd minggu sblmnyer..

Starting nye mstila nk tau dlu apa sebenarnye maksud akidah dr sgi bhs dn istilah? Akidah dtg dr prkataan akad yg brmaksud ikatan, pertalian..ala.. mcm akad nikah tu la..Dr segi istilahnye pula bermaksud kepercayaan@ keimanan.. Akidah ini penting sgt sbb akidah ni adlah asas agama bg muslim, tnpe akidah seseorang itu blm boleh dikatekn seorg muslim yg sejati.


Jadi....

Bagaimne nk mencapai akidah yg mntap? Atau dlm bhs indonesianye kte panggil kompak..


Pertama, seorang muslim itu tentunye perlu beriman kpd Allah S.W.T. Allah sesungguhnye Maha Pencipta dan Maha Kaya. Setiap ap yg diciptakannye psti ad sebabnye. Walau sekecil nyamuk skalipun. Bayangkn lah klu xde nyamuk kt dunia ni, ap jd? Tiadalah penyakit2 spt denggi dan xde la org yg mengadu kene gigit nyamuk.. Wktu first time sy dgr psl ni, automatically dlm hati trdetik, bagus ape xde nyamuk,kurgla penyakit kt dunia ni.. klu die ad mnyusahkn org je..klu xde, xkan ad effect papepn kt kte... Tp, akhirnya teman sy tlh mmbuka luas mata sy..Siape kate xde effect pape kt kte..Bayangkn la klu xde nyamuk, pasti rmi yg menganggur..xde keje nk buat..Scientist yg mengkaji ttg nyamuk, ttg penyakit..pekerja2 kilang penyembur nyamuk pn hilang pekerjaan..hmmm..tgk ar, ni la bukti npe Allah ciptakn nyamuk..
Itu bru nyamuk, blm yg len lg..tp pikir2 la sndiri..
Yg keduanya..iaitu ape yg dibincangkn ari ni..adalah kita perlu beriman dgn kitab dan rasul.. Apa tujuan Al-Quran diturunkn? Utk mngajar manusia mngenal Allah dan agar kita memahami apa matlamat kejadian kita serta tahu asal usul kita dan ke mana kira akn kmbali. Maka, bg memudahkn penyampaiannya, Allah melantik rasul2 utk membimbing kita ke jalan yg benar.
Seterusnya, beriman bahawa matlamat kita hidup adalah utk mngenali Allah iaitu dgn cara ketaatan dan mngabdikn diri kpdNya.. Tp klu kita lihat diri kite skrg, tnyekn pd hati..ap matlamat kte hidup..x rmai org yg akn mnjawab, utk mndpt keredhaan Allah etc. Tp sebaliknya rmi yg mematlamatkn dri utk mnjadi ap yg dicitakn..bkn x boleh, tp kte sbg hamba Allah, prlu menetapkn matlamat hidup kita yg utama adlah utk mndpt keredhaan Yang Esa srta digolongkn dlm org2 yg beriman dn moga dtmpatkn di syurga.. Jd, agar tujuan hidup kte x terpesong, tiap ari kene kene la btulkn niat kte..itu la yg sy cuba praktikkan skrg..
Yg keempat, kita prlu beriman bhw ganjaran org mu'min adalah syurga.. Klu tnye tiap2 org kt dunia ni, nk msuk syurga ke neraka? Mesti sume jwb syurga kn.. Sbbnye kita semua tahu betapa indhnya syurga yg digambarkn oleh Allah.. Tp klu dihitung2, rse2, cukupke amalan2 yg kte buat di dunia ni spy kelak kite dimasukkn ke syurga? Masyaallah, sesungguhnye ak sering bergelumang dgn dosa..Ampunilah dosa hambamu ini ya Allah dan tempatlah aku dlm golongan yg masuk syurga serta jauhila ak dr azab neraka.. Makanya, sy pringatkn pd dri sy sndiri dn teman2 agr perbnykkan amaln2 baik kte di dunia..
Point yg trakhir kami bincangkn adlh kita perlu beriman bhw manusia melakukn kebaikan dan kejahatan dgn pilihan dan kehendak sndiri.. Tp sesungguhnye, kabaikan xkn berlaku tnpe taufiq dr Allah maka kite prlu brdoa agar Allah x putus2 memberi taufiq kpd kita.. Sementara kejahatn mrupakn batasan keizinan dan kehendakNya.. Jauhi la dr buat kejahatan.. bkn sush pn.. Bila dipikir2, buat kebaikan lg mudah brbnding buat kejahatan..jd kenape pilih yg susah? Cube kite lihat sbg cth, klu kite senyum kt org, dh kire kebaikan..kn sng.. hnye dgn mnggerakkn beberapa otot muka, kte insyaAllah dpt pahala yg dijanjikn..tp bygkn org yg nk buat jahat, cntohnye mencuri..bkn sesuka hati je nk curi..kene ad strategi, tenaga bnyk gune plak tu..consequence nye plak, mungkin kene tngkap polis @ dibelasah penduduk..tmbh lg masalah..kn susah..hehe.. So, rajin2kn la diri wat kebaikan..tp ingat..buat baik tu pn kene brpada2..jgn melebih2 sbb tkut timbul riak.. lgpn Islam kn suke kesederhanaan..=)

.: When Heart Does the Talking :.

Wednesday 12 November 2008

Islam vs Kristian (Hayatilah..)

Ditulis oleh Jamilah AinilSunday, 04 May 2008

Temuramah ekslusif bersama Ustaz Tajuddin Othman Abdullah , bekas PaderiBesar Gereja-Gereja Seluruh Sabah .
Oleh Jamilah Aini Mohd. Rafiei.
Petikan dari ustazazhar.com

BEKAS Paderi Besar Sabah, TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, mengupas perbandingan yang cukup ilmiah di antara agama Islam dan Kristian berdasarkan pengkajiannya yang cukup mendalam lagi terperinci selama menjadi Paderi Besar Kristian selama 12 tahun.Iktibar Buat Mereka Yang Murtad AGAMA Kristian menurut kitab Injil yang asal jika dikaji sedalam-dalamnya maka jawapan akhir yang akan ditemui adalah ISLAM. Hakikat ini telah dibuktikan oleh ramai orang Kristian yang akhirnya mendapat hidayah Allah dan kemudiannya memeluk agama Islam.

Tetapi apa yag paling menakjubkan kali ini, kita berpeluang berkongsi pengalaman hidup yang tiada tolok bandingannya bersama USTAZ TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, seorang bekas paderi besar di seluruh Sabah , yang belajar sebahagian besar dalam hidupnya untuk menjadi paderi. Beliau yang selama ini berada di tahap paling tinggi dan mulia sekali di Sabah kerana berkedudukan untuk mengampunkan segala dosa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian Sabah contohnya orang yang paling berpengaruh ketika itu Pairin Kitingan.

Pengalamannya sebagai Bekas Paderi di sekitar 80-an membuatkan beliau banyak mengetahui selok-belok agama termasuk agama Islam. Setelah puas mengkaji, akhirnya Allah memberikan hidayah kepadanya dengan memilih Islam sebagai jalan hidup. Beliau kini bertugas di Majlis Agama Islam Melaka di bahagian Unit Kristianologi. Bersama seterusnya dengan JAMILAHAINI MOHD. RAFIEI, turut hadir SUZILAWATI ROZAINOR ABBAS dengan jurufoto WAN ZAHARI WAN MOHD. SALLEH yang berdialog dengan beliau di Masjid Al-Azim(Negeri), Air Keroh, Melaka, baru-baru ini.

SEMASA Kristian saya dikenali sebagai Paderi Thomas Laiden. Saya berasal dari Sabah dan berketurunan Solok. Agama asal saya ialah Roman Katholik.Saya mendapat pendidikan di Seminary Kepaderian Vantiken Itali iaitu institusi kepaderian terulung di Itali dan dibiayai oleh Persatuan Kristian Sabah . Saya tamat pengajian pada tahun 1985 seterusnya bertugas sebagai paderi di Vantiken. Seterusnya saya memohon untuk kembali ke negara asal saya iaitu Sabah .Pada tahun 1988 saya ditukarkan ke Sabah dan berkhidmat sebagai paderi.

Saya bertugas di Gereja St. Mary, Persatuan Gereja Roman Katholik Sabah yang berpusat di Kota Kinabalu. Keluarga saya terlalu kuat berpegang pada agama. Itulah sebabnya bapa menghantar saya ke Vantiken,dengan harapan agar saya menjadi seorang paderi yang dikira jawatan yang terlalu mulia. Saya mempunyai ramai adik beradik tetapi kesemuanya perempuan, saya adalah anak lelaki tunggal dalam keluarga.Semasa menjadi paderi, saya banyak membuat kajian mengenai agama Kristian,Buddha, Hindu dan Islam. Ketika itu saya tidak tahu langsung tentang keindahan dan kecantikan Islam dan tidak pernah terlintas di fikiran untuk ke situ. Tambahan pula saya dibesarkan di dalam keluarga yang kuat mengamalkan agama Kristian.

Saya aktif bergiat dalam dakyah Kristianisasi yang cenderung kepada banyak buku-buku Islam. Setelah banyak membuat kajian, saya terfikir apabila saya dilantik menjadi paderi, saya mendapat kesimpulan yang saya sudah mula meragui agama yang saya anuti. Konflik Diri Yang Tidak Terbendung Ianya ketara di sekitar 1988, apabila sebagai seorang paderi diberitanggungjawab yang besar iaitu untuk mengampunkan dosa manusia. Timbul di fikiran saya bagaimana saya sebagai manusia biasa bisa mengampunkan dosa manusia lain sedangkan para Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah, mereka ini tidak sanggup mengampun dosa manusia dan tidak mampu mengampunkan dosa manusia.

Saya mula serius membuat kajian mengenai Islam.Apabila saya diberi tanggungjawab mengampun dosa orang-orang Kristian seluruh Sabah , jadi masa itu saya rasakan seolah-olah agama ini sengaja direka-reka oleh manusia.

Seterusnya pada tahun 1989 saya kembali ke Vantiken untuk membuat Kursus Kepaderian di sana selama tiga tahun. Di sana saya telah berjumpa dengan ketua paderi tertinggi seluruh dunia iaitu PopeJohn Paul. Saya telah berdialog dengannya dan bertanya akan perkara yang memusykilkan saya sepanjang saya menjadi paderi.

Saya berkata kepadanya,"Paul, saya sekarang rasa ragu dengan agama yang kita ini". Dia terkejut dan bertanya, "Apa yang kamu ragukan?"
Saya berkata, "Cuba John Paul fikirkan sendiri, kita ini seorang manusia biasa. Di negeri saya Sabah , di negeri saya sendiri setiap malam Ahad saya mengampunkan dosa orang Kristian yang beratus-ratus orang yang datang mengaku dosa.Mereka harap saya yang mengampunkan dosa mereka sedangkan para Nabi pun tidak pernah melakukannya. "
Beliau berkata, "Wahai Paderi Thomas, kamu ini dilantik menjadi seorang paderi, maka kamu ini seorang yang suci dan tidak mempunyai sebarang dosa,"
Saya katakan yang saya merasakan diri saya mempunyai dosa.
Beliau seterusnya menyambung, "Memang kita manusia ini mempunyai dosa. Nabi Adam sendiri mempunyai dosa. Apabila seseorang yang telah dilantik menjadi paderi bermakna kamu ini telah dilantik oleh Jesus Christ. Jesus Christ tidak ada dosa maka kita sebagai paderi ini tidak mempunyai dosa."

Di situlah saya mula tidak percaya pada agama kristian yang mengatakan ulamak-ulamak Kristian tidak mempunyai dosa.Saya katakan pada Paul yang ulamak Kristian itu pembohong. Dia terkejut lalu berkata,"Thomas, kamu telah dihantar hingga ke peringkat tertinggi untuk menjadi paderi, kenapa kamu berkata demikian. Cuba kamu jelaskan kenapa kamu kata agama Kristian pembohong".Saya menyoalnya, "Jesus Christ itu Tuhan atau Nabi?" Beliau menjawab, "Dia Tuhan." Saya bertanya kembali, "Pernahkah orang nampak Tuhan? Bagaimana wujudnya Tuhan? Siapa Tuhan kita sebenarnya, Jesus Christ (Nabi Isa) atau Allah bapa? (Allah)."Beliau mengatakan Jesus itu Tuhan.Saya menyoal kembali, "Apa matlamat utama Jesus Christ diutus ke dunia?"Beliau menjawab, "Untuk menebus dosa bangsa manusia, semua bangsa danagama."Jadi saya katakan padanya kenapa perlu ada paderi tukang ampun dosa jika Jesus Christ sudah menebus dosa semua manusia.

Di situ dia mula pening dan terpinga sambil berkata, "Paderi Thomas awak ini telah dimasuki iblis sehingga berani mempertikaikan Kristian."Saya katakan padanya, "Kita seorang paderi yang suci, bagaimana iblis boleh masuk?"Saya juga katakan padanya saya mempunyai ibu bapa dan adik-beradik apabila ibu bapa saya membuat dosa mereka mengaku di hadapan anak, kerana kedudukan saya ketika itu sebagai seorang paderi. Jadi saya terfikir bagaimana saya seorang anak boleh mengampunkan dosa ibu bapa. Sepatutnya seorang anak yang meminta ampun dari ibunya.Selepas perdebatan itu Pope John Paul meninggalkan saya, sebagai seorang paderi beliau tidak boleh marah kerana marah merupakan satu dosa.

Di dalamKristian mempunyai tujuh rukun iaitu:-
i. Ekaristi Pembaptisan - seseorang yang ingin memeluk Kristian mereka mesti dibaptiskan air suci.
ii. Ekaristi Pengakuan - mengaku dosa di hadapan paderi
iii. Ekaristi Maha Kudus - memakan tubuh Tuhan (Khusti kudus)
iv. Ekaristi Minyak Suci - air suciv. Ekaristi Krisma - penerima ekaristi Maha Kudus layak menerima krisma
vi. Ekaristi Imaman - menjadi paderi
vii. Ekaristi Perkahwinan - hanya untuk penganut awam (Paderi tidak menerima ekaristi ini)

Dalam Kristian air suci atau lebih dikenali sebagai Holy Water, adalah paling bernilai sekali. Untuk menjadi seorang Kristian, seseorang perlu menjalani Ekaristi Pembaptisan iaitu meminum air ini. Ia diperolehi dari proses uzlah yang dijalani sebelum menjadi paderi. Jika tidak mempunyai akidah yang benar-benar kuat, akidah boleh rosak disebabkan air ini.Contohnya ialah seperti apa yang berlaku ke atas seorang doktor perempuan Melayu di Selangor. Setelah minum, beliau langsung tidak boleh mengucap,hatinya telah tertutup. Menurutnya beliau sudah tidak yakin lagi dengan agama lain kecuali Kristian sahaja Kerana melalui Kristian beliau boleh melihat Tuhan Jesus yang turun setiap malam.Itulah permainan iblis. Sesiapa yang meminum air tersebut dapat melihat apa sahaja. Sebaik sahaja doktor tersebut meminumnya, akhirnya beliau memeluk Kristian. Saya pergi menemuinya, dia katakan kepada saya Islam tidak benar,hanya Kristian agama yang benar kerana umatnya boleh melihat Tuhan.Apabila saya tunjukkan air itu kepadanya sambil bertanya pernahkah beliau meminumnya. Beliau menjawab memang pernah meminumnya semasa beliau belajar di Indonesia;Apabila pergi ke gereja beliau akan diberi minum air tersebut. Beliau menyatakan kepada saya beliau akan hidup dan mati dalam Kristian. Saya membacakan kepadanya surah Al-Kahfi di samping memintanya mengamalkan surah tersebut setiap masa. Alhamdulillah lama-kelamaan keadaannya semakin pulih. Inilah permainan sihir sebenarnya. Tidak siapa dapat melawan ilmuAllah, hanya ilmu Allah sahaja yang berkesan menghapuskan permainan sihir.Tidak lama kemudian beliau kembali mengucap dan terus menangis. Saya katakan kepadanya saya sudah terlalu berpengalaman dengan taktik Kristian.Itulah, cara memikat orang untuk ke agama Kristian cukup mudah, tidak mengapa jika tidak percaya kepada agama Kristian, tetapi apabila minum air itu segala-galanya akan berubah. Setelah saya mempelajari Islam barulah saya tahu rupanya iblis ini boleh menyerupai bermacam rupa. Kekuatannya hanya pegangan akidah. Tetapi Holy Water ini sekarang tidak boleh lagi diedarkan di Malaysia kerana orang yang membuatnya di biara Vantiken telah memeluk Islam dan membongkar rahsia ini. Ramai orang sudah tahu mengenai air ini dan mula berhati-hati dengan setiap apa yang meragukan.

Rukun yang kedua pula iaitu Ekaristi Maha Kudus bermaksud memakan tubuhTuhan. Saya pernah berhujah dengan John Paul mengenainya. Saya katakan padanya sedangkan Firaun yang zalim itu pun tidak pernah memakan tubuh tuhan kenapa pula kita sebagai ulamak Kristian boleh makan tubuh tuhan?.Saya jelaskan kepadanya, apabila semua paderi memakan Khusti Kudus (sejenis makanan yang diimport khas dari Itali) bermakna itu satu penghinaan kerana tubuh tuhan boleh dimakan.Kata beliau, itu memang sudah menjadi rukun Kristian dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Apa yang paling merbahaya ialah Holy Water. Khusti Kudus tidak mempunyai rahsia apa-apa, ia seolah-olah seperti roti yangdicampur dengan bahan lain. Berlainan dengan Holy Water yang kesannya cukup kuat. Bayi-bayi yang baru dilahirkan pun dibaptiskan.Terdapat sesetengah klinik yang membaptiskan bayi walaupun bayi tersebut Islam.Bagi kepercayaan Kristian setiap bayi yang baru lahir wajib dibaptiskan kerana ia mempunyai dosa, ia menyimpan dosa pusaka yang ditinggalkan datuk moyang mereka. Ia berlainan dengan Islam, Islam meletakkan bayi yang baru lahir itu adalah dalam keadaan fitrah (bersih).Di dalam semua kitab tidak ada mengenai agama Kristian. Kristian ini baru sahaja berkembang oleh seorang Paul yang pertama di zaman Julius kemudian beliau mengembangkannya. Asal agama Kristian ialah dari agama Yahudi danNasara. Tetapi di Romawi ia dinamakan Kristianisasi. Jika kita meneliti didalam kitab Nabi Isa (Injil) tidak ada disebut Kristian. Sebenarnya semua mubaligh Kristian tahu mengenai kedudukan agama Islam.Pernah terjadi dalam tahun '78, semasa itu saya terjumpa kitab yang menyatakan kebenaran Nabi Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak begitu memperdulikannya. Di dalam kitab tersebut ada menyebut mengenai Ahmad iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Ketika itu saya masih belajar di Vantiken, oleh kerana saya kurang sihat saya tidak dapat mengikut kelas pengajian. Saya diberi tugas oleh seorang paderi untuk menjaga sakristi (perpustakaan yang terdapat di gereja) untuk menjaga kitab-kitab di situ. Paderi tersebut mengatakan kepada saya,Thomas, kamu perlu menjaga kesemua kita-kitab di sakristi ini tetapi kamu tidak boleh membuka almari."Beliau menunjukkan kepada saya almari yang dimaksudkan. Saya hairan kerana beliau melarang saya membuka almari tersebut sedangkan kuncinya diserahkan kepada saya. Sifat manusia, apabila dilarang maka itulah yang ingin dibuatnya.Ketika itu semangat saya terlalu berkobar-kobar untuk mengetahui isi kandungan turunkan kepada Nabi Isa a.s.Saya mengambil kitab itu dan menyembunyikannya. Kitab tersebut ditulis di dalam bahasa Hebron . Ia masih saya simpan hingga ke hari ini dan saya dalam proses untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Ia menjadi rujukan kepada saya,dan sebagai bukti untuk berdebat dengan orang-orang Kristian.

Saya telah utarakan kepada Majlis Agama Islam Melaka, jika boleh saya ingin menterjemahkannya dan sebarkan kepada orang ramai. Pihak Majlis tidak berani melakukannya, menurut mereka ia akan mengancam nyawa saya kerana dengan pendedahan kitab tersebut rahsia Kristian akan tersebar. Isi kitab tersebut sama dengan al-Quran. Rupa-rupanya barulah saya mengetahui semasa upacara mengangkat sumpah dalam proses beruzlah pada hari yang ke 39, setiap paderi akan meletakkan tangan mereka ke atas kitab yang dibalut dengan kain putih yang diletakkan di atas bantal. Tidak siapa dibenarkan membukanya dan isi kandungannya. Berbalik kepada kisah saya mencuri kitab tersebut, selepas kehilangannya paderi yang menyerahkan kunci kepada saya dahulu memanggil saya dan bertanya apakah saya ada mengambilnya. Saya menafikan dengan mengatakan tidak pernah mengambil kitab tersebut. Hati saya nekad untuk tidak mengaku dan menyerahkannya kerana saya ingin mengkaji kitab tersebut. Disebabkan seseorang bakal paderi tidak boleh berbohong, beliau mempercayai pengakuan saya. Akhirnya pada keesokannya iaitu pada hari mengangkat sumpah, disebabkan Injil tersebut telah hilang, mereka meletakkan kitab sucial-Quran (yang dibalut dan sentiasa tersimpan di almari) sebagai ganti kitab yang hilang. Al-Quran digunakan di dalam upacara mengangkat sumpah?Semua paderi tidak tahu hal ini kecuali saya. Pada masa itu saya terfikir,apa gunanya jika kita bersumpah di atas kitab al-Quran tetapi masih tidak beriman dengannya? Bermakna semua paderi telah bersumpah di atas al-Quran tetapi kufur selepas itu.

Menyingkap saat saya didatangkan hidayah ialah ketika saya sudah tamat belajar dan bertugas di Gereja St. Mary, Sabah . Pada suatu malam Ahad pada tahun 1991, saya bersembahyang dengan cara Kristian) di hadapan tuhan-tuhan saya iaitu Tuhan Bapa, Ibu Tuhan (Mary) dan Anak Tuhan (Jesus Christ).Ketika itu saya terfikir di dalam hati, patung-patung ini diukir oleh manusia, saya menyembahnya setiap hari di dalam bilik. Apabila saya selesai sembahyang saya meletakkannya di bawah tempat tidur. Hati saya berkata, alangkah hinanya Tuhanku. Kenapa aku boleh meletakkannya di bawah tempat tidur yang boleh aku baringkan dan letak sesuka hatiku?Turunnya hidayah Malam itu, selesai sembahyang saya mengambil sehelai kertas dan saya tulis diatasnya, "Tuhan, diantara agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha aku telah mengetahui semua agama ini. Malam ini tolonglah tunjukkan kepadaku manakah di antara tiga agama ini yang benar bagiku". Setelah itu, tak tahulah saya katakan bagaimana mengantuknya mata saya yang takpernah-pernah saya alami rasa mengantuk yang lain macam, mata saya langsung tidak boleh terangkat. Akhirnya saya tertidur. Pada malam itu, pada saya mungkin bagi para Nabi boleh dianggap mimpi tetapi menurut saya mungkin Tuhan ingin memberikan hidayah kepada saya. Di dalam tidur, saya merasakan seolah-olah saya menaiki lif dari satu tingkat ke tingkat lain sehingga tingkat tujuh, ketika itu mata saya tidak boleh dibuka kerana di hadapan saya ada satu cahaya yang terang benderang menyuluh. Saya bertanya kepada seorang yang berdiri di hadapan saya, orangnya MasyaAllah terlalu tinggi. Jarak di antara kaki dan kepala umpama langit dan bumi. Saya bertanya kepadanya, "Negeri apakah ini?"Beliau berkata kepada saya, "Awak tidak layak masuk ke negeri ini, ini negeri umat Nabi Muhammad s.a.w."Saya meminta keizinannya sekali lagi untuk masuk tetapi beliau tetap tidak membenarkan. Dari luar saya dapat lihat di dalamnya ada satu jalan umpamanya titi yang halusnya seperti sehelai rambut. Saya tak berani katakan ia Titian Sirat atau apa-apa kerana tidak mengetahui apa-apa ketika itu. Saya hairan kenapa orang yang berjubah dan bertudung mereka melintas jalan itu dengan mudah sedangkan saya langsung tidak boleh mengangkat kaki. Penjaga itu berkata lagi, "Awak tidak boleh masuk, tetapi awak lihatlah bagaimana keadaan mereka yang beragama Yahudi dan Nasara (Kristian)."Alangkah terkejutnya saya apabila melihat orang-orang Kristian yang kepalanya dimasukkan ke dalam api umpama dijadikan kayu api. Saya terkejut dan sedar hanya Islam agama yang benar. Akhirnya saya tersedar seelok sahaja azan subuh dilaungkan dari masjid berhampiran. Saya bangun dan membersihkan badan saya. Saya menuju ke kereta. Pemandu telah bersedia membawa saya tetapi saya menolak pelawaannya dan katakan kepadanya saya ingin pergi ke satu tempat yang orang lain tidak boleh ikut serta. Saya memandu kereta menuju ke sebuah masjid di atas bukit. Ketika saya tiba,mereka sedang berjamaah menunaikan fardu Subuh, saya menanti seketika sebagai menghormati agama mereka. Setelah selesai, saya pergi menemui imam yang bertugas ketika itu. Saya katakan kepadanya yang saya ingin memeluk Islam hari itu juga. Beliau terkejut dan berkata kepada saya, "Awak ini dibawah Pairin Kitingan, Ketua Menteri Sabah, susah kami hendak Islamkan awak, tambahan pula awak paderi besar seluruh Sabah ."Saya katakan padanya," Awak jangan bimbang sebab dosanya saya yang ampun,hal dia tidak perlu dibincangkan. Apa yang saya mahu, hari ini saya mahu peluk Islam."Seterusnya imam tersebut berkata lagi, "Awak tak boleh masuk Islam sekarang sebab awak perlu mengisi borang, tandatangan surat akuan sumpah dahulu, baru awak boleh masuk Islam."Dengan agak kasar saya katakan kepadanya, "Kalau beginilah caranya untuk memeluk Islam, lebih baik orang masuk Kristian. Kalau masuk Kristian, hari ini terus dibaptiskan dan menjadi Kristian.Untuk masuk Islam pun perlu isi borang ke? Baiklah, jika hari ini saya turun ke bawah dan ditakdirkan tiba-tiba saya dilanggar kereta dan mati,maka apa akan jadi kepada saya dan siapa yang akan bertanggungjawab? "Akhirnya imam tersebut menyuruh saya mengucap dua kalimah syahadah. Maka pada pagi Ahad itu saya telah sah sebagai seorang Islam. Dengan kekuatan diri, setelah selesai mengucap, saya kembali ke rumah saya. Ketika saya melalui kawasan gereja, orang ramai sudah penuh menunggu saya untuk upacara pengampunan. Mereka melambai tangan ke arah saya. Saya membalas kembali lambaian mereka. Ketika itu seakan ada satu kekuatan dalam diri saya. Saya keluar dari kereta dan membuat pengumuman di hadapan mereka.Saya katakan kepada mereka, "Kamu ini jika sembahyang pun berdosa kalau tak sembahyang lagi bagus."Kemudian saya meninggalkan mereka yang kelihatan seperti kehairanan. Saya meneruskan perjalanan menuju ke rumah. Di dalam rumah semua ahli keluarga sudah bersedia menanti saya untuk ke gereja. Jubah saya sudah siap diseterika. Saya panggil semua ahli keluarga sambil bertanya apakah mereka sudah makan atau belum. Mereka katakan yang mereka sudah makan kecuali Khusti Kudus sahaja yang belum dimakan. Saya katakan itu tidak payah dimakan pun tidak mengapa kerana di kedai banyak roti untuk di makan. Saya membuat pengumuman kepada mereka, saya berkata sambil memandang ke arah bapa saya, "Saya hendak memberitahu kamu sesuatu perkara. Saya belajar di Vantiken selama 12 tahun dan sudah terlalu banyak menghabiskan wang bapa. Selama 12 tahun saya belajar, saya tahu bahawa agama yang saya anut ini adalah agama yang salah, agama yang betul adalah Islam."Ketika itu saya lihat tidak ada apa-apa riak di wajah bapa dan ahli keluarga saya, tetapi mereka semua terdiam. Saya menyambung kembali, "Tadi saya telah memeluk Islam di masjid bandar sana dan menyuruh saya mengucap. Bermakna hari ini saya sudah menjadi orang Islam."Bapa saya berkata kepada saya, "Oh! kamu sudah Islam! Tidak mengapa!"Seterusnya beliau menuju turun ke dapur. Saya ingatkan tidak ada apa-apa ketika itu. Saya tidak sedar rupa-rupanya beliau pergi mengambil parang panjang dan cuba menyerang saya. Saya yang kebetulan duduk di tepi tingkap di tingkat satu terus terjun ke bawah. Saya melompat dari tingkat atas dengan berkaki ayam. Tuhan masih mahu memanjangkan umur saya. Saya turun dan terus meninggalkan rumah sehelai sepinggang hingga ke hari ini.

Dari segi pengamalan kedua ibu bapa saya yang memang cukup kuat berpegang pada agama, apabila seorang anak murtad (keluar Kristian) mereka tidak lagi mengaku anak. Hijrah untuk Keselamatan dan Belajar Selepas itu saya pergi ke Jabatan Agama Islam Sabah. Demi keselamatan diri saya, salah seorang pegawai di sana menasihatkan saya agar pergi belajar dan keluar dari Sabah . Akhirnya saya merantau ke Semenanjung dan menyambung pengajian saya di Institut Dakwah Kelantan pada tahun 1992 dan seterusnya saya menyambung pula ke Nilam Puri sehingga tahun 1995. Ketika itu saya adalah pelajar yang paling tua sekali. Setelah tamat pengajian, saya menganggur sekejap. Tidak lama kemudian saya diterima bertugas di Majlis Agama Islam Melaka hingga ke hari ini. Kemungkinan juga selepas ini saya akan dipindahkan ke majlis Agama Islam Kelantan. Di sini (Melaka) saya ingin menerbitkan buku mengenai kajian Kristian.Tetapi terlalu banyak prosedur yang perlu dijalani. Kini setelah hampir sembilan tahun saya memeluk Islam dan meninggalkan Sabah , saya masih diugut dan dikecam. Namun saya tidak khuatir kerana yakin Allah tetap melindungi hamba-Nya dan yakin ajal maut itu tetap datang walaupun bersembunyi di ceruk mana sekalipun. Kini saya bahagia setelah mendirikan rumah tangga bersama isteri yang cukup memahami jiwa saya. Dalam usia 49 tahun, saya baru mempunyai seorang cahaya mata berusia satu tahun setengah.Islam tidak menyusahkan penganutnya. Jika menjadi paderi perkahwinan tidak dibenarkan tetapi setelah Islam, baru saya tahu betapa indahnya perkahwinandan zuriat yang merupakan rezeki dari Allah (SWT).Di Vantiken, orang Kristian yang keluar agama kemudian masuk ke negara tersebut, mereka akan bunuh. Bagi mereka seseorang yang murtad dianggap kotor dan mencemarkan maruah agama. Tetapi adakalanya saya terfikir, jika di sana orang Kristian murtad kenapa ianya tidak terjadi di negara yang pemerintah dan majoriti penduduknya beragama Islam. Itulah yang susahya.Saya membuat kajian hampir empat tahun baru mendapat nikmat Islam. Terlalu sukar saya mengecapi nikmat Islam tetapi orang di sini yang memang lahirnya dalam Islam dengan mudah mahu membuang Islam. Di sini saya bertanggungjawab terhadap mereka yang murtad, jika yang tidak berpengetahuan tidak mengapa tetapi yang sedihnya yang murtad ini ialah mereka yang mempunyai pendidikan hingga ke peringkat tertinggi dan mempunyai pendapatan yang melebihi dari keperluan bulanan. Pernah saya katakan kepda seorang doktor, "Doktor, suatu ketika dahulu saya menerima gaji bulanan sebanyak RM5,000 sebulan, dilengkapi dengan pembantu rumah, pemandu dan rumah serba lengkap. Kehidupan saya terlalu mewah di Sabah . Tetapi doktor, kenapa saya sanggup melepaskan itu semua semata-mata kerana Islam! Gaji doktor sekarang terlalu encukupi tetapi mengapa perlu tinggalkan Islam?"Saya memang cukup marah dan terkilan apabila mendengar orang yang ingin murtad. Minta maaf jika saya katakan, mengapa terlalu bodoh sangat sehingga sanggup menanggung dosa besar? Umat Islam dari segi ekonomi sebenarnya terlalu mencukupi cuma cara pelaksanaannya yang agak longgar. Kita lihat Kristian, dari segi kerjasama dan ukhuwah mereka begitu kuat.Semasa saya menjadi paderi dahulu, apabila saya masuk ke sesebuah kampung untuk berdakwah saya dibekalkan Beberapa ribu wang. Ini kerana gereja diseluruh dunia bersatu padu. Meskipun dari segi politik berbeza dan bermusuh tetapi untuk menghancurkan Islam mereka mesti bersatu. Mereka berkata jika di negara Barat, penduduk penganut Kristian tidak bersembahyang pun tetapi mereka tetap Kristian. Gereja di sana setiap hari Ahad kosong kerana setiap hari Ahad diadakan acara perlawanan bola sepak di kalangan paderi. Orang ramai pergi menyaksikan acara tersebut. Itu yang mereka minat. Oleh sebab itu peruntukan untuk di sana sudah tidak ada lagi.Sebagai alternatifnya mereka akan mengalihkan peruntukan itu untuk disalurkan ke negara Asia terutamanya ke Indonesia dan Malaysia . Begitulah kuatnya kerjasama di antara mereka. Bagi mereka tidak perlu berdakwah untuk orang Barat yang sudah sedia Kristian sebab untuk mereka memeluk Islam sukar. Yang lebih penting ialah misi mengkristiankan orang Islam.Bagi pandangan saya, saya lihat orang Islam agak susah untuk bersatu.Masing-masing mempunyai fikrah yang berbeza dan hidup dalam kelompok sendiri. Kadangkala di kalangan orang Islam sendiri bergaduh. Ini berlainan dengan orang Kristian yang amat menitikberatkan soal kebajikan. Namun bukan semua orang Islam begitu, masih ramai di kalangan mereka yang bijak. Semasa saya menjadi paderi, saya memberikan tumpuan kepada orang miskin. Pernah terjadi di Perak, saya telah menghabiskan beratus ribu untuk mereka,mereka mengambil wang tersebut tetapi tidak memeluk Kristian. Selepas saya Islam, saya pergi menemui mereka, senarai nama mereka masih ada dalam simpanan saya.Setelah saya periksa rupa-rupanya mereka ini masih Islam. Walaupun pada awalnya mereka berjanji untuk memeluk Kristian. Alhamdulillah mereka tidak berdendam pada saya sebaliknya mereka membelanja saya makan setelah mengetahui saya telah memeluk Islam. Masalah Kelemahan Pendakwah Islam Adakalanya saya terfikir kenapa ketika Barat menjajah kita, orang Melayu tidak murtad sedangkan pada hari ini negara yang pemerintahnya Islam tetapi orang Melayu boleh murtad dengan begitu mudah sekali. Kelemahan kita ialah pendakwah Islam kadang-kadang boleh kalah dengan pendakwah Kristian. Saya beri contoh seorang kawan saya yang pernah sama-sama belajar dengan saesdVtedu. eapn ntaka y aadsansa mrtpnedki -r nasD (Nabilah said: x tau la ap nme btulnye..ejaan brterabur) menyapa saya; "Wahai Thomas, (dia tetap memanggil saya dengan nama Kristian walaupun saya telah Islam), Allah ada mengatakan di dalam salah sebuah ayatnya yang bermaksud;Tidak akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi dan Nasara. Sekarang kami pendakwah Kristian mahu pandai membaca al-Quran,terjemahan dan hadis. Kami mempunyai kursus khusus mengkaji al-Quran danHadis. Awak lihatlah apa yang telah dikatakan oleh Tuhan mu itu."Saya katakan kepadanya, "Betul apa yang awak baca ini. Kami membaca al-Quran bukan seperti apa yang awak faham. Memang benar awak membaca ayat itu tetapi al-Quran ini jika awak tafsir separuh-separuh itu tidak betul.Al-Quran bukan seperti Injil yang boleh ditafsir separuh-separuh. Saya dahulu apabila belajar al-Quran mengambil masa sehingga tiga tahun baru khatam. Saya ucapkan terima kasih pada awak kerana hanya enam bulan awak sudah boleh membaca al-Quran." Saya katakan lagi padanya, "Sebenarnya awak tidak tahu tafsir al-Quran. Maksud sebenar ayat tersebut ialah "Telah berkata mereka (orang-orang Yahudi dan Nasara), tidak akan masuk syurga melainkan orang Yahudi dan Nasara, sedangkan semua itu hanyalah merupakan angan-angan kamu yang kosong." Itu bukan firman Allah, kata-kata itu adalah keluar dari mulut orang-orang Yahudi sendiri.Paderi tersebut masih belum faham lalu bertanya, "Apakah angan-angan kosong itu?"Saya katakan, "Setiap hari Ahad kamu makan tuhan kamu. Apabila kau menghadap Khudsi Kudus sambil berdoa bermakna kamu telah memakan tuhan kamu. Untuk apa kamu berbuat demikian?" Beliau tidak boleh berkata apa-apa walaupun mukanya telah merah padam.Saya katakan kepadanya, "Kamu tidak boleh marah. Kalau kamu marah, siapakah yang akan mengampunkan dosa kamu?" Hal itu tidak mengapa jika diutarakan dihadapan mereka yang faham, tetapi apa yang saya bimbangkan bagaimana jika ayat itu dibacakan di hadapan mereka yang tidak faham dan rendah pengetahuan agamanya?Siapa sasaran Kristian Program mereka kini ialah berdakwah kepada orang Islam yang menghabiskanmasa di kaki-kaki lima terutamanya golongan remaja yang bermain gitar.Mereka akan katakan, jika bermain di kaki lima tidak mendapat apa-apa bayaran, lebih baik bermain lagu di gereja setiap hari Ahad dengan pendapatan lumayan. Dari situ ramai yang tertarik. Dari segi wanita Islam pula, yang saya perhatikan senarai namanya terlalu ramai orang Melayu yang memohon menukar nama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Itu yangmenyedihkan saya. Di JPN, beratus nama sedang menunggu, apabila pihak JPN meluluskan nama- nama tersebut, maka akan murtadlah nama-nama itu. Itu kelemahan undang-udang negara, kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka ini berpegang pada peruntukan yang mengatakan apabila seseorang yangberumur 18 tahun ke atas bebas beragama.Apa ikhtiar kita?

Ada seorang wanita berjumpa saya tetapi keadaannya meragukan. Beliau memakai tudung. Saya menggunakan isteri saya untuk memerhatikan wanita ini.Bila mereka tinggal berdua, barulah saya tahu di dalam tudungnya itu ada salib.Isteri saya memberitahu saya. Saya memanggilnya. Saya katakan kepadanya,"Kamu tidak sayangkan Islam ke? Tolong buang benda yang ada di dalam tudungkamu itu".Dia tidak mengaku, tetapi saya yakin beliau memakainya. Sejurus kemudian beliau mengeluarkan rantai salib di lehernya dan mengatakan beliau sengaja memakainya tanpa mempunyai niat apa-apa. Saya katakan padanya yang saya dahulu memakai rantai yang lebih besar daripadanya. Akhirnya saya megambil rantai tersebut dan menyimpannya di pejabat saya untuk dibawa ke pihak atasan dan menerangkan bagaimana seriusnya penyakit ini di kalangan anakremaja kita. Wanita jika tidak kuat pegangan memang mudah dipengaruhi. Ada juga taktik orang-orang Yahudi yang menjadikan perkahwinan sebagai langkah paling mudah untuk memurtadkan gadis Islam. Untuk berkahwin, mereka (lelaki Kristian) akan memeluk Islam, kemudian akan membawa isterinya ke negara asalnya dan memurtadkan isterinya itu. Kemenangan Islam, Keadilan Sejagat Sesungguhnya orang-orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka beristiqamah, turun kepada mereka malaikat Allah berkata: jangan kamu takut dan jangan berdukacita, dan bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan kepada kamu.'

.: When Heart Does the Talking :.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails