Wednesday 29 December 2010

Planning.

Sila tinggalkan komen anda walau sesimple manapun agar penulis akan lebih bersemangat untuk terus menulis blog. Terima kasih =)

Lecture PHOP (Public Health & Organizational Programme) minggu lepas sangat terkesan pada diri.
Doktor menerangkan betapa planning aka perancangan sangat penting dalam membentuk suatu sistem termasuklah kehidupan kita sendiri.
Kita perlu ad perancangan hidup, so that life kita tak sia-sia aja.
Perancangan itu termasuklah merancang tujuan hidup kita..dan cara-cara untuk mencapai tujuan tersebut.
Korang dh ad ke planning korang sendiri??

Saya sendiri, walaupun dh hidup lebih kurang 20 tahun..
To be honest, baru buat real planning setahun yang lepas...huhu..kinda sad..
Tp better late than never =))

What is my planning? Biarlah saya dan Allah yang tau in details..
Tp basically, tujuan hidup saya, yang pasti adalah untuk mendapat keredhaanNya..InsyaAllah

********************

My housemate tunjuk satu video, one poor little child kena dera dgn maid die..
Old stories, i know..tp we shouldn't care less..
Sape yang patut dipersalahkan dalam hal ni??
Adakah ibu bapanya yang terlalu sibuk bekerja sampai anak sendiri pun tak leh nak jaga?
Adakah maid tu, stress sangat dengan kerjanya sampai hilang sifat kemanusiaan?

Saya tinggalkan persoalan itu sebab saya sendiri tak pasti..

Tapi hal ini membawa saya ke 'planning' saya..
One day, sooner or later, InsyaAllah saya akan jadi doktor, saya akan menikah dan saya akan mempunyai anak.
Saya fikir, akan sangat susah untuk saya menjaga anak sendiri memandangkan pekerjaan saya as a doctor akan mengorbankan lebih banyak masa bertemu dengan anak orang lain...
Berkemungkinan besar, saya memerlukan maid...Hmm..

Pikiran 1: Anak tu nanti2 lah..kerja je dulu..
Tapi, kalau umur saya dah 30, baru nak fikir anak, tak ke agak terlambat..
Bukannya nak satu anak jer...

Pikiran 2: Biarlah maid yang jaga..
Tapi, takut nanti kena dera plak..
Or else, saya hire maid kt umah, jd leh pantau guna hidden camera..(kalau rezeki murah, nak beli CCTV, tp video cam biasa di hiddenkan pun dh ok rsenye..)

Pikiran 3: Bawak anak gi tempat kerja..
Almost impossible...unless saya dah ad  my private clinic..

Pikiran 4: Suami jaga..
Maknenye kena cari suami yang kerja kat umah..huhuhu..

Seriously, planning sangat susah..
Semoga Allah permudahkan segala urusan..
Manusia hanya merancang, tapi Allah yang menentukan..

.:When Heart Does the Talking:.

Friday 17 December 2010

Dunia Kini, Mengejar Sesuatu yang Tiada Penghujung...

Dengan lafaz bismillah...

'Panas' je rasa..
Tengok industri hiburan tanah air kita..
Semakin hari semakin dasyat..

Nowadays, semua berkejar-kejar nak jadi artis..
Bila dah jadi artis, sume berkejar-kejar pula nak cari populariti and publisiti..

Populariti and publisiti..
It's not an easy thing, i guess..( from what i can see...)
Artis wanita sekarang kalau nak men'capub' - either pakai baju yg mendedahkan or buat something yang mengairahkan..
If non muslim, leh la consider lagi..
Tapi yang buat benda2 gini, mostly ad cap 'islam' kat kad pengenalan dia..
Tapi x sure la kan..so, bersangka baik..hmm..

Tapi, yg lagi menambahkan geram bila sy baca statement yang dibuat oleh seorang artis tatkala berkomentar soal dress up dia, waktu menghadiri satu event.. (die memakai sleeveless, mini skirt dress)
" bla bla bla... saya tak rasa baju ni seksi. biasa jer.. ni first time saya berpakaian macam ni..saja tukar style, sebab takut orang tengok bosan.." ( Maksud yang ingin disampaikan lebih kurang sama tp ayat ni dicipta sndiri)

Tanpa segan silu, mengeluarkan statement begini..
Tanpa rasa bersalah..
Tanpa fikir dosa pahala..
Tanpa ingat mati dan akhirat..
Instead yang difikir adalah
"...sebab takut orang tengok bosan..."

Pada pandangan Allah? Tak fikir plak?
Pandangan manusia nk disibuk2 kan..
Namun yang lebih menyedihkan..
Hal ni tak hanya bertumpu pada artis saja..
Tapi juga pada mereka-mereka di luar, mungkin teman-teman anda, mungkin ahli keluarga anda, mungkin anda..
Mungkin saya? Minta dilindungi ya Rabb!

Adakah pakaian sebegini bertepatan dengan hukum Allah? Think about it...

Kawan kita pakai gitu..
Nak gak pakai gitu..
Kawan kita kata, kita nampak cantik if pakai gini-gini..
Kita pun pakai terus gini-gini..
Orang tu nampak comel bila gitu-gitu..
Kita pun try gitu-gitu..

See..it's a never ending situation..
when we always consider what ppl think or what we think instead of what Allah think..
Have u ever realize that??

Islam itu mudah...
Sebab Allah hv given us the guidelines..
Of every single thing that we do..

Allah tak biarkan kita dalam keadaan tak terurus, takde tujuan dan haluan, takde bantuan..
Allah beri kita Al-Quran yang di dalamnya ada rules n regulations, sebagai panduan..

Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik iaitu Al-Quran yang serupa (ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka ketika mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa dibiarkan sesat oleh Allah, maka tidak seorangpun yang dapat memberi petunjuk.
( Az-Zumar, 39: 23)

Allah utus Muhammad saw dalam kalangan manusia utk membawa manusia ke jalan yang benar, jalan menuju Allah...
untuk ajar manusia untuk hidup dalam dunia yang segalanya milik Allah.

Yang ko sibuk2 ni apsal?
Ni hak aku..aku punya badan, suke hati aku la!

Maybe, there'll be some of you who wud think the way like wht i've mentioned above..
Ok..
Then let me ask you 1 question..
Which EXACTLY the part of you that REALLY belongs to you?
Found the answer?
NONE.
All single thing in this world belongs to Allah.
Then, why do i care?
Well becoz... setiap muslim itu bersaudara...
Kita kena saling mengingatkan to those yang lupe..

Here, i don't think that i've to mention anything bout what you shud do, what you shudn't do..as a muslim.
I believe...semua org tau..
Plus, saya bukan pakar dalam hal itu.

Whatever you're doing, whatever u're wearing...THINK OF ALLAH
Don't care about what other ppl will say.
Cuz u're not belongs to them but ALLAH.

I leave you guys with this...

Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, pasti Kami berikan (balasan) penuh atas pekerjaan mereka di dunia (dengan sempurna) dan mereka di dunia tidak akan dirugikan. Itulah orang-rang yang tidak memperoleh (sesuatu) di akhirat kecuali neraka, dan sia-sialah di sana apa yang telah mereka usahakan (di dunia) dan terhapuslah apa yang telah mereka kerjakan.
(Hud, 11: 15-16)

ISLAM IS DA WAY OF LIFE


.:When Heart Does the Talking:.

Wednesday 20 October 2010

I'm Just Being Me...

I did it again!
2 post draft..saya delete..
and this is not the first time...
Banyak untuk dishare sebenarny, tapi mungkin masa tak mengizinkan..
Dibiar terbengkalai..
sampai satu masa, dah tak ingat dah ap yang patut dishare...

This time..nak atau x nak..i need to publish this post! hee...

Pejam celik, tak terasa dah 3rd year sekarang..
Antara caya dn tak caya..
insyaAllah saya akan memegang gelaran doctor..fuhh..(dalam masa 4 tahun lagi kowt..awal2 dh nk heboh =P)
Nothing to be proud of..really..
Being a doctor, not to be rich, not to be famous...
Being a doctor...
bagi saya, satu tanggungjawab...
tanggungjawab kepada manusia..
tanggungjawab membawa nama Islam..
yang paling penting, tanggungjawab as a muslim untuk mendapat keredhaanNya.

So, doakanlah saya dan teman-teman saya berjaya mendapat gelaran doktor..
Bukan dengan CGPA cikai2, tapi mantap punya result~ Aminnnn!

*********************

My birthday was on 27th September.. beberapa minggu lepas..
Why did i mentioned it?
Hee..
U don't hv to remember it..
Its just that..tarikh itu insyaAllah akan membawa makna yang besar dalam hidup saya..
Sebab apa?
Sebab I've said -  'BUBBYE KOREAN!! I LOVE YOU BUT I NEED TO LEAVE YOU! I'M GONNA MISS U BUT U'LL NEVER WILL MISS ME. SO WHAT'S THE POINT OF ME HARDLY LOVING AND LIKING YOU? IT'S JUST A WASTE OF TIME!!!'

Fuhh..puas rasenye~
Tapi ingat senang ker nak tinggal?? Huish, ini nafsu punyer penangan!
Tapi kesabaran insyaAllah bleh mengatasinya..
Just need some time...
Sekarang tiada hagi update new bout 2pm, si fulan or si fulan..movies itu dan drama ini..
Korean songs?? to be honest, this is the true challenge..
But i started to delete some songs...just nak tinggal yang favorite ones..
Tak salah rasenye kalau nak dengar kadang2..heee..
Biarlah masa menentukan...
Moga istiqamah Nabilah..insyaAllah!

*********************

We Caspelians had moved to a new house or shud we call kosan (bilik sewa)?
Apa-apalah..
Tapi much cheaper than the old one..half price kot..
Alhamdulillah..setelah almost 2 bulan, kami dah dapat biasakan diri..
Tak kisah lah walaupun nama kosan ni Wisma Restu, wherever we live.. We are the Caspel..
ahahaha..noooo!
Tak nak assabiyah~ Kami muslim seperti kamu juga =P
no matter we live, we are muslims!

*****************

Sekarang musim kawan-kawan sebaya tunang and kahwin..
Umur dah 21 la katakan..
Ramai dah mula berkira-kira nak kahwin bila, nak anak berapa..ahaha
Sampai waktu tazkirah pun, topiknya.. nikah, talak..
Hadiah birthday pun, orang bagi pasal taaruf..heee
Tak kisah la kan, ilmu tetap ilmu.. Bak kata orang, sebagai panduan masa hadapan..=)
Hopefully those yang nak berkahwin, tahu the real reason why they'r getting married..
I'm happy for you guys~

Ok la, cukup sampai sini dulu..
Susah sebenarnya nak update blog sebab belum beli broadband..
Hamek! 4 topik terus~
 
Nafasku keranaMu, cintaku untukMu.. Tetapkanlah hatiku mengharap redhaMu..

p.s. Currently reading Hlovate [Tunas]
p.s.2 Dah habis dah baca buku yang orang hadiahkan tu..heee..Alhamdulillah




.:When Heart Does the Talking:.

Monday 16 August 2010

Being A Da'ie...

Homey Home...
Alamdulillah, akhirnya sampai gak ke Malaysia untuk cuti sem 2 minggu..
Always, before balik Malaysia..we (me n housemates in Bandung) slalu brpesan2, utk istiqamah of all the things we do..Ma'thurat, baca al-quran dll..
Coz we all know, it'll be harder in Malaysia since we don't have frens to remind us..
I'm going thru the hardness..InsyaAllah, i'll keep those advices in mind.

Berbalik kepada topik yang nk dibincangkan..
Being A Da'ie..
Adakah SAYA seorang da'ie?
Adakah ANDA seorang da'ie?

Well, few years back..saya pernah rasa yang saya tak layak untuk jadi da'ie..
Ilmu agama kurang..
Perangai macam ape ntah..
Dressing biase2 je..
Makanya tak layak..

Tapi kemudiannya saya realize, jadi da'ie bukan pasal layak tak layak, tp itu satu tanggungjawab..
Menyeru manusia kepada agama Allah..

Ilmu tak cukup..tambah la..buku berlambak, internet pun ad..
Perangai macam ntah pape..berubahlah, pupukla diri jadi baik sikit..
Dressing biasa2 je..buat apa yang patut. Allah have given the guidelines in the Quran..

See..there's always room for improvement..
Just sama ada kita nak atau tak..
Plus determination..

But then, I remembered one of my seniors saying about being a da'ie..

" Ya, jadi da'ie adalah tanggungjawab.. Tapi tanggungjawab tak cukup. Bila kita down, rasa tanggungjawab tu akan kurang.. Tapi jika kita menyampaikan kerana rasa cinta, cinta kepada Allah, cinta kepada Islam,cinta kepada dakwah, cinta menjadi da'ie.. Naik turun macamne pun, susah payah cmnepun.. kte takkan tinggalkan tugas kita sebagai da'ie.."

LOVE makes us alive..
LOVE makes us sacrifice..
LOVE is everything in this world.. (aceh..terjiwang lak..huhu)

Being a da'ie is not easy..
People rarely see the improvement u've done..
But more of what u are now..

Kene behave..jaga tingkah laku..
Kena jaga everything about youself..
Kerana orang sekeliling melihat...

" Orang tu, pakai je tudung labuh, tapi perangai teruk.."
" Bilik budak tu bersepah je, bukan ke bersih itu separuh daripada iman?"

Even pernah sekali, saya kacau akak saya..then die cakap,

" Akak ni lebih tua tak tak, kena respect..Bukan al-Quran ajar ke semua ni.." dalam nada bercanda. Tapi terkesan gak kat hati. Huu..walaupun sebenarnya, dia yang kacau saya dulu..

The point is,
being a da'ie.. You need to try to be good in every way..

"Tapi kami juga manusia, mesti ad wat silap.."

True! No one is perfect..
Sebab itu saya kata TRY!
I'm trying myself..seriously, it's not easy!
Tapi kita perlu berubah menjadi yang lebih baik daripada kita yang sekarang..
Sebab kita membawa agama Allah..
Dan segalanya tentang kita, ada lubang menjerumus kepada fitnah terhadap Islam..
Lubang itu insyaAllah dapat ditutupi dengan perbaiki diri..
Wassalam.

.:When Heart Does the Talking:.

Sunday 25 July 2010

Loneliness Brings You Closer to God

Adakah benar, kesunyian itu boleh membawa kita dekat dengan tuhan?
Jika anda tanya saya...
Jawapan yang akan saya beri adalah... tergantung apa di fikiran anda.

Ok..enough with the skema talking..

Bagi saya,
Loneliness=Alone
Alone=Your mouth is shut
Your mouth is shut=You spend more time thinking

Saya try compare waktu saya bersendirian dengan waktu saya dengan kawan-kawan...
Jarang kot...atau mungkin tak pernah kot.. waktu saya dengan kekawan, saya akan senyap jer, tak bercakap ape..(unless kawan saya tu tido la kan..)
Bila kteorang dok sibuk berbual,  jadi lupa sekeliling..hampir tak endah apa jadi kat surrounding...

Tapi berlainan waktu saya bersendirian..
There's no one that i can talk to..
Pada masa tu la, saya akan jadi lebih concern dengan surrounding..
The people...the sounds... and most of all, the God's beautiful creatures...
The bright sun, the blue sky, the white clouds, the green grass...
They are beautiful and lovely! 
Dan ketika mana saya tengok these beautiful creatures, saya jadi teringat pada satu ayat dalam Al-Quran,

"...Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun gugur yang tidak diketahui-Nya.Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau yang kering, yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)." (Al-Anam, 6: 59) 

***************************

Pepatah melayu ada mengatakan, sambil menyelam di sungai, minum air laut..- Karam Si Bella (aha2..suke2 hati tukar..)

Pagi tadi, saya ke Bandung sendirian untuk berjumpa dengan pakcik saya yang sedang cuti-cuti di Bandung.
Macam biasa, nek bas..
Sebab hotel Pak Chu area-area Pasar Baru, so naik bas ke Elang.. Lebih jimat masa daripada naik bas ke Dipatiukur.
Nak dijadikan cerita, waktu dalam bas, seorang pakcik dok sebelah saya.
Umur around 50..Pakai baju batik indonesia..
Nak gi kenduri kahwin ke? Fikir saya dalam hati..
Papelah..
Dalam perjalanan, sambil menikmati keindahan semulajadi kt luar tingkap..(eceh..)
Saya ansyik mndengar lagu2 feveret saya thru mp3..

Lebih kurang 20 minit berlalu..
Tetiba pak cik sebelah tu pandang saya, membentuk mulut ooaaeeuaoo...
Pakcik ni cakap ngan aku ke?
Langsung saya pausekn player..

"Dari universitas mana?"

Bapa memulakan perbualan...Jadi kami dok bual la tanpa henti... (p.s. best thing bout Bandung, the people sgt peramah-mostly.)

Tapi dah jadi kebiasaan, dan berjuta kali dah...(hyperbola sikit...)
Bila saya cakap, saya ni orang Malaysia..
they were like? Owh...yang bener.. Ga kelihatan kayak orang Malay sih.. (translasi: owh..biar betul..tak macam orang Malaysia pun..)
Aha aha aha.. (ketawa dalam sedih)
Tapi tak kisah lah..janji saya MUSLIM...=)
Saya tak kisah jadi orang korea sekalipun..yang penting saya muslim..huhu

Bapak ni serius baik..
Dia siap bagi saya direction untuk ke hotel yang Pak Chu duduk..

"Naik bis ke cicaheum, jangan naik taksi..mahal.." Dia sound saya, sebab pada awalnya saya cakap saya nak naik teksi..senang, so biar tak sesat.
Yang lebih mantap tu, bila dia siap iring saya sampai ke depan pintu bas yang nak ke cicaheum tu..
Fuh...
Alhamdulillah..
Save budget! And I got to know a new people! Yeay! (ini yang dimaksudkan dengan pepatah di atas..)
Semoga Allah merahmatimu..

****************

On the way back, the other way round plak..
Sakitttt Hatiiii bile ingat balik!!!!
Saya naik bas untuk pulang ke rumah di stesen bas Dipatiukur..
Bas tengah kosong..just 3 seat kat depan sekali, dah ad orang duduk..SEAT LAIN KOSONG.
Jadi saya pun duduk la kt seat yang dekat2 pintu...
senang kuar nanti..
Tetibe, ntah dari mana sorang bapak ni dok kat sebelah saya..
Eh eh..bnyk seat yang kosong, apsal kat sebelah saya gak bapak ni nak duduk??
Mula-mula saya sedapkan hati..Nak dok dekat ngan pintu kuar kot..
But still, ad je seat yang lebih dekat dengan pintu kot..
Uish...
Precaution : My eyes on you bapak! U make a move, and u'll never live again!
Lebih kurang 10 minit dok dalam bas, waktu tu bas lum gerak lagi..
Saya perasan bapak ni macam dah tak dok diam..
Toleh kanan, toleh belakang, toleh kanan blek.. (Saya kt sebelah kiri die..)
Apsal die dok toleh2 tu? Apa die tengok.. Jd saya tengok la apa yang ad kat kanan belakang die tu..
Belakang tu, ad lah seorang pompuan berjilbab..baya2 saya..
Hmm..tapi dari gaya pakcik ni..die lebih menoleh ke kanan die..

HUH!!
No wonder..
Mata kail dah jumpa ikan..
Ikan tu dahla comel, manis2, rambut ikal mayang, pakai seluar takat lutut...

Kalau saya ada kekuatan fizikal dan mental, dah lama saya tetak bapak ni.. kalau ikut hati la kan...
Tapi lebih mengejutkan, tak lama lepas tu..
Guess apa dia buat??


Dia tukar tempat..ke sebelah perempuan tu..Astaghfirullah!

Tak nak cite lebih, buat sakit hati je..
Tapi dalam situasi ni siapa yang salah??
Dua2! Yang laki kalah dengan nafsu, yang pompuan, buka peluang..

" Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya..." (An-nur, 24:30)


"Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan untuk perhiasan bagimu. Tetapi pakaian taqwa, itulah yang lebih baik. Demikianlah sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka ingat." (Al-A'raf, 7:26)

Sentiasalah berdoa untuk kesejahteraan umat Islam.


.:When Heart Does the Talking:.

Thursday 22 July 2010

Sup Ayam Yummy!

Sok sebenonyer ad exam remedial fbs 3..
@ fundamental basic science 3..bout microbiology and anatomy pathology..
easy? no! sebab tu la remed..
huhu..
neway, sebab kepala tgh tepu dgn nama2 tumor~
so dear brain, now take a rest for awhile n do whatever u like..ehehe..
brain: post resepi kt blog!

(ye2 je sy suke post resepi kt blog..uhuhu..ape2 la~)

Resepi Sup Ayam Yummy! (ok..tang yummy tu, sy sje tmbh biar bunyi mcm gempak ckit..ahaks)
taken from taman-syurga-abadi.blogspot.com

1 ekor ayam - potong kecik2
4-5 biji kentang (jgn potong besar sgt, nnti lambat masak)
1 Tbsp bwg goreng (sy tak letak)
1 pokok daun sup (chopped)
1 kiub pati ayam
air secukupnya (kena pndai bajet, klu x nnti tawar..blajr dr pngalaman=P)

Bahan A (Dikisar halus)
1 biji bwg besar
2 1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup / 1/2 tsp kunyit (yg idup lagi sedap)
1 Tbsp lada hitam
1 1/2 Tbsp ketumbar
1 tsp jintan manis
1/2 tsp jintan halus ( stu jenis jintan pn dah ok..trus letak 1 1/2 tsp)
3 biji buah keras

Bahan B
1 btg kayu manis
bunga lawang
3 buah pegaga
6 bunga cengkih

Cara-cara:
1. Tumis bhn B smpai naik bau, then masuk bahan A yg dh dikisar halus. Tumis smpi naik minyak.
2. Masuk ayam dan kentang. Tunggu sampai ayam kecut.
3. Tuang air (bajet2). Api kuat. Masak sampai mendidih.
4. Bila dah mendidih, msuk bwg goreng dan daun sup..renihkan..
5. Lastly pati ayam dan garam secukup rasa.
6. Siap!

Tgk bahan die macam pnjang berjela, tp sebenarny senang je nih..
Sy sangat suka resepi ni sebab full of spices and of course delicious!
Cuba jgn tak cuba and let me know what's the result..ehehe


************************
Sebagai renungan bersama..


Dari Shafiyah binti Huyay Radhiyallahu ‘anha, bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya syaitan itu berjalan pada diri anak Adam dalam aliran darah.”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari (IV/282-Fat-h) dan Muslim (XIV/155-Nawawi)

Sempitkanlah jalan itu dengan lapar dan dahaga...

Tapi jgnlah lah sampai terus tak jd nak wat sup ayam ni..huhu..
Makan tu pepandai la..jgn kenyang sgt..
Islam itu sukakan kesederhanaan..=)

Ke Arah Isteri Super-Cook (lalalala..x leh blah punye moto..)

.:When Heart Does the Talking:.

Friday 16 July 2010

The old Nabilah is back!

Hahaha..
Then, what a new Nabilah looks like? =P

What I meant here adalah old Nabilah yang rajin - erk? tak rajin sgt pun la untuk mengupdate blog..but at least, satu bulan adalah satu post...
Lama banget tak update, lebih kurang 3 bulan kot menyepi..uish3..
Mane pegi old Nabilah dalam masa 3 bulan tu?
Don't ask...

Tapi sekadar mukaddimah..

Tumbuhan jika tak dibaja, tak disirami...Akhirnya kan layu dan mati..
Begitu juga hati manusia.. Kalau tak diberi makan secara rohaniah, hati kan 'layu' dan mati juga akhirnya..

*****************

Semalam saya pergi satu seminar called SILAT.
(SILAT= Seminar Islam Liberal, Syiah dan Tarekat Sesat.)

Ok, secara jujurnya... Pada mulanya saya tak tau in detail.. apa itu islam liberal.. apa itu syiah.. apa itu tarekat..
Sebab itu, saya datang seminar ni..
Untuk tambah pengetahuan..
Tak nak lah jadi orang yang kosong jiwa daripada ilmu @ bodoh (kata mudahnya..)

I have to say, it's a very interesting seminar! Rugi sape tak gi...
Kalau nak cerita satu persatu..

Panjang berjela la jawabnya..

Dan saya bukanlah orang arif soal golongan-golongan@ kumpulan-kumpulan ini...


Tapi apa yang menyentuh hati saya bila terdengarkan hadis Rasulullah..
“Ketahuilah bahawa Ahlul Kitab sebelum kalian telah terpecah-belah menjadi 72 golongan, dan bahawa umat ini juga akan terpecah menjadi 73 golongan. 72 daripadanya akan ke neraka. Dan satu golongan di dalam al-Jannah (Syurga), mereka itu adalah al-Jama’ah.” (Diriwayatkan oleh Abu Dawud (4597), ad-Darimi (2/241), Ahmad (4/102), dan juga al-Hakim (1/128), al-Ajurri di dalam asy-Syari’ah (XVIII), Ibnu Baththah di dalam al-Ibanah (2/10812, 119/1), al-Laalika’i di dalam Syarhus Sunnah (1/23/1). Dishahihkan oleh asy-Syaikh al-Albani di dalam Silsilah al-Ahaadits ash-Shahihah, no. 203 & 204 - (1/404))

Hanya 1 golongan di dalam al-Jannah iaitu al-Jama'ah..
Iaitu mereka yang menganut agama Allah, agama Islam dengan sebenar-benarnya...
Hati saya tersentuh kerana takut...
Takut akan satu perkara..Nau'zubillah..

Ya Allah, jangan kau bolak-balikkan hati kami.. Tetapkanlah kami diatas jalanMu, berikanlah kami petunjuk dan hidayahMu...

Ada lagi satu perkara yang membuat saya tersentuh..

Waktu program tu, ada tunjuk beberapa video cara zikir golongan sufi...

Ada yang menari pusing-pusing..
Ada yang kedepan-kebelakangkan perut..(bayangkan~)
Ada yang sampai breakdance..

Memang la..kalau tengok, tak leh nak berhenti gelak..

Tapi yang sedihnya bila tengok anak2 dah diajar sejak kecik untuk melakukan 'ibadah' macam tu..
Siapa yang patut dipersalahkan?

Mungkin bagi kita yang melihat, ini dianggap satu bidaa'h..satu tokok tambah dalam ibadah..
Tapi bayangkan jika kita tergolong dalam golongan mereka... Jika kita memang dilahirkan dan dibesarkan dalam golongan mereka..
Apa mungkin kita sedar?
Apa mungkin kita sedar, this is not what written in Quran and Hadiths..
Kita pasti akan sekadar menerimanya..

"Mana mungkin salah, nenek moyang aku semua beribadah macam gini gak..."

Sebab itu saya fikir..
There's no one to blame except for yourself..
U've got the brain...Think and search

U've got the foot...Walk and search

U've got the voice...Ask and find out the truth!


Kita beribadah BUKAN berdasarkan nenek moyang..
Kita beribadah berdasarkan Al-Quran dan Hadis..

So, jangan malas untuk mencari kebenaran...
MAKE SURE segala ibadah yang kita lakukan tak bertentangan dengan panduan yang Allah telah tetapkan, supaya tak sia-sia ibadah tu..

That's it for now..
Together, let's find out the truth of ISLAM..


I'm a muslim and I'm proud of being one. =)
.:When Heart Does the Talking:.

Monday 12 April 2010

Akhirnya Tewas Dengan Cinta!

Huh..
Aku mengeluh sedih! Aku mengeluh pedih! Aku mengeluh letih!
Satu lagi temanku 'syahid' dalam memperjuangkan ke'single'an.

" Minta maaf kalau buat awak marah, tapi saya dah terima dia untuk jadi kekasih saya..."

Boleh saja kalau aku nak marah!
Tapi...
Aku tak ada hak untuk itu...
Itu soal dirimu..Segalanya tergantung dirimu!
Aku cuma boleh mengingatkan, menasihatkan...
Tapi keputusan semuanya terletak padamu!

Apakah aku yang salah?
Kerana mungkin aku tak terus menerus menasihatinya...

Teman, aku tak tahu bagaimana untuk memberitahumu...
Kerana aku takut dirimu terluka...
Kerana aku takut hubungan kita terobek...

Aku berharap kau membaca artikel ini...

http://jombloweh.blogspot.com/2009/12/love-is-cinta.html

Bukan bermaksud untuk menyibuk...
Tapi kerana aku menyayangimu...

Aku sering mendoakanmu teman...
Tapi jangan salah fikir yang aku kan mendoakan kebahagiaanmu dengan si dia...
Aku mendoakan agar dirimu mendapat KEBAHAGIAAN YANG SEBENAR...
Kebahagiaan yang kan kau rasa tatkala kau bertemu CINTA SEJATI...
Bukan cinta manusia, tetapi CINTA ILAHI...

.:When Heart Does the Talking:.

Wednesday 7 April 2010

Dakwah, Tarbiyyah dan Si Pemalas...

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.

Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.

Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.

Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program...yang senang dan mudah, join, yang penat, bersusah payah elak.

Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
(erk..kenapa sy highlight nih?)

Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.

Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak
nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.

Dakwah bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

Pencerahan bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.
Cuma tanpa pencerahan, Tanpa tarbiyyah, Tanpa dakwah, Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak perlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.

Saya menghitung diri. Terlalu kerap menuturkan. “saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu. “amanah ini bukan hak milik, tapi anugerah dariNya”


Petikan dari http://muntalaq.wordpress.com/2010/04/04/dakwah-bukan-untuk-orang-malas/


p.s. muhasabah diri (-_-;)

p.s.2 Pastikan semula tujuan dakwah kita..sebab tujuan yang salah akan menyebabkan kita mengeluh di tengah jalan.


.:When Heart Does the Talking:.

Tuesday 16 March 2010

Rich Chocolate Pudding

What a day!

Walaupun cuti, tapi sangat2 memenatkan...
Bangun pagi tadi pun bagaikan shock, tak lena disebabkan LI (home assignment) yang SANGAT BANYAK!

Anatomy of Lower Limb! 1 chapter dalam buku Moore.. 100 lebih muka surat..

(Anda pada saat ini mungkin akan terdetik dlm hati : 'Eleh, tp sempat ag post blog...')

Sebab stresslah saya decide untuk send post ni..

Tapi Alhamdulillah, ad 2 budak rumah yang buat tajuk yang sama..Jadinya, kami bahagi 3.. kuranglah sikit beban..sorg dapatlah dlm beberapa pages.. ( 30 lebih kot!)

Ok, forget bout dat..

Hari ni juga adalah hari jadi adik usrah saya, eicha..
Hari lahir yang ke-20..


Kami satu usrah during birthday party eicha at Bosa

Adik2 usrah yang lain request buat puding...

Hmm..disebabkan dh lama teringin nak try wat pudding ni, so i decided to make rich choc pudding..
1st time buat, takut gak kalau tak menjadi, tp Alhamdulillah..sgt sedap..huhu2.. (x bermaksud nak puji diri =P)
Tak ingat ambil resepi ni dari mana, tp serius yummy!

here the recipe sbg perkongsian...

1/2 cup serbuk koko
1 cup gula
1/2 cup susu tepung
1/2 sudu teh garam (sy x letak)
4 1/2 cup air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter (sy kurangkan, konon x nak berlemak sgt..hehe)
1 paket serbuk agar-agar (10-11 gram)

cara-caranya sgt senang =)

1. campur everything except butter
2. kacau smpai mendidih
3. masukkan butter, then terus kacau sampai pekat
4. masuk dalam bekas@ loyang
5. sejukkan dalam fridge
6. siap!

sebab nak lagi sedap, saya buat custard sauce sekali...marvelous!

Hmm, oklah..itu je dulu...
Nak sambung siapkan LI...hehe


.:When Heart Does the Talking:.

Wednesday 17 February 2010

Nafas Kan Terhenti...

Malam dingin itu...
Hujan turun agak lebat..
Terasa rembesan air mengenai muka disebabkan tingkap angkot dibahagian penumpang hadapan tak ditutup rapat...
Sengaja tak ditutup...
Kalau ditutup, boleh mati sesak nafas semua yang didalamnya..
Tambahan, bilangan orang melebihi muatan, 15 orang belum termasuk pemandunya!

Aku merenung ke luar
Jalan mula dibanjiri air..
Hatiku tersentuh melihat seorang bapak lebih kurang setengah abad bersusah-payah cuba mengharungi jalan yang penuh lopak...
Dengan hujan lebatnya...
Ditambah pula bekas makanan yang membebani bahunya...

Aku patutnya bersyukur...
Sekurang-kurangnya aku duduk selamat dalam angkot tanpa dibasahi hujan...
Sekurang-kurangnya aku tak perlu bersusah-payah mencari wang hingga malam hari...
Ah!
Banyak sahaja yang perlu aku syukuri tentang hidup ini..
Kalau disenaraikan, belum tentu satu post ini sudah mencukupi..

Namun, aku alpa!
Aku leka!
Aku tak ambil endah!

Kenapa??
Kenapa boleh alpa? Kenapa boleh leka? Kenapa tak ambil endah?

Huh..alasan...
Memang kalau ditanya, alasan manusia memang sama...
Manusia memang mudah lupa, memang cepat leka..

Kalau dah tau, tak reti-reti lagi nak perbaiki diri??

Nak berterusan begitu sampai bila..

Allah tak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.

Surah Ar-Ra'd, 13:11

Dan umat Islam tak akan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali..
Umat Islam yang sejati akan sentiasa memperbaiki diri...


******************************

Aku mendoakan agar bapak itu dikurniakan kesihatan untuk hari-hari mendatang...
Agar mudah baginya untuk terus mencari rezeki...
Demi sesuap nasi buat anak dan isteri...

******************************

Dalam tenang malam itu...
Tatkala renungan mataku tertuju ke luar tingkap...
Renungan hatiku masih tertumpu ke Rumah Sakit Al-Islam, Bandung...

Ada sekujur badan yang aku tinggalkan disitu...
Yang lemah tak terdaya terbaring di katil...

Walau diri terasa berat untuk meninggalkan tempat itu, untuk pergi jauh dari tubuh itu..
Namun kaki ini terpaksa juga aku langkahkan..

Dalam kesakitan, masih terdaya untuk kau mengulit senyuman...
Walau keperitan yang kau rasa, masih mampu kau bergurau-senda...
Hatiku merintih....
Tapi mana mungkin aku menangis, sedang kau kuat menghadapinya?

Kau tabah, kau kuat!
Aku percaya dengan itu...

Segeralah bangkit dari katil itu...
Segeralah hapus segala kesakitan itu...
Aku tiap hari menunggu untuk kau duduk di bangku sebelahku dalam bilik tutor..
Aku merinduimu!

******************************

Terngiang-ngiang lagu dendangan Raihan, bertajuk Demi Masa.

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran

Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati


Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan.

Al-'Ankabut, 29:57


Itu adalah janji Allah..

Hidup kita hanya sementara...
Nafas kita kan terhenti jua...

Selama mana kita hidup...
Selagi mana kita sihat, muda, kaya dan lapang, syukurilah dan gunakanlah sebaiknya...
Ingatlah, setiap apa yang kita kerjakan di dunia, akan diperhitungkan di akhirat!


p.s. Mari kita sama-sama doakan kesihatan Aiza, semoga Aiza cepat discharge dari wad.

p.s. 2 Ayat agak sastera..sebab baru sihat dari demam novel..hehe

p.s. 3 Semoga kita sama-sama mendapat manfaat =)



.:When Heart Does the Talking:.

Sunday 31 January 2010

Puding Roti Marble

Duha requested dis recipe...
Gomen, terlmbt post..
I promised to post dis yesterday rite, tp ad mslh yg x dpt dielakkan..huhu

So, here it is...

4 keping roti
2 telur
1/2 cup susu pekat
170ml susu cair (1/2 tin will do)
1 paket agar-agar
1/2 cup gula
2 sudu besar butter (cairkan)
3 1/2 cup air
2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara:

1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar2, gula dlm periuk.
2. Blend roti, telur, susu cair, susu pekat n balance air. Then masukkn dlm periuk yg ad agar2 tu..
3. Masukkn butter yg cair tu then biar smpai mendidih..tp kacau2 la ckit so dat bhgn bawah x hangit.
4. Bhg adunan tu kpd 2.. satu di cmpur dgn serbuk koko..(kacau cepat2)
5. masuk selang-seli ke dlm loyang...ni kene cepat gak sbb die cpt mengeras.
6. Then simpan dlm fridge..
7. Dh sejuk, leh la santap...


.:When Heart Does the Talking:.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails