Thursday 31 October 2013

Morning Exercise di Sumedang

Assalamualaikum wbt.

For those yang mungkin tak tahu, Sumedang adalah satu kota/daerah di Jawa Barat, Indonesia bersebelahan dengan Bandung. (haa..Bandung kalau tak tau gak, tak tau nak kata ape dah.)
Sumedang ni macam bandar apa eh kat Malaysia? Pekan, Pahang? (saja nak memanaskan my friend yang org Pekan =P Mean no harm.)
Mall yang ada, paling Griya - standard Giant lah kalau kat Malaysia. Itu je. (titik)

Anyway, kat tempat ni famous dengan tahu Sumedang (sangat sedap, kalau datang Bandung boleh je try, kat tepi2 jalan ada...)
Famous gak dengan ubi madu cileumbu. (sangat sedap gak!)

(Makanan jelah yang saya tau..hehe)

Well, apelah takde keje sangat dok exercise sampai ke Sumedang?
Huhu..INGAT NAK SANGAT KE?? (tetibe emo, sisa tension dengan FK UNPAD masih ada =P)

Actually, sekarang dan untuk 2 bulan ke depannya kat Sumedang nih, untuk selesaikan magang aka praktikal di rumah sakit (read: hospital) dan puskesmas (read: klinik kesehatan daerah). Nanti beralih pulak 2 bulan di Ciamis, then 1 bulan di Bandung. And right after that, I'll be back to Malaysia for good, insyaAllah.

Berbalik kepada tajuk. (hehe..tersasar lebih2 plak)
Disebabkan masa yang agak (baca: terlebih) lapang selama magang nih, my friend Susi (she's Malaysian btw) and I decided lah untuk pergi exercise selang sehari.
And we discovered a place, called alun-alun (baca: lapangan) which is sangat sesuai untuk exercise, not far from our rental house.

So pagi tadi, was the 2nd time we went there and 1st time pegi right after solat Subuh. (Selalu pegi petang-petang bila matahari dah menyorok belakang awan). Around 04:50 am (kat Malaysia 05:50) kiteorang pun berangkat (read: bertolak).

And surprisingly when we reached there, dah ramai orang yang tengah exercise gak kot!
(I underestimated people in Sumedang. I thought at time like this, they most probably be sleeping soundly or getting ready to work)

But kinda cute? Sebab...
Macam-macam gaya orang yang exercise kat sini..(How i wish i can share a picture with u guys, but anyway, don't imagine these people were running, brisk walking counted as exercise ok.)

Dari yang pakai selipar, sampai ada ibu (read: makcik) yang pakai kain, bapak (read: pakcik) yang bawak baby.. Sangat sweet bila ada pasangan suami isteri age around 60 walking together side by side. Tapi yang terbaik, pak imam masjid sebelah alun-alun nih. Keluar dari masjid terus brisk walk dengan kopiah, kain pelekat ngan tasbih kat tangan. Siap 2 round plak tu. (Jadi stalker plak tetibe =P) One word - Subhanallah!

Langsung teringat salah satu muasafat ibadah: Qawiyyal Jism = Kuat tubuh badan.

Rasulullah saw. bersabda:
(المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف (رواه مسلم
Artinya: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah.” (HR.Muslim)


Betullah. Nak jadi seorang muslim yang hebat bukan sekadar perlu penuh ilmu agama di dada, tapi badan kenalah tough! Baru nak beribadah tu senang tanpa halangan. Baru musuh Islam kecut tengok. Huh. (kesat peluh)

p.s. Betulkan niat. Orang pompuan nih, selalunya exercise sebab nak selim melim (erk, kenapa terasa pedas sendiri eh?) tapi sayanglah kalau camtu. Selim melim mungkin dapat, pahala Allah tak.

p.s. lagi. Saya fikirkan gak saya nanti sebagai doktor in future, nak nasihatkan patient untuk kawal pemakanan, jaga berat badan. Dan waktu tu, saya tak dapat bayangkan if patient tengok dan tunjuk kat saya dan kata, "errr..tapi kenapa doktor..?" (ayat seterusnya disensored untuk tidak menyinggung perasaan penulis)

.:Saksikan Bahawa Aku Seorang Muslim:.

Tuesday 2 April 2013

Seksi itu Hak Manusiawi?

Assalamualaikum wbt.

Dgn tertulisnya post ini, kantoi dah, suke tengok beautifulnara.com...huhu
Tengok kekadang je pun, tuh pun bila ada kawan yang tetibe ungkit pasal berita-berita hiburan kat mesia jadinya tengok lah apa yang jadi dengan hiburan Malaysia tanah air ku... Bukan menyibuk, tapi prihatin..hehe...

Sadly, beberapa page dok heboh tentang scene2 tak senonoh antara dua pelakon dalam filem. Astaghfirullah. Pasti tambah menyedihkan sebab pelakon-pelakon tuh semuanya beragama Islam. Tapi tak mau cite panjang pasal tuh...

Nak share pasal komen /teguran yang diberikan oleh Dr. Harlina Halizah Siraj (I pray to Allah that I can be like her someday...Amin!) melalui blognya kat sini bila ada seorang artis wanita melayu mengatakan "seksi itu hak saya"

Here is what she wrote:

Salam ukhuwah
Atas dasar tanggungjawab dan amanah, Dr Har memberanikan diri mengajukan pandangan terhadap fenomena semasa yang amat membimbangkan – di mana semakin ramai ahli masyarakat yang tidak lagi peduli dan kisah dengan teguran orang lain di sekeliling. Apa yang lebih menyedihkan – apabila alasan yg diberikan berlandaskan hujah hak asasi peribadi, yang dianggap mutlak milik individu. Orang lain dianggap tidak berhak campurtangan dan mempersoalkan keputusan, tindakan dan tingkah laku seseorang itu.  
Terbaru, hari ini (21 Mac 2013) terdapat laporan akhbar harian mengenai komen seorang yang dikenali ramai mengenai `hak peribadi’nya utk berpakaian seksi. Beliau juga memberi amaran agar orang ramai jangan terlalu menjaga `tepi kainnya’. Sedih dan sayu rasa hati membaca komen tersebut. Masakan boleh Dr Har buat tak kisah dan membiarkan golongan ini begitu sahaja. Kalau ada yang mahu mengatakan : 'Who cares?', Dr Har jawab 'I do care! A lot!'
Dalam konteks ini, perlu sangat diperjelaskan bila nak bercakap pasal hak, ada beberapa noktah yang mesti diperhatikan :
  1. Jangan lupa, jauh mendahului hak individu adalah hak Allah SWT yang Maha Agung, Perkasa dan Sempurna. Hak Allah SWT adalah untuk disembah, dipatuhi dan diagungkan. Segala suruhan-Nya adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri, maka pujuklah diri dan relakanlah jiwa untuk patuh, taat dan setia. Larangan yang membawa kemurkaan-Nya adalah untuk keselamatan dan kesejahteraan manusia itu sendiri, maka jauhilah sejauh-jauhnya. Membelakangkan hak Allah, tidak memperdulikan suruhan-Nya – adalah satu manifestasi kesombongan yang luarbiasa!
  2. Janganlah pula terlupa, tubuh badan kita sebenarnya bukan hak milik kita, yang boleh diperlakukan sewenang-wenangnya. Ianya hanya pinjaman sementara, dari Empunya yang tidak pernah terleka. Keindahan tubuh badan ini boleh hilang sekelip mata, semua terpulang kepada yang Empunya. Bukankah kita mengimani adanya Hari Pembalasan di Padang Mahsyar? Khabarnya, itulah saat segala anggota tubuh badan kita akan mengadu perihal penyalahgunaan dan pengkhianatan kita. Mulut yg begitu lantang bersuara semasa di dunia, terkunci rapat semasa ditimbangtara. Tentu sekali kita takkan boleh berkata kepada Tuhan yang Empunya segalanya, `Jangan jaga tepi kainku! ‘
  3. Jangan lupa, selain hak adanya pula tanggungjawab dan rasa hormat. Tiga aspek ini :Responsibilities, Rights & Respect – 3R, tak boleh dipisahkan.  Hak hanya boleh diberikan kpd mereka yg sudah menjalankan tgjwb & peranan mereka dengan baik dan sempurna. Peruntukan hak mestilah pula dihormati. Jangan asyik berhujah dengan hak kita yang itu dan yang ini. Tanyakan pada diri, sudahkah tanggungjawab dan peranan asasi kita sebagai hamba Allah dan khalifah terlaksana? Kalau belum, hak apa sebenarnya yang ada pada dirimu?
  4. Jangan lupa, kita manusia makhluk Allah yg perlu hidup secara berkelompok dan bersosial. Kita manusia lemah, amat saling bergantungan dan perlu-memerlukan. Selain hak individu, ada di sana hak kolektif (jamaí) yang menjadi milik komuniti di sekelilingmu. Bila bertembung antara hak individu kita dengan hak kolektif massa – ketahuilah, hak kolektiflah yang harus didahulu dan diutamakan. Demi sebuah ketenangan hidup yang penuh rasa hormat-menghormati, ayuh kita belajar dari kelompok manusia dulu – mendahulukan hak kolektif dibandingkan hak individu. 
Mungkin yang paling mendapat manfaat dari nukilan ini, bukanlah kelompok sasaran yang diajukan teguran.

Tak mengapalah, Dr Har yakin, ada kelompok yang pasti mendapat sedikit peringatan dan tazkirah.

Fazakkir, innafa’atiz zikra : Dr Har akan terus memberi peringatan, sesungguhnya peringatan yang berulang-ulang itu banyak manfaatnya!

Salam ukhuwah :

Dr.Harlina Halizah Siraj ( Dr.Har)
 


.:Saksikan Bahawa Aku Seorang Muslim:.

Saturday 9 February 2013

SMSs vs Phone calls

x
Assalamualaikum.

Let's make it short and simple but still can get the points of what i'm gonna write here.

Nak cite how dalam zaman kecanggihan teknologi ni, those gadgets can be a good thing and can be the other way round. This issue is kinda lame actually, but it hurts my heart so much that i decided to share this.

SMSs vs phone calls.
Most ppl including myself wud prefer sms rather than phone calls sebab:

Murah, cepat, mudah...

tapi bende mudah ni dalam waktu yg sama menyebabkan perkara yg kite nk sampaikn tuh jd FLAT!
Dalam arti kata, tiada emosi, tiada intonasi, tp yang ada hanya delusi si pembaca. (baru lepas psychiatric department so penggunaan delusion telah disalah guna).

Si pembaca akhirnya meletakkan sendiri emosi dan intonasi yang kadang2 tidak bersesuaian dgn niat pemberi sms sehingga mengakibatkan salah faham dan kecik hati (spt yg dialami oleh diri sendiri sekarang).

Contoh:

Si pemberi sms: 'u ad mslh ke????' (mood: sgt concern/ambil berat nk tau masalah)

Si pembaca sms: 'u ad mslh ke????' (di mata pembaca, ad '!!!!!' kt hujung persoalan)

In pembaca's mind: ape masalah budak ni nk crik psl dgn aku, kalau nk cari gaduh ckp depan2 arr!!!!... (over, working diagnosis: PMS)

Well, get the point?

Sometimes, it is better to voice out things in your mind rather than make it into smses...
People can get confused, can imagine things that u never expect by ur words in sms.

Kalau sekadar nk bg informasi tuh, boleh la tp kalau nk pujuk, nk menegur, bg nasihat, tnye masalah dll yg mood dan affect itu memainkan peran penting, it is better to face the ppl directly or at least give a phone call.

Well, but if u still think smsing is 'ur way' and u never ever realize how much u need to work on ur social skills, then adding some emoticons might help. The end.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails