Wednesday, November 11, 2009

Kenapa Saya Berubah? (Part I)

Agak terkedu pada ketika kawan saya menanyakan satu soalan,

"Apa yang membuatkan awak tergerak untuk berubah?"

Terkedu bukan kerna apa..
Tapi agak kaget soalan itu diajukan tanpa hujung pangkal..

Berubah? Apa yang berubah?
Apa bezanya kalau dibandingkan dengan saya yang dulu?

Mungkin sudah sedikit sebanyak telah saya ubah...
Penampilan..
Perwatakan..
Untuk menjadi yang lebih baik..
Tapi bagi saya, belum cukup baik..
Banyak yang masih perlu dibaiki..

Saya tak menjawab pantas solan yang diajukan...
Di kepala terliar-liar jawapan yang terbaik itu saya berikan..
Selepas sejenak, akhirnya saya menjawab,


"Sebab kita tak tahu bila kita akan mati"


Tapi tak tahu kenapa..
Rasa macam tak puas hati dengan jawapan itu..

Saya tak rasa jawapan yang saya bagi tu salah..
Betul la kan..
Ajal maut di tangan Allah..
Bayangkan jika kita mati tanpa iman dihati??
Kelak di akhirat yang merana, diri sendiri!

Tapi..
Pasti ada jawapan yang lebih baik..

Kenapa saya berubah? Dalam erti kata, berubah untuk mendekatkan diri kepada Sang Pecipta...

saya langsung diam..
Ligat kepala saya mencari jawapan lain...
Mujur kawan saya tak bertanya lebih, kalau tidak, jenuh juga nak menjawab..

Agak lama saya berfikir..

Kenapa saya berubah?

Tiba2, teringat kata2 seorang senior tatkala beliau memberi tazkirah berkaitan fitrah manusia..
Fitrah manusia mencari tuhannya...
Fitrah manusia kepada kebaikan...


Ya! Sudah menjadi fitrah!
Maka tidak hairanlah jika saya berubah..
Tidak hairan jika sesiapapun berubah..
Kerana fitrah ingin dekatkan diri dengan tuhan yang menciptakan segala makhluk yang ada di muka bumi.

Tapi kalau memang fitrah manusia, kenapa masih ada orang yang bagai tak ada hala tuju hidup?
Ada yang sampai tak percaya tuhan?

Itu adalah kerana nafsu jahat telah menguasai diri...
Maka Allah telah tutup pintu hatinya dan tidak memberi petunjuk..

Dan mungkin juga kerana dia sendiri tiada keinginan untuk mencari tuhannya...
Hanya mahu melayari hidup dengan sia-sia..

...Maka barangsiapa yang menghendaki, nescaya dia menempuh jalan kembali kepada tuhannya.


(Surah An-Naba',78:39)

Jelas-jelas dalam ayat suci di atas, jika kita menghendaki, kita akan kembali kepada tuhan kita..
Kalau tak nak, terserah kepada kita..
Teruskanlah hidup dalam keindahan dunia yang sementara..

" Sesungguhnya orang2 yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu, dan orang-orang yang melalaikan ayat2 Kami, mereka itu tempatnya di neraka, kerana apa yang telah mereka lakukan."


(Surah Yunus,10:7)

End Part I


.:When Heart Does the Talking:.

Tuesday, November 3, 2009

Maaf Teman, Aku Sendiri Tak Mengerti Diriku

Air mata mengalir tanpa dapat ku kawal...
Apa yang telah aku lakukan?
Aku telah membuat kau berkecil hati..
Maafkan aku teman..

Sungguh! Dalam hati ini...
Aku tak suka menyakiti..
Apatah lagi menggurisi...
Kerna aku tahu rasanya bila disakiti..
Aku tahu betapa perit rasa hati..

Bukan silapmu air mata ini mengalir ke pipi..

Membuat dirimu begitu, hatiku bagai disakiti..
Dalam diam aku membenci diri..
Aku bukan sahabat yang dicari-cari..

Aku benar-benar tak mengerti diri ini...
Aku mahu ada sahabat disisi..
Tapi ketakutan menguasai..
Ketakutan untuk berharap..
Ketakutan akan masa lalu yang menghinggap..

Keperitan masa lalu yang aku lalui..

Banyak hati-hati telah ku sakiti...
Tapi bukan atas keinginanku..
Tapi atas sebab diriku sendiri..

Aku takut untuk berteman..
Kerna aku takut aku kan menyakiti lagi..

Aku sedang cuba perbaiki diri..
Teman, harap kau mengerti..

Aku menyayangimu kerana Ilahi..



.:When Heart Does the Talking:.

Sunday, October 11, 2009

Saya Gumok!

Orang kata saya gemuk la, padat la, tembam la, montok la..

FINE!!

Saya nak diet!!


But since im a future doctor, i need to have a good balanced diet plus improving my eating habits..=)
Hmm..

Talking about eating habits..

I skipped breakfast..
I eat a lot and frequently..
Im lazy to chew da food I eat..
I love bottled drinks..Nu Green Tea!

Owhh..yeah~

I decided to google Good Eating Habits..
And I found this informative articles..

1) PREPARE YOURSELF FOR SUCCESS

In order to begin you need to prepare yourself mentally. Plan in advance what you will be eating during the week, write it out for yourself, stock up on those foods and make it happen!

2) PROTEIN IS VITAL

Make sure you eat protein in some form at every meal, including breakfast.

3) EAT LESS REFINED BREADS AND STARCHES

Cut back on the amount of bread and pasta you consume. Eat your pasta as your mid-day meal and if you do eat pasta or bread it comes from whole grains.

4) LIMIT YOUR DAIRY CONSUMPTION

Drink non-fat milk, eat low fat or fat free cheese and low fat yogurt but check the yogurt, some low fat yogurt has a very high sugar content!

5) DON’T OVERDO THE FRUIT

No more than 2 a day and use just the good fiber kinds. Apples, pears, plums, and berries are best. Avoid fruit juices, they’re loaded with sugar!

6) EAT NUTS

Just stay in moderation here. A quarter cup of pistachios, almonds or cashews are not only tasty, but a good source of protein.

7) REDUCE THE PORTIONS

When at home, use smaller plates. If you go out, order the smaller size or if one size fits all, get a doggie bag in advance and put half your meal in it before you start to eat. You will fell better and have a good meal to eat again later.

8) DRINK LOTS OF WATER

Water has great dietary and overall health benefits. Many hunger pangs are due to lack of water. Drinking plenty of water throughout the day will keep you hydrated and will reduce food cravings.

9) GO MEATLESS FOR A MEAL A DAY

Try eating one meal per day with no meat. For example, have a peanut butter and jelly sandwich rather than a hamburger. You reduce bad fat and increase fiber and protein.

10) NEVER SKIP BREAKFAST

A proper breakfast gets your metabolism going. Use cereals with at least 5 grams of fiber and no more than 8 grams of sugar and use non-fat milk.

11) EAT MORE SEAFOOD

Eat water packed tuna and salmon; they are loaded with omega-3 fatty acids that help protect the heart. You should have these seafood’s 2-3 times per week.

12) BRING YOUR OWN LUNCH

Rather than eating lunch out all the time, make your lunch and only eat out for lunch once a week. You’ll save money and know your eating good things like whole grain bread, lean chicken or ham and fruit or veggies.

(Okey, now I know y i am who i am)

I suggest u guys to follow all these guidelines towards healthy eating habits..
Tak kisahla korang on diet atau x..

Ni xde kaitan dengan kegendutan korang..

Its just for a healthier lifestyle..Especially for becoming-doctors, u guys shud be a role model to everybody! Takde la nak melantak mi segera tiap hari..(Oppss..ad yg terasa ke? =P )

HIDUP SIHAT RAKYAT SEJAHTERA! Uhuks =)


.:When Heart Does the Talking:.

Wednesday, August 26, 2009

Bahu Ke Bahu ATAU Telekung Ke Telekung?

Ramadhan yang mulia..
Bulan dimana kita sebolehnya melipatgandakan ibadah kita bagi mendapat keredhaan dari Yang Esa..
Setiap malam, Alhamdulillah saya telah berjemaah solat Isyak dan Tarawikh di Masjid Jamek brdekatan dengan rumah..

Hari ni adalah hari ke 5 puasa..
Bermakna dh 5 malam saya dan keluarga ke masjid untuk solat berjemaah..

Hari pertama solat tarawikh, agak kekok sebab Rmadhan tahun lalu, sy menjalani bulan mulia Ramadhan di Indonesia..
Dan di sana, solat tarawikh 4 rakaat satu salam..berbeza dgn Malaysia, 2 rakaat satu salam..

Sebenarnya apa yang nak disentuh adalah berkaitan solat berjemaah.

Setiap kali sebelum solat, imam akan mengingatkan jemaah agar merapat dan meluruskan saf seperti yang sering diamalkan oleh Rasulullah SAW..
Just in case anda nak tahu, peringatan itu disampaikan dalam bahasa Melayu! Satu bahasa yang InsyaAllah akan difahami oleh semua orang yang ada didalam masjid itu, sebab 99% adalh berbangsa Melayu..

Namun sayangnya, peringatan itu bagai angin yang bertiup sepoi..tiada siapa kelihatannya peduli..hanya sebilangannya saja.. yang lain dok sibuk betulkan telekung, bual-bual kosong, termenung sampai ke Indon...
Kalau nak dikatakan imam tu tak pakai mic, pakai...
Kalau nak dikatakan telekung yang menutupi diri itu telah juga menutupi lubang telinga mereka, tiada logiknya..

Sakit mata memperhatikan segolongan Muslimah membiarkan jurang besar antara mereka. ( Saya hanya memerhati Muslimah jela, yang lelaki tak tau la kan..pelik pulak kalau tau..=P)
Bila telekung mengembang (sebab angin kipas), nampak tertutup la sikit jurang itu, tp cuma secara penglihatan bukan secara jasadnya..

Kenapa perlu ada jurang besar itu?
Kenapa jemaah yang lain bagai tak nampak jurang itu?

Pernah saya cuba merapatkan bahu dengan orang disebelah ketika dalam solat, boleh pulak orang itu menjauhkan diri..Allahuakbar!

Pelikkah merapatkan bahu ketika solat?

Try sedapkan hati..
Kemungkinan mereka tak tahu atau buat tak tahu..
Atau mungkin mereka lupa..
Betapa Rasulullah sangat tidak suka sekiranya ada gap antara jemaah..

Wahai saudaraku..

Sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda,

"Luruskan saf kerana ia adalah kesempurnaan mendirikan solat" - HR Bukhari

"Jika kamu tidak meluruskan saf, maka Allah akan mewujudkan perselisihan pada hati-hati kamu" - HR Bukhari

"Saf yang tidak dirapatkan antara bahu-bahu itu akan mengakibatkan kemasukan syaitan diantaranya, lalu ia merosakkan solat kamu (tidak kusyuk)" - HR Ahmad

"Jangan sampai aku melihat celahan antara saf-saf" - HR At-Tabrani

Lihat?
Betapa Rasulullah SAW sangat menitikberatkan soal saf ini?
Sempurnakah solat kita jika safnya pun dah tak betul?
Kalau nak mengharapkan kesempurnaan solat melalui kesempurnaan bacaan dalam solat, sebagus mana bacaan kita?

Allah sendiri telah berfirman, yang bermaksud,

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh." (Surah As-Saff: 3)

Tak perlu diuraikan tentang ayat di atas. Jelas-jelas Allah mengasihi kita jika kita solat dalam saf yang lurus dan rapi..

Teringat pula kisah khalifah Islam, Sayyidina Omar..Setiap kali solat, beliau akan meluruskan saf dengan menggunakan pedang..Hingga sebegitu sekali..

Rapat dan luruskan saf ni banyak fadilatnya..

Even seorang scientist yang bukan islam pun mengakui solat berjemaah sangat bermanfaat kepada kita, kerana dengan berjemaah, kita akan mengalirkan cas-cas di dalam tubuh kita dan ini akan menyihatkan tubuh kita..so, jangan malas solat berjemaah!

Lagi peringatan buat saudara Muslimahku, pastikan telekung anda tak jarang! Banyak je saya tengok, telekung tu boleh tembus sampai boleh nampak bentuk badan, warna kulit segala..

Dan peliharalah aurat dan akhlakmu!

Sentiasa beringatlah yang kita ini setiap saat diperhatikan oleh Allah..
Esok belum tentu kita masih bernafas di bumi ini..
Dan belum tentu kita akan sempat bertaubat dari dosa-dosa yang dilakukan..


p.s. thx to www.ahmadsabri.net, bnyk info yang dipetik dari sana =)


.:When Heart Does the Talking:.

Tuesday, August 18, 2009

Kau dan aku Tak Sempurna!

Setiap insan tidak dilahirkan sempurna..
takkan menjadi sempurna...
Mungkin kau sempurna pada jasadnya..
Tetapi pasti ada celanya dalam tubuhmu..
Dalam jiwamu, dalam hatimu..

Namun dalam itu, aku cuba perbaiki..
Hari demi hari, saat berganti saat..
Bukan untuk menjadi sempurna, tetapi untuk menjadi lebih baik..
Namun aku hanyalah insan..Yang mudah alpa..
Tatkala aku lupa arah tujuku, misi ku dalam kehidupan..
Terkadang aku jatuh ke tingkat yang paling bawah..
Waktu itu siapa yang datang membantu?
Waktu aku sangat menginginkan seseorang disisi..
Siapa yang mendampingi?

Memang insan hanya pandai mencari kesalahan..
Bukan kesalahan diri tapi kesalahan orang lain..
Apakah aku harus menjadi malaikat sepanjang masa?
Apa aku harus terhapus semua dosa?
Untuk menjadi pendamping Tuhanku..
Untuk memperjuang agamaku..

Aku sedar dosaku menimbun tinggi..
Aku tahu betapa jahilnya diriku...
Tapi aku juga tahu tanggungjawabku sebagai seorang insan..
Tanggungjawabku sebagai hamba Tuhanku..
Apakah kau tahu wahai insan?


.:When Heart Does the Talking:.

Monday, July 13, 2009

I was tagged!

Saya tak paham npe org suke tag2 bende nih..
sebenonye sy sgtlah mls nk bace pnjelasan die..step2 yg nk kene wat sume..sbb pnjg bebeno..
tp disebbkn amanah..org dh tag sy n sy kene tag org..jd here it is~

Peraturan nak jawab tag ini ialah:

1. Copy badge "2009 Cute's Blogger Award" utk diletakkn di blog anda.


2. Link dan ceritakan kembali siapa yg mmberikn award ini kepada anda.

Org itu adalah Farah Lee aka Farah Liyana.. Kami kenal waktu kt unpad ni lah.. first kenal2 kn diri sume time orientasi MASIH..x stu group pun..tp mcmne ntah leh terkenal lak..hehe.. Allah telah mentakdirkan kita untuk berjumpe pd waktu itu..huhu..Sy dok Bale 2, Farah dok Bale 3..tp slalu je sy nmpk Farah kt Bale 2..npe ek? hoho.. Yg saya tau, kami share minat yg same iaitu movie and anime..lala..xnk komen lebih2..sy syg kmo, Ana! ( cmne sy dpt nickname die ni..rahsia kami berdua..lalala)

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).



Hmm..
  1. Nama saya Nabilah Mohamed

  2. Keluarga saya dan teman2 yg rapat dengan saya sejak kecik panggil saya Bilah

  3. Kawan saya kat sekolah menengah, matrikulasi dan unpad panggil saya Bella

  4. Hanya dua orang je kawan saya yang panggil saya Ila

  5. Dulu saya nak nama saya jadi Zaiton..Sebab saya suka Sudin, Sudin suka Zaiton dan sebab Zaiton cantik.. ( waktu kecik2 trpengaruh dgn cite P. Ramlee =P)

  6. Email saya dulu anneila.. anne sbb nme sy start dgn huruf N dan ila hujung nama saya.. Tapi tukar sbb ad satu hari tu, saya search anneila.. kebanyakkan adalah dari India..huhu

  7. Then tukar ke annabella.. Anna kire N la..dan Bella pnggilan kawan-kawan..melekat la smpi sekarang pakai emel tu..

  8. Ape ag nak cakap? Owh..Najwa, anak buah saya panggil saya Ti Bell

  9. Hmm.. Adik2 sedara saya dulu panggil saya Bilah je tanpa kak di depan..saya suka je.. trase jiwa muda..lalala..tapi dorg kene marah dengan mak2 dorang.. Sekarang dorg panggil Kak Bilah..

  10. Dalam banyak2 nama ni, saya paling suka orang panggil saya Nabilah yang membawa maksud, yang cerdas@ cerdik..x tau la sejauh mne kebenarannya.. Tapi Bella still boleh accept sebab bermaksud cantik..ahaks!

4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

Hohoho...
Mangsa2 yang saya nak tag adalah:

1. nur khairunnisa (mc sya)

2. duha

3. cekodokpisang

4. farhana yem

5. hawa

6. jijol


5. Jgn lupe melawat blog mereka dan tinggalkn komen yang menyatakan:

''anda tlh di tag - sila layari blog saya utk mendapatkn award anda''

Yeah...dh abish!

p.s. hmm..yg first di tag (by duha, hawa n wado) ari tuh pn lum wat agi..urk??!!

.:When Heart Does the Talking:.

Tuesday, June 30, 2009

Tatkala Cinta Menghambat, Hati Kian Terpaut...(2)

Pernah saya utarakan hal ini tak lama dulu..
Tapi kini disini saya kira saya harus menyentuhnya lagi..

Sebagai peringatan buat diri yang sering lupa diri..
Khusus buat teman yang ber'teman'...
Dan juga perkongian buat kalian..

Hati tulus seorang wanita, dihambat cinta sang jejaka yang pandai bermain kata-kata..

I think i'm in love with him...

He's the right one for me...

He's romantic in everyway and i just can't take my eyes off him... (agak hiperbola =P)

Wahai wanita...
Kalbumu kudus lembut bak sutera...
Pantas terobek tatkala ditoreh...

Apa maumu dalam hidupmu?
Benarkah ini maumu?
Cinta yang dikatakan abadi namun tiada cinta yang lebih abadi dari cinta Ilahi...
Kau mengagungkan cinta kau dan lelaki namun kau lupa cinta kau pada Yang Maha Mengasihi...



Bangunlah dari mimpimu sayang...
Bangkitlah dari kealpaanmu...

Kau adalah pecinta...
Namun cinta yang perlu kau kejar dalam hidupmu hanyalah cinta hakiki, cintamu pada Sang Pencipta..
Bukan cinta duniawi, cinta yang tak dibawa mati...
Cinta mu pada si polan hanyalah diulit kemanisan ciptaan syaitan...

Tak perlu lagi ku jelaskan ayat Allah yang menentang kau bersama si dia...
Kerna aku tahu..kau tahu..

Ingatlah...
Dirimu di dunia adalah hanya seorang hamba...
Kau hidup di dunia punya misi yang perlu terisi!!!

Dan (ingatlah) ketika Tuhan-mu Berfirman kepada malaikat, ''Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.'' Mereka berkata, '' Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu? Dia berfirman," Sungguh Aku Mengetahui apa yang kamu tidak ketahui."

(Surah Al-Baqarah, 2:30)

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.

(Surah Adz-Zariyat, 51:56)

Tiada masa untuk main-main cinta...
Tiada waktu untuk gurau-senda...
Kau belum tentu kapan matimu...
Mungkin nanti dan mungkin juga esok maut menanti...
Apa baru mahu menyesal tatkala nyawamu telah sampai di kerongkongan?

Wahai sahabat, aku percaya kau kuat...
Aku percaya kau boleh..
Putuskanlah tali syaitan yang melilit erat jiwamu...

Kalau benar kau mencari cinta yang diredhai...
Kau kan mencintai dia atas dasar cintamu pada Allah...
Bukan atas dasar keinginanmu semata-mata...
Bukan atas dasar ke'cinta'anmu terhadap si dia...

Kalau benar lelaki itu mencintaimu kerana Allah...
Takkan pernah dia mengusik hatimu...
Sehingga kau menjadi halal baginya...


Tiada istilah cinta islami (dlm bahasa kasarnya couple versi islam)...
Kerna Allah telah jelas-jelas Melarangnya di dalam ayat-ayatNya...

Mohonlah kekuatan dan ampunan dari Allah..
InsyaAllah, Allah akan membantumu..
Kerna Dialah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang...


.:When Heart Does the Talking:.