Showing posts with label Dakwah. Show all posts
Showing posts with label Dakwah. Show all posts

Tuesday, 22 March 2011

Turun iman saat menstruasi : BUKAN ALASAN!

Sila tinggalkan komen anda walau sesimple manapun agar penulis akan lebih bersemangat untuk terus menulis blog. Terima kasih =)

FFFUUUUHHHHH~
Uish! dh utk yg keberapa kali ntah, kejenye dok meniup je blog berhabuk..huhuhu
Buzy sgt ke Nabilah? Ap jer la yg dibuzykan..
Kalau bz mcmne skalipun, itu bukan alasan. Dalam hidup seorang muslim, memang tak patut ada waktu senang, kecuali saat bertemu dengan Tuhannya!

Exams r getting near...
Minor thesis pun dah mengembangkn sayapnya...

I suddenly feel of sharing this one thing.
And i believe most of us (girls) had da same problems every month..perasan atau tidak.

SAAT TAK MENS: Bngun solat Subuh early in da morning.
SAAT MENS: Good afternoon instead of good morning...u knw wht i mean..

SAAT TAK MENS: Baca Al-Quran bila ad kelapangan.
SAAT MENS: Uish, tgh free tp tak leh baca quran..movie jom!

SAAT TAK MENS: Baca Ma'thurat lepas Subuh and Asar@Maghrib..
SAAT MENS: Tak solat, takdela ma'thurat.

These r just some examples..
Dalam sedar atau tak, macam kurang sikit la kan iman kita time period nih..
Ramai yang mungkin sedar, tapi sayang dek terbuai dengan mainan setan, tak bertindak untuk melawan, sedangkan,

" Dan jika setan mengganggumu dengan suatu godaan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sungguh Dialah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui." (Fussilat, 41:36)

Getting ur menses don't mean you can forget ur God!There are many options you can do besides solat, baca quran etc.
The easiest way is PERBNYKKAN DZIKRULLAH (INGAT PADA ALLAH).

"Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah kepada Allah, dengan mengingat (namaNya) sebanyak-banyaknya." (Al-Ahzab, 33:41)

Jangan biarkan satu detik dalam hidup kita lupa pada Allah!
Kerana satu detik itu boleh melaratkan sepanjang hari atau mungkin lebih dari itu.

For instance, satu detik kita lupa pada Allah, kita decide utk tengok movie.
Movie = at least 1 hours n a half but depends la kan.. Cite melayu dalam 2 jam, cite Hisdustan x payah cakap la..
Then after the movie, our mind might stick to the story or in most common case the good looking hero.. (huhuhu...rse macam slalu lalui je peristiwa ini =P) That wud takes for at least 30 mins.
Then tetibe, uish, stil takde mood nak studi or buat apa2 yang berfaedah, tido sat (sekejap) la! Tido sat = at least 2/3 jam.
And this goes on and on.

Why not?
Instead of tgk movie, tgk blog2 yang membawa kita dekat dengan Allah.
Instead of dengar lagu Korea, Yuna, Paramore etc, better dengar ayat-ayat Allah, lagu2 yang memuji Allah atau ceramah2 agama.
Instead of tidur sampai ke tengahari, better bangun pagi2 exercise sihatkan tubuh.

Aik? Exercise tu kira ingat Allah ke?
Kita yang decide whether to make it as an ibadah or not.
Instead of counting, buatlah dzikrullah.
Dan tanamkan niat menyihatkan tubuh kerana Allah, supaya dengan tubuh sihat ini dapat membuatkan kita terus perjuangkan agama Allah.
Islam itu indah dan mudah bukan?

"Wahai orang-orang beriman! Bertakwalah kpd Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah.
Sungguh, Allah Maha Teliti terhadap yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, sehingga Allah menjadikan mereka lupa akan diri sendiri. Mereka itulah orang-orang fasik." (Al-Hasyr, 59: 18-19)

Sebagai peringatan buat diri and my fellow friends..

p/s: Donated blood for da 2nd time! Alhamdulillah.. But wonders, wic is more accurate, cek Hb guna electronic or pakai cecair ap ntah tu name die..

p/s 2: Tak berape brkenan dgn quote, 'Jgn tengok org yang menyampaikan, tp tgk ap yang nk disampaikan'

p/s 3: Doakan saya dapat tajuk thesis yang sy boleh buat dengan terbaik!

.:When Heart Does the Talking:.

Monday, 16 August 2010

Being A Da'ie...

Homey Home...
Alamdulillah, akhirnya sampai gak ke Malaysia untuk cuti sem 2 minggu..
Always, before balik Malaysia..we (me n housemates in Bandung) slalu brpesan2, utk istiqamah of all the things we do..Ma'thurat, baca al-quran dll..
Coz we all know, it'll be harder in Malaysia since we don't have frens to remind us..
I'm going thru the hardness..InsyaAllah, i'll keep those advices in mind.

Berbalik kepada topik yang nk dibincangkan..
Being A Da'ie..
Adakah SAYA seorang da'ie?
Adakah ANDA seorang da'ie?

Well, few years back..saya pernah rasa yang saya tak layak untuk jadi da'ie..
Ilmu agama kurang..
Perangai macam ape ntah..
Dressing biase2 je..
Makanya tak layak..

Tapi kemudiannya saya realize, jadi da'ie bukan pasal layak tak layak, tp itu satu tanggungjawab..
Menyeru manusia kepada agama Allah..

Ilmu tak cukup..tambah la..buku berlambak, internet pun ad..
Perangai macam ntah pape..berubahlah, pupukla diri jadi baik sikit..
Dressing biasa2 je..buat apa yang patut. Allah have given the guidelines in the Quran..

See..there's always room for improvement..
Just sama ada kita nak atau tak..
Plus determination..

But then, I remembered one of my seniors saying about being a da'ie..

" Ya, jadi da'ie adalah tanggungjawab.. Tapi tanggungjawab tak cukup. Bila kita down, rasa tanggungjawab tu akan kurang.. Tapi jika kita menyampaikan kerana rasa cinta, cinta kepada Allah, cinta kepada Islam,cinta kepada dakwah, cinta menjadi da'ie.. Naik turun macamne pun, susah payah cmnepun.. kte takkan tinggalkan tugas kita sebagai da'ie.."

LOVE makes us alive..
LOVE makes us sacrifice..
LOVE is everything in this world.. (aceh..terjiwang lak..huhu)

Being a da'ie is not easy..
People rarely see the improvement u've done..
But more of what u are now..

Kene behave..jaga tingkah laku..
Kena jaga everything about youself..
Kerana orang sekeliling melihat...

" Orang tu, pakai je tudung labuh, tapi perangai teruk.."
" Bilik budak tu bersepah je, bukan ke bersih itu separuh daripada iman?"

Even pernah sekali, saya kacau akak saya..then die cakap,

" Akak ni lebih tua tak tak, kena respect..Bukan al-Quran ajar ke semua ni.." dalam nada bercanda. Tapi terkesan gak kat hati. Huu..walaupun sebenarnya, dia yang kacau saya dulu..

The point is,
being a da'ie.. You need to try to be good in every way..

"Tapi kami juga manusia, mesti ad wat silap.."

True! No one is perfect..
Sebab itu saya kata TRY!
I'm trying myself..seriously, it's not easy!
Tapi kita perlu berubah menjadi yang lebih baik daripada kita yang sekarang..
Sebab kita membawa agama Allah..
Dan segalanya tentang kita, ada lubang menjerumus kepada fitnah terhadap Islam..
Lubang itu insyaAllah dapat ditutupi dengan perbaiki diri..
Wassalam.

.:When Heart Does the Talking:.

Wednesday, 7 April 2010

Dakwah, Tarbiyyah dan Si Pemalas...

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.

Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.

Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.

Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program...yang senang dan mudah, join, yang penat, bersusah payah elak.

Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
(erk..kenapa sy highlight nih?)

Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.

Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak
nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.

Dakwah bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

Pencerahan bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.
Cuma tanpa pencerahan, Tanpa tarbiyyah, Tanpa dakwah, Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak perlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.

Saya menghitung diri. Terlalu kerap menuturkan. “saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu. “amanah ini bukan hak milik, tapi anugerah dariNya”


Petikan dari http://muntalaq.wordpress.com/2010/04/04/dakwah-bukan-untuk-orang-malas/


p.s. muhasabah diri (-_-;)

p.s.2 Pastikan semula tujuan dakwah kita..sebab tujuan yang salah akan menyebabkan kita mengeluh di tengah jalan.


.:When Heart Does the Talking:.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails