Showing posts with label Muslimah. Show all posts
Showing posts with label Muslimah. Show all posts

Wednesday, 26 August 2009

Bahu Ke Bahu ATAU Telekung Ke Telekung?

Ramadhan yang mulia..
Bulan dimana kita sebolehnya melipatgandakan ibadah kita bagi mendapat keredhaan dari Yang Esa..
Setiap malam, Alhamdulillah saya telah berjemaah solat Isyak dan Tarawikh di Masjid Jamek brdekatan dengan rumah..

Hari ni adalah hari ke 5 puasa..
Bermakna dh 5 malam saya dan keluarga ke masjid untuk solat berjemaah..

Hari pertama solat tarawikh, agak kekok sebab Rmadhan tahun lalu, sy menjalani bulan mulia Ramadhan di Indonesia..
Dan di sana, solat tarawikh 4 rakaat satu salam..berbeza dgn Malaysia, 2 rakaat satu salam..

Sebenarnya apa yang nak disentuh adalah berkaitan solat berjemaah.

Setiap kali sebelum solat, imam akan mengingatkan jemaah agar merapat dan meluruskan saf seperti yang sering diamalkan oleh Rasulullah SAW..
Just in case anda nak tahu, peringatan itu disampaikan dalam bahasa Melayu! Satu bahasa yang InsyaAllah akan difahami oleh semua orang yang ada didalam masjid itu, sebab 99% adalh berbangsa Melayu..

Namun sayangnya, peringatan itu bagai angin yang bertiup sepoi..tiada siapa kelihatannya peduli..hanya sebilangannya saja.. yang lain dok sibuk betulkan telekung, bual-bual kosong, termenung sampai ke Indon...
Kalau nak dikatakan imam tu tak pakai mic, pakai...
Kalau nak dikatakan telekung yang menutupi diri itu telah juga menutupi lubang telinga mereka, tiada logiknya..

Sakit mata memperhatikan segolongan Muslimah membiarkan jurang besar antara mereka. ( Saya hanya memerhati Muslimah jela, yang lelaki tak tau la kan..pelik pulak kalau tau..=P)
Bila telekung mengembang (sebab angin kipas), nampak tertutup la sikit jurang itu, tp cuma secara penglihatan bukan secara jasadnya..

Kenapa perlu ada jurang besar itu?
Kenapa jemaah yang lain bagai tak nampak jurang itu?

Pernah saya cuba merapatkan bahu dengan orang disebelah ketika dalam solat, boleh pulak orang itu menjauhkan diri..Allahuakbar!

Pelikkah merapatkan bahu ketika solat?

Try sedapkan hati..
Kemungkinan mereka tak tahu atau buat tak tahu..
Atau mungkin mereka lupa..
Betapa Rasulullah sangat tidak suka sekiranya ada gap antara jemaah..

Wahai saudaraku..

Sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda,

"Luruskan saf kerana ia adalah kesempurnaan mendirikan solat" - HR Bukhari

"Jika kamu tidak meluruskan saf, maka Allah akan mewujudkan perselisihan pada hati-hati kamu" - HR Bukhari

"Saf yang tidak dirapatkan antara bahu-bahu itu akan mengakibatkan kemasukan syaitan diantaranya, lalu ia merosakkan solat kamu (tidak kusyuk)" - HR Ahmad

"Jangan sampai aku melihat celahan antara saf-saf" - HR At-Tabrani

Lihat?
Betapa Rasulullah SAW sangat menitikberatkan soal saf ini?
Sempurnakah solat kita jika safnya pun dah tak betul?
Kalau nak mengharapkan kesempurnaan solat melalui kesempurnaan bacaan dalam solat, sebagus mana bacaan kita?

Allah sendiri telah berfirman, yang bermaksud,

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh." (Surah As-Saff: 3)

Tak perlu diuraikan tentang ayat di atas. Jelas-jelas Allah mengasihi kita jika kita solat dalam saf yang lurus dan rapi..

Teringat pula kisah khalifah Islam, Sayyidina Omar..Setiap kali solat, beliau akan meluruskan saf dengan menggunakan pedang..Hingga sebegitu sekali..

Rapat dan luruskan saf ni banyak fadilatnya..

Even seorang scientist yang bukan islam pun mengakui solat berjemaah sangat bermanfaat kepada kita, kerana dengan berjemaah, kita akan mengalirkan cas-cas di dalam tubuh kita dan ini akan menyihatkan tubuh kita..so, jangan malas solat berjemaah!

Lagi peringatan buat saudara Muslimahku, pastikan telekung anda tak jarang! Banyak je saya tengok, telekung tu boleh tembus sampai boleh nampak bentuk badan, warna kulit segala..

Dan peliharalah aurat dan akhlakmu!

Sentiasa beringatlah yang kita ini setiap saat diperhatikan oleh Allah..
Esok belum tentu kita masih bernafas di bumi ini..
Dan belum tentu kita akan sempat bertaubat dari dosa-dosa yang dilakukan..


p.s. thx to www.ahmadsabri.net, bnyk info yang dipetik dari sana =)


.:When Heart Does the Talking:.

Tuesday, 30 June 2009

Tatkala Cinta Menghambat, Hati Kian Terpaut...(2)

Pernah saya utarakan hal ini tak lama dulu..
Tapi kini disini saya kira saya harus menyentuhnya lagi..

Sebagai peringatan buat diri yang sering lupa diri..
Khusus buat teman yang ber'teman'...
Dan juga perkongian buat kalian..

Hati tulus seorang wanita, dihambat cinta sang jejaka yang pandai bermain kata-kata..

I think i'm in love with him...

He's the right one for me...

He's romantic in everyway and i just can't take my eyes off him... (agak hiperbola =P)

Wahai wanita...
Kalbumu kudus lembut bak sutera...
Pantas terobek tatkala ditoreh...

Apa maumu dalam hidupmu?
Benarkah ini maumu?
Cinta yang dikatakan abadi namun tiada cinta yang lebih abadi dari cinta Ilahi...
Kau mengagungkan cinta kau dan lelaki namun kau lupa cinta kau pada Yang Maha Mengasihi...



Bangunlah dari mimpimu sayang...
Bangkitlah dari kealpaanmu...

Kau adalah pecinta...
Namun cinta yang perlu kau kejar dalam hidupmu hanyalah cinta hakiki, cintamu pada Sang Pencipta..
Bukan cinta duniawi, cinta yang tak dibawa mati...
Cinta mu pada si polan hanyalah diulit kemanisan ciptaan syaitan...

Tak perlu lagi ku jelaskan ayat Allah yang menentang kau bersama si dia...
Kerna aku tahu..kau tahu..

Ingatlah...
Dirimu di dunia adalah hanya seorang hamba...
Kau hidup di dunia punya misi yang perlu terisi!!!

Dan (ingatlah) ketika Tuhan-mu Berfirman kepada malaikat, ''Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.'' Mereka berkata, '' Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu? Dia berfirman," Sungguh Aku Mengetahui apa yang kamu tidak ketahui."

(Surah Al-Baqarah, 2:30)

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.

(Surah Adz-Zariyat, 51:56)

Tiada masa untuk main-main cinta...
Tiada waktu untuk gurau-senda...
Kau belum tentu kapan matimu...
Mungkin nanti dan mungkin juga esok maut menanti...
Apa baru mahu menyesal tatkala nyawamu telah sampai di kerongkongan?

Wahai sahabat, aku percaya kau kuat...
Aku percaya kau boleh..
Putuskanlah tali syaitan yang melilit erat jiwamu...

Kalau benar kau mencari cinta yang diredhai...
Kau kan mencintai dia atas dasar cintamu pada Allah...
Bukan atas dasar keinginanmu semata-mata...
Bukan atas dasar ke'cinta'anmu terhadap si dia...

Kalau benar lelaki itu mencintaimu kerana Allah...
Takkan pernah dia mengusik hatimu...
Sehingga kau menjadi halal baginya...


Tiada istilah cinta islami (dlm bahasa kasarnya couple versi islam)...
Kerna Allah telah jelas-jelas Melarangnya di dalam ayat-ayatNya...

Mohonlah kekuatan dan ampunan dari Allah..
InsyaAllah, Allah akan membantumu..
Kerna Dialah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang...


.:When Heart Does the Talking:.

Tuesday, 7 April 2009

Malam Muslimah 2009 (Muslimah only!)


Assalamualaikum w.b.t

InsyaAllah..
Malam Muslimah atau lebih dikenali dengan nama Lailatul Hurul Ain @ Malam Hurul Ain (MAHA) akan diadakan pada 2 Mei 2009 di Baraya, Jatos..

Jatos??

Hehe..releks2..ad jln belakang, pki elevator..takde ar buat catwalk kt dlm shopping complex tuh nnti..

Harga?

Berpatutan..takkan mencecah 100k.. around 60k je! ( masih dlm perancangan..akan diberitahu kelak!)

Makanan sedap x?

Mestilah!! Itu salah satu aspek penting...

Ape aktiviti@pertandingan yang akn dijalankn malam tu?

Hmm..pernah berangan nk jd model@ratu cantik tp x tercapai hanya disebabkan anda trlalu cantik??
Impian anda akan direalisasikan pada malam itu...

Ada bnyk lg sebenarnye..but u girls have to wait.. Tunggu kami menyerang di dewan kuliah~

Kod Pemakaian?

Sopan..as simple as that!

Ini merupakan anjuran pertama kalinya oleh muslimah batch 08...
Jadi, kami menerima sebarang idea dan pendapat dari semua bagi memeriahkan lagi suasana malam itu nnti..

This is just an introduction...
Wanna know more??
Wait and see!!
Spread out da news!

AMARAN: MAHA AKAN MENGGEGAR JATINANGOR PADA 2 MEI 2009!

.:When Heart Does the Talking:.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails