Pages

Tuesday, 22 December 2009

Bertahanlah sayang...

Air mataku deras mengalir...
Hati ini pada mulanya menyalahi mereka...

Kalau jaga baik-baik, takkan jadi camni..

Tapi segera aku beristighfar...
Syaitan sengaja menghunus kata 'kalau'...

Ini adalah takdir...
Ini adalah ujian buat kami..
Aku terima Ya Allah..

Najwa warded demam panas. Mlm ni third night dia n Kak Liza (Najwa's ibu) tido UH (University Hospital).

This text messages were sent to me by my dad at 11:20pm (waktu Malaysia)



Pada detik ini, air mataku masih tak dapat aku tahan...
Aku redha ya Allah..

Namun tak dapat aku bendung perasaan ini...
Kasihannya aku pada Najwa..

Tak dapat aku bayangkan keadaannya..
Sedangkan kita yang dewasa akan terasa betapa sakitnya waktu demam, apatah dia yang baru umurnya setahun?


Kau kurangkanlah kesakitan yang dia hadapi ya Allah..
Kau berikan kesihatan kepadanya ya Rabb..

Najwa...
Bertahan ye sayang..
Im sorry for not being next to you...
to support you...
I'll pray for you in every moment...
Please get well sayang...
You know how much we love you...

It is so painful thinking of the fact that i can't do anything except for praying for her healthness...
I really wanna go back to meet her!!!


Mama, Ayah...please take me home...

.:When Heart Does the Talking:.

New Year of Hijriah

At that time, I was eating...
And my friend was surfing the internet..
in the living room..

At the same time, a song was played from my laptop..

" What song is this huh? From which drama? " My friend started to wonder about the song...

Surprisingly, in just a few secs, i answered " Bo Go Ship Da from Stairways to Heaven"

I'm superb!!

NOT!

This thought suddenly came through my mind, and I told her " Isn't that nice if I could answer in the same speed of Quran, from which surah it comes from, which verses and so on?"

Astaghfirullah...
When come to think about it...
Lots of my memory in the brain is used to memorize the stuff that are not necessary!!
Korean songs, Korean dramas' scenes etc. ( well, actually, not limited to Korean , but these are the major ones to be truth...)

****************

It's a new year of Hijriah...
I want to be a new Nabilah...
I mean, not that i'm going for a plastic surgery to make a new face of Nabilah...=P
But, i wanna be a new better Nabilah...

Light up new spirits...
Bring up new visions...

I wanna give a BIG presents to my parents. Only Allah know what are they...

These are not just a simple sayings, its guided with strategies and willings.
InsyaAllah..

p.s. i noticed that i posted a lot lately..well, L.I.C.~ =)

.:When Heart Does the Talking:.

Wednesday, 16 December 2009

Happy 1st Birthday!!

Najwa Si Comel =)


Najwa dengan atuk kesayangannya

Tak terasa pun...
Dah setahun dah Najwa...
Dah besar dah dia..huhu

Few days ago, saya ada skype dengan Najwa.. (x boleh blah..haha.. tp btul la!)
Rambut dia dah lebat sikit...Nampak sikit macam perempuan..
Kalau tak dulu mesti orang tanya jantina, lelaki ke perempuan..huhu

Tak abis-abis dengan puting die..gigi jongang kang...

Walaupun masih tak pandai jalan, dan tak banyak cakap..
Tapi gelagat dia..
eeee...rasa macam nak gigit2...geram sebab comel sangat..hehe
Nape comel sangat Najwa??!!!
Tp tulah..
x leh salahkan die la kan..kalau dah ad genetik comel..hahaha

Time skype, mula lah die tnjuk aksi-aksinya..
Najwa dah pandai menari..haha.. (Ntah sape la ajar..)
Dah pandai salam, dah pandai doa.. Comel...

Menari gaya Najwa: tangan pusing2..haha


Bila saya cakap " Babab najwa!"
Dia pukul laptop..hehe

Dia siap buka sendiri tilam die untuk tido konon2nya..tp gimik je tu..huhu

nak buat2 tido, tapi baring atas lantai, bukannya tilam tu...

Tak sabarnye nak balik umah!!!
(Tapi lambat agi...bln 8..sob3)

Najwa, be a good girl ok.. ( bajet die bace blog nih =P)

*Miss-My-Family Mode*


.:When Heart Does the Talking:.

Sunday, 13 December 2009

Puding Caramel Lapis Coklat


Mesti pelik, apsal tetibe ad resepi lak dalam blog nih..
hehe..
Ni hobi baru~
Kumpul resepi yang yummy2!
Yela..umur pun dah 20..
Kejap je agi dah nak kawen..(oopppss! =P)
Mestilah nak kene pandai masak kan..hehehehe (sengih malu2)

Puding nih orang dh buat dua kali dah..
Serius sedap...haha.. ni dikire puji sendiri ke? ahaks
Nway, resepi ni dipetik dari blog Kak Hasue.. Thx 4 dis delicious recipe!

Here we go...

Bahan A:
- 1 tin susu cair ( kt jatos ad, kt griya xde)
- 5 Tbsp gula
- 3 biji telur
- 1 tsp esen vanilla

Bahan B:
- 1 tin susu cair
- 5 Tbsp gula
- 3 biji telur
- 4 Tbsp serbuk koko

Bahan C:
- 3 Tbsp gula ( hanguskan dan campur dengan 6 Tbsp air)

Cara-cara:
1. Kacau bahan A dan B dalam bekas berasingan, tapis.
2. Panaskan periuk kukus, masuk gula hangus dalam loyang.
3. Masukkan 3/4 cawan bahan A dalam loyang dan kukus 5 minit @ hingga masak. ( Orang buat hari tu, 5 minit die lum cukup masak..juz agak2 dh pejal2 tu, dh masak la..)
4. Tuang sukatan yang sama bahan B, ulang step 3 dan 4 berselang-seli. ( Yang 2nd time org buat puding nih, malas nak layer2.. juz buat 2 layer je, bwh putih atas coklat..x kisah..yg pnting rasanya=P)
5. Sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan.. ( Sebab kan umah ni xde pinggan leper yang cukup lebar, kteorg amek langsung dlm loyang..huhu)

Selamat mencube!! =)

p.s. its better utk kurangkan gula..

.:When Heart Does the Talking:.

Tuesday, 1 December 2009

Visit Korea in 2011!


안녕하새요! (Anyong-ha-se-yo)
Eheh..eheh..
Tersengih2 bila nak cakap pasal nih..
Apa tidaknya..
Nak pergi melancong, mesti la excited kan..hehe

Dah lama sebenarnya berhasrat nak gi korea dengan cousins...
Tapi dulu cuma berbasi-basi..
Jealous tengok my sis dah menjejakkan kaki ke sana...

Semalam, saya ym ngan jiyah, my bestest cousin aka akak sedare...(beza setahun je tp sebab dh terbiasa dr kecik, tak membahasakn diri dia kakak)
We talked bout holidays and all..

Ntah macamne, teringat pasal nak gi korea..
Terus bincang bila nak pergi..
Jiyah grad April 2011.. InsyaAllah..
Saya kalau nak cakap bile habis...lambatlah lagi..dlm 2014..
Tapi rase2nya ok je klu nk gi korea end of 2011...before koas (praktikal)..


Teka scene ni ada dlm cite ape??

Jadinya, kene kumpul duit dari sekarang!
Fighting! hehe...

"Sesungguhnya manusia hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan segalanya.."

InsyaAllah kalau ad rezeki, akan smpai juga daku ke sana =)

Korea, wait for us! =P

.:When Heart Does the Talking:.

Wednesday, 11 November 2009

Kenapa Saya Berubah? (Part I)

Agak terkedu pada ketika kawan saya menanyakan satu soalan,

"Apa yang membuatkan awak tergerak untuk berubah?"

Terkedu bukan kerna apa..
Tapi agak kaget soalan itu diajukan tanpa hujung pangkal..

Berubah? Apa yang berubah?
Apa bezanya kalau dibandingkan dengan saya yang dulu?

Mungkin sudah sedikit sebanyak telah saya ubah...
Penampilan..
Perwatakan..
Untuk menjadi yang lebih baik..
Tapi bagi saya, belum cukup baik..
Banyak yang masih perlu dibaiki..

Saya tak menjawab pantas solan yang diajukan...
Di kepala terliar-liar jawapan yang terbaik itu saya berikan..
Selepas sejenak, akhirnya saya menjawab,


"Sebab kita tak tahu bila kita akan mati"


Tapi tak tahu kenapa..
Rasa macam tak puas hati dengan jawapan itu..

Saya tak rasa jawapan yang saya bagi tu salah..
Betul la kan..
Ajal maut di tangan Allah..
Bayangkan jika kita mati tanpa iman dihati??
Kelak di akhirat yang merana, diri sendiri!

Tapi..
Pasti ada jawapan yang lebih baik..

Kenapa saya berubah? Dalam erti kata, berubah untuk mendekatkan diri kepada Sang Pecipta...

saya langsung diam..
Ligat kepala saya mencari jawapan lain...
Mujur kawan saya tak bertanya lebih, kalau tidak, jenuh juga nak menjawab..

Agak lama saya berfikir..

Kenapa saya berubah?

Tiba2, teringat kata2 seorang senior tatkala beliau memberi tazkirah berkaitan fitrah manusia..
Fitrah manusia mencari tuhannya...
Fitrah manusia kepada kebaikan...


Ya! Sudah menjadi fitrah!
Maka tidak hairanlah jika saya berubah..
Tidak hairan jika sesiapapun berubah..
Kerana fitrah ingin dekatkan diri dengan tuhan yang menciptakan segala makhluk yang ada di muka bumi.

Tapi kalau memang fitrah manusia, kenapa masih ada orang yang bagai tak ada hala tuju hidup?
Ada yang sampai tak percaya tuhan?

Itu adalah kerana nafsu jahat telah menguasai diri...
Maka Allah telah tutup pintu hatinya dan tidak memberi petunjuk..

Dan mungkin juga kerana dia sendiri tiada keinginan untuk mencari tuhannya...
Hanya mahu melayari hidup dengan sia-sia..

...Maka barangsiapa yang menghendaki, nescaya dia menempuh jalan kembali kepada tuhannya.


(Surah An-Naba',78:39)

Jelas-jelas dalam ayat suci di atas, jika kita menghendaki, kita akan kembali kepada tuhan kita..
Kalau tak nak, terserah kepada kita..
Teruskanlah hidup dalam keindahan dunia yang sementara..

" Sesungguhnya orang2 yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu, dan orang-orang yang melalaikan ayat2 Kami, mereka itu tempatnya di neraka, kerana apa yang telah mereka lakukan."


(Surah Yunus,10:7)

End Part I


.:When Heart Does the Talking:.

Tuesday, 3 November 2009

Maaf Teman, Aku Sendiri Tak Mengerti Diriku

Air mata mengalir tanpa dapat ku kawal...
Apa yang telah aku lakukan?
Aku telah membuat kau berkecil hati..
Maafkan aku teman..

Sungguh! Dalam hati ini...
Aku tak suka menyakiti..
Apatah lagi menggurisi...
Kerna aku tahu rasanya bila disakiti..
Aku tahu betapa perit rasa hati..

Bukan silapmu air mata ini mengalir ke pipi..

Membuat dirimu begitu, hatiku bagai disakiti..
Dalam diam aku membenci diri..
Aku bukan sahabat yang dicari-cari..

Aku benar-benar tak mengerti diri ini...
Aku mahu ada sahabat disisi..
Tapi ketakutan menguasai..
Ketakutan untuk berharap..
Ketakutan akan masa lalu yang menghinggap..

Keperitan masa lalu yang aku lalui..

Banyak hati-hati telah ku sakiti...
Tapi bukan atas keinginanku..
Tapi atas sebab diriku sendiri..

Aku takut untuk berteman..
Kerna aku takut aku kan menyakiti lagi..

Aku sedang cuba perbaiki diri..
Teman, harap kau mengerti..

Aku menyayangimu kerana Ilahi..



.:When Heart Does the Talking:.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails