Monday, 27 October 2014

Sehari Sebelum Dunia Baru Bermula

Bukan.
Ini bukan sehari sebelum melaporkan diri ke hospital tempat bertugas.

Belum lagi.

Ini adalah satu hari sebelum PTM. (Kalau diikutkan jam, kurang dari sehari...)

Program Transformasi Minda. Program induksi selama 5 hari sebelum ditempatkan ke hospital masing-masing.

Tapi.
Walaupun 'hanya' program induksi tapi rasa cuak bukan main.

Sebab, believe it or not...
This is the starting point of my new life. As a doctor. As a junior doctor to be exact.



Mixed feelings!
Excited, takut, nak nangis, tak nak bangun dari tidur, haha..macam-macam..

Well, nak tak nak perlu bangun dari mimpi and face the reality. (Tetibe bunyi pantun dua kerat)

I really hope and will always pray that Allah will ease this journey.

Looooong way to go. This is just the beginning.


.:Saksikan Bahawa Aku Seorang Muslim:.

Monday, 3 February 2014

Sisters, Do's and Don't's on Your Wedding Day

Tajuk suspen sikit...hehe...

Sot set sot set...
Uish, dah nak kawen dah ke die ni sampai ckp pasal wedding ni?

Err...
Tak perlu kot tunggu dah nak dekat kawen baru nak cakap pasal kawen2 ni..
Bile2 pun boleh terutama bila usia dah semakin tua matang ni.. =P

Alhamdulillah.
Allah beri kekuatan untuk berkongsi pasal ni.
Yelah, sekarang memang tengah musim kawan-kawan seumuran melangkah ke jinjang pelamin.
Bukak je facebook,
wedding invitations berderet-deret...
gambar kawen berpusu-pusu...
gambar comel anak-anak berlambak (tak de kaitan secara langsung dgn topik yang ingin dibahas tapi ini fakta.)

(gambar adalah hiasan)

Subhanallah, adalah salah satu nikmat terindah yang Allah beri tatkala sang Adam dipertemukan dan disatukan dengan sang Hawa dalam untaian perkahwinan.

Tapi sayang...teramat-amat sayang...
Jika nikmat suci itu tercemari dengan sesuatu yang sedar atau tidak sedar mandatangkan kemurkaan Allah.
Sayang, kalau saat pernikahan atau persandingan, terselitnya noda-noda dosa yang akhirnya merusak walimah sebagai hitungan ibadah di sisi Allah.

Sisters,
Janganlah sebab kita fikir itu adalah the first and the last, the one and only wedding day, kita letakkan segala impian, dream wedding kita sebagai first priority mengatasi hukum-hukum Allah!

Janganlah dek kerna perkahwinan itu adalah 'satu kali seumur hidup', kita penuhi hawa nafsu kita, kita lepaskan prinsip dan pegangan kita sebelumnya yang akhirnya segala dosa yang kita lakukan pada hari yang seharusnya penuh barakah itu terpatri pada album-album perkahwinan kita!

(selak magazine My Wedding, Nona etc.)
I want to look like her on my wedding day... 
OMG, this make up is totally a-must-do! 
I want Kelly Clarkson's wedding dress!
I want this, I want that...

Kelly Clarkson's wedding dress, for those who didn't khow. (Muahaha...kantoi pernah usha =P)

Ditambah dengan hasutan mak cik, mak ngah dan mak nyah (erk?) ...

" U nikah sekali je dik oii, kene la cantik menyerlah macam model, biar semua orang tengok kau. Baru ex kau menyesal tinggalkan kau dulu."

" Kening tu kena la cukur biar rapi sikit, takde la serabut..."

" Sanggul tu haa, bagi naik sikit.. baru goyang-goyang sikit tudung belakang tu..."

" Kena pakai bulu mata palsu ni, baru mata nampak redup, deep, cantik gitew..."

Bla...bla...bla...

Mungkin tak ramai yang tahu, atau mungkin ada yang terlupa...

Maka dengan itu, saya di sini nak memberitahu sekaligus mengingatkan to all my sisters (especially for those who are planning to get married) and also as a reminder to myself... =)
Saya fokuskan kepada beberapa hal yang menurut saya, paling sering terjadi saat perkahwinan berlangsung.

Dengan harapan semoga majlis perkahwinan kita nanti PENUH barakah dari Allah, insyaAllah.

1. Aurat wanita

(gambar adalah hiasan)

Perkahwinan kita tu bukan hanya dihadiri keluarga dan sanak saudara, tapi juga kawan, teman dan tak jarang, strangers. Jadi, surely aurat kita perlu dijaga.
Rasanya semua dah hafal, aurat wanita dari mana sampai mana dengan bukan mahramnya. Tapi, tak cukup itu. Perlu juga menepati syarat-syarat ni:
  • Menutup semua aurat,
  • Pakaian tidak boleh transparen atau jarang, walau pakaian tersebut besar bagaimana sekalipun tetapi jika ianya jarang maka tetaplah tidak dibolehkan memakainya.
  • Tidak ketat dan tidak menampakkan bentuk tubuh.
Janganlah guna alasan, kita berpakaian cantik, ketat sana sini pada hari pernikahan dengan niat tulus ikhlas untuk suami kita sedangkan banyak mata-mata lelaki ajnabi (lelaki asing yang bukan suaminya dan bukan mahramnya) yang memandang!

Soalan kuiz (tiba-tiba je..hehe)
Apakah model di atas telah menepati syarat-syarat menutup aurat?

Jawapan:
Tepuk dada tanya iman =) (dah bagi clue kat atas kot!)


2. Bonggol unta di kepala

Unta adalah haiwan comel, tetapi ini tidak comel!
“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang aku belum melihat mereka sekarang. (Yang pertama,) suatu kaum yang bersama mereka ada rotan-rotan seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk merotan manusia. (Yang kedua,) para wanita yang berpakaian tapi hakikatnya telanjang, mereka miring lagi membuat orang lain miring. Kepala-kepala mereka seperti bonggol unta yang miring. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wangi syurga, padahal wanginya boleh tercium dari jarak perjalanan sekian dan sekian’.”
(Riwayat Imam Muslim no. 5547)

3. Menyambungkan rambut/ bulu mata



Dari Asma’ binti Abi Bakr, ada seorang perempuan yang menghadap Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu berkata, “Telah kunikahkan anak gadisku setelah itu dia sakit sehingga semua rambut kepalanya rontok dan suaminya memintaku segera mempertemukannya dengan anak gadisku, apakah aku boleh menyambung rambut kepalanya. Rasulullah lantas melaknat perempuan yang menyambung rambut dan perempuan yang meminta agar rambutnya disambung
(HR Bukhari no 5591 dan Muslim no 2122).


Fatwa: “…Menurut hemat saya, tidak diperbolehkan memasang bulu mata buatan (palsu) pada kedua matanya, karena hal tersebut sama dengan memasang rambut palsu, dan Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam melaknat wanita yang memasang dan yang minta dipasangi rambut palsu. Jika Nabi telah melarang menyambungkan rambut dengan rambut lainnya (memasang rambut palsu) maka memasang bulu mata pun tidak boleh. Juga tidak boleh memasang bulu mata palsu karena alasan bulu mata yang asli tidak lentik atau pendek. Selayaknya seorang wanita muslimah menerima dengan penuh kerelaan sesuatu yang telah ditakdirkan Allah, dan tidak perlu melakukan tipu daya atau merekayasa kecantikan, sehingga tampak kepada sesuatu yang tidak dimilikinya, seperti memiliki pakaian yang tidak patut dipakai oleh seorang wanita muslimah…"
(Disampaikan dan didiktekan oleh Syaikh Abdullah Bin Abdurrahman al-Jibrin. Sumber : Fatwa-Fatwa Terkini jilid 3, hal.80-81 cet, Darul Haq, Jakarta.)

4. Cukur/ cabut bulu kening



Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.
(HR Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

5. Contact lens


Ada dua hukum berkenaan memakai contact lens ni:

  1. HARUS jika ada penyakit seperti rabun, dengan syarat tidak mendatangkan mudarat pada mata.
  2. HARAM jika memakai untuk berhias, hukumnya termasuk sebagai tabarruj. Contact lens berwarna boleh menarik perhatian ajnabi.
'Pemakaian contact lens berwarna hanya dibolehkan utk isteri memakai terhadap suaminya sahaja atau sebab-sebab perubatan (silau). Jika tanpa sebab, ia haram jika bermaksud menipu orang lain atau bermegah. Maksud menipu ialah mata asalnya berwarna hitam, tapi dihari peminangan dia memakai contact lens berwarna utk mengabui rombongan yg meminang. Ini tidak boleh. (Fatwa Syaikh Munajjid). Bermegah dan berlebihan ditegah melalui ayat 6: 141 (sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yg berlebih-lebihan). Maksudnya contact lens biasa (tanpa warna/bening) sudah memadai.'


Berkenaan pembahasan lebih lanjut soal contact lens, click here

Wallahualam.

References:
1. http://dakwahtanpahenti.wordpress.com/2013/05/17/15-dosa-di-kepala-wanita/
2. http://ustazfathulbari.wordpress.com/2012/09/04/sanggul-bonggol-unta-batas-aurat-wanita/
3. http://fikrahhalaqah.com/memahami-hadis-sanggul-tinggi-umpama-bonggol-unta-bagi-wanita/
4. http://duniamuslim.my/hukum-cukur-bulu-kening/

.:Saksikan Bahawa Aku Seorang Muslim:.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails