Malam dingin itu...
Hujan turun agak lebat..
Terasa rembesan air mengenai muka disebabkan tingkap angkot dibahagian penumpang hadapan tak ditutup rapat...
Sengaja tak ditutup...
Kalau ditutup, boleh mati sesak nafas semua yang didalamnya..
Tambahan, bilangan orang melebihi muatan, 15 orang belum termasuk pemandunya!
Aku merenung ke luar
Jalan mula dibanjiri air..
Hatiku tersentuh melihat seorang bapak lebih kurang setengah abad bersusah-payah cuba mengharungi jalan yang penuh lopak...
Dengan hujan lebatnya...
Ditambah pula bekas makanan yang membebani bahunya...
Aku patutnya bersyukur...
Sekurang-kurangnya aku duduk selamat dalam angkot tanpa dibasahi hujan...
Sekurang-kurangnya aku tak perlu bersusah-payah mencari wang hingga malam hari...
Ah!
Banyak sahaja yang perlu aku syukuri tentang hidup ini..
Kalau disenaraikan, belum tentu satu post ini sudah mencukupi..
Namun, aku alpa!
Aku leka!
Aku tak ambil endah!
Kenapa??
Kenapa boleh alpa? Kenapa boleh leka? Kenapa tak ambil endah?
Huh..alasan...
Memang kalau ditanya, alasan manusia memang sama...
Manusia memang mudah lupa, memang cepat leka..
Kalau dah tau, tak reti-reti lagi nak perbaiki diri??
Nak berterusan begitu sampai bila..
Allah tak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.
Surah Ar-Ra'd, 13:11
Dan umat Islam tak akan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali..
Umat Islam yang sejati akan sentiasa memperbaiki diri...
******************************
Aku mendoakan agar bapak itu dikurniakan kesihatan untuk hari-hari mendatang...
Agar mudah baginya untuk terus mencari rezeki...
Demi sesuap nasi buat anak dan isteri...
******************************
Dalam tenang malam itu...
Tatkala renungan mataku tertuju ke luar tingkap...
Renungan hatiku masih tertumpu ke Rumah Sakit Al-Islam, Bandung...
Ada sekujur badan yang aku tinggalkan disitu...
Yang lemah tak terdaya terbaring di katil...
Walau diri terasa berat untuk meninggalkan tempat itu, untuk pergi jauh dari tubuh itu..
Namun kaki ini terpaksa juga aku langkahkan..
Dalam kesakitan, masih terdaya untuk kau mengulit senyuman...
Walau keperitan yang kau rasa, masih mampu kau bergurau-senda...
Hatiku merintih....
Tapi mana mungkin aku menangis, sedang kau kuat menghadapinya?
Kau tabah, kau kuat!
Aku percaya dengan itu...
Segeralah bangkit dari katil itu...
Segeralah hapus segala kesakitan itu...
Aku tiap hari menunggu untuk kau duduk di bangku sebelahku dalam bilik tutor..
Aku merinduimu!
******************************
Terngiang-ngiang lagu dendangan Raihan, bertajuk Demi Masa.
Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali
Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati
Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan.
Al-'Ankabut, 29:57
Itu adalah janji Allah..
Hidup kita hanya sementara...
Nafas kita kan terhenti jua...
Selama mana kita hidup...
Selagi mana kita sihat, muda, kaya dan lapang, syukurilah dan gunakanlah sebaiknya...
Ingatlah, setiap apa yang kita kerjakan di dunia, akan diperhitungkan di akhirat!
p.s. Mari kita sama-sama doakan kesihatan Aiza, semoga Aiza cepat discharge dari wad.
p.s. 2 Ayat agak sastera..sebab baru sihat dari demam novel..hehe
p.s. 3 Semoga kita sama-sama mendapat manfaat =)
.:When Heart Does the Talking:.

3 comments:
semoga Aiza cepat sembuh..
dan jom sama2 baiki diri yang banyak sgt kelemahan ni..
p/s:kamu dah kira kuat juga dapat menahan air mata time tgk aiza tu..aduh~ sedih tgk dia..moga segala dosa2nya dihapuskan dengan bertandangnya cubaan ni..amiin~
iA Aiza akn sembuh..
ye2, sama2 perbaiki diri..
hmm..tula...
mgkin dpt kekuatan bila tgk aiza tabah jer..huhu
sedih je tgk aiza semalam
insyaallah aiza akan cpt sembuh
ps:i like it when u berjiwang bella
:P
Post a Comment