Thursday, 25 December 2008
Trip to Saung Anklung Udjo
Excited sangat nak pergi!! Waktu diedarkan senarai sesape yang berminat nak gi lawatan ni pun, nama saya adalah antara yang terawal! Hehe..
Mesti ada yang tertanya2, apalah yg excited sgt..tengok angklung jer..
Bagi saya itulah jawapan yg akan keluar dari mulut orang2 yang tidak menghargai seni! Art is a part of Life..Jadi kite perlu menghargainya..
Tambah2..ini adalah salah satu kebudayaan negara orang.. Tak salah untuk kita nak tambah ilmu tentang budaya mereka..
Makin bertambah excited bila ditunjukkan slide sedikit sebanyak aktiviti dan suasana di situ nanti.. Tak sabar nak tgk budak2 kecil menari, kepala geleng2..haha
Ahad itu, berkumpul dekat atm BNI di gerbang jam 1.45 pm..Tapi biasela kan..tak punctual punye.. Pukul 2 lebih baru la bertolak naik angkot yg telah disediakan.. Kuih2 ad dikasi gak untuk alas perut..Bru je lunch time tu, tapi ntah kenapa.. Perut masih menginginkan sesuatu utk diisi..Jadinya tak sampai beberapa minit, kosong lah kotak makanan tu.. Alhamdulillah..tak lah membazir..hoho (alasan...:P)
Perjalanan makan masa dalam 45 minit..
Sesampai je di sana, kami disambut dengan baik sekali.. Ad welcoming gift and drinks.. Pusing2 kat souvenir shop sambil2 tangkap gambar sementara tunggu performance angklong bermula.. Cantik sgt2 barang2 yang dijual..Angklung, patung2 (kebanyakannya muka scary~) , topeng.. Tapi tak sempat nak habis tengok, senior2 mengarahkan kami ke pentas persembahan..
Persembahan bermula lebih kurang jam 3.30pm..
Persembahan pertama adalah Wayang Golek..Demo utk 15 minit je la sebab katanya, sebetulnya wayang golek memakan masa 9 jam..gile ke ap.. Persembahan dalam bahasa sunda, membuatkan kita orang ternganga..sebab tak paham jalan cerita..tapi cuba2 paham melalui pergerakan character2 yang dimainkan.. Ada la a few words yang boleh difahami.. Tapi kesian tengok mat saleh2 yang kelihatannya blur.. Part2 lawak, mereka termangu je..haha
Persembahan kedua bermula bila kanak2 yang sangat comel memasuki pentas persembahan..Nama persembahan adalah Helaran.. Seorang anak kecil ditempatkan di satu kerusi khas dan dibawa keliling..diikuti nyanyian dan tarian..Comel sangat! At the end of the performance, barulah kami dijelaskan yang situasi seperti itu diadakan sewaktu majlis berkhatan..Budak yang berkatan akan diarak sekeliling kampung.. Nak tunjuk la yang budak tu dah sunat..hebat la kiranya..
Next performance, adalah Sundanese Dance- The Mask Dance.. Host tu kata, sepanjang performance, penari pakai topeng..tapi lagi tinggal beberapa minit nk abis persembahan, baru pakai..Tarian ini personally bagi saya membosankan..Ntah papela..
Diikuti pula persembahan Arumba..mereka memainkan alat-alat musik yang diperbuat dari bamboo dengan asyik sekali..
Setrusya adalah Mini Anklong dan Anklong Padaeng.. Mereka memainkan 5 buah lagu dari merata tempat di Indonesia seperti lagu dari Acheh, Sumatera, Jakarta, Jawa Tengah dan Papua..Kelakar sangat bila teringat gelagat seorang budak berusia baru 2 tahun yang sama2 terlibat dalam persembahan.. Sepatutnya angklung yang dipegang itu, perlu digoyang mengikut irama, tapi dia guna angklung jadi kuda kepang..
Last part of the performance is the best part..Play angklung together! Kami dipinjamkan angklung untuk dimainkan bersama..Angklung itu sendiri diklassifikasi kepada 7 jenis, 1 smpai 7..Same je la macam musik ad notes a sampai g, do re mi fa so la ti do..
Kami diajar cara nak main angklung.. Bunyi pendek, panjang dan sangat panjang.. Kemudian, diajar membaca isyarat tangan yang diberi..kalau tangan cam gini, orang yang pegang aklung nombor gini2 kena la mainkan angklungnya..
Mula2, main lagu kanak2..seterusnya yang lebih susah..
Akhirya, kami berjaya memainkan lagu2 hits seperti lagu Can't Help Falling in Love with You, You Raise Me Up..dan ada a few lagu yang tak ingat tajuknya..hebat..huhu.. Duha semangat je dok main angklung die..haha
Jam menunjukkan pukul 5..Tak solat Asar lagi, tapi performance lum abis..Tak boleh jadi, solat itu lebih penting! Selesai solat, persembahan tu dah habis..
Kami diberi masa untuk beli2 souvenir.. Tapi saya dan Duha ambil kesempatan ut=ntuk bergambar di pentas..hehe..tangkap gambar dengan instruments dan tak lupe bergambar dengan seorang budak yang menjadi kegilaan ramai~ haha..( jgn jeles kpd sesiapa yang berkenaan..) bukan apa.. Tapi sebab budak ni waktu menari semangat giler..
Selesai beli souvenir, kami pun pulang naik angkot tadi.. Macam biasa, jalan jam.. So, tersengguk2 la dalam angkot, perut pun tak sedap~
Tapi tak kisah la..hari ini saya mendapat pengalaman yang tidak dilupakan..belajar main angklung dan merasai budaya orang Sunda..Kalau nak ditulis kegembiraan waktu menyaksikan persembahan itu, tak dapat ditandingkan dengan perasaan sebenar.. Anyway, i'll keep this sweet memories in mind..
.: When Heart Does the Talking :.
Wednesday, 10 December 2008
Cukupkah Hanya Sekadar Tutup Kepala?
Bila cakap pasal aurat muslimah, kelihatannya tak ramai akhwat yang menyentuh perihal itu sedangkan masalah auratlah yang menjadi problematika muslimah kini.. Agak segan juga bila perihal aurat ini lebih banyak diutarakan oleh golongan ikhwan dan bukan kita sendiri.. Tapi saya sedar, kita harus saling mengingatkan.. Dan mungkin terkadang kita perempuan terlepas pandang, makanya lelaki bertindak menegur.. Terima kasih saya ucapkan..
Saya tergerak untuk membincangkan hal ini..
Dulunya saya sering menganggap...
Allah telah tetapkan saya menuntut ilmu di Indonesia, di Universitas Padjadjaran..
Saya memang dah lama berkeinginan untuk berubah, tapi keinginan itu selama ini saya pendam..
Kewajiban menutup aurat sudah lama saya ketahui, tapi tak saya endahkan apa lagi menuruti...Mungkin saya takut saya tak dapat istiqamah.. Dan mungkin juga saya takut keindahan dunia yang saya rasai akan hilang jika saya berubah..
Yela..kalau dah tutup aurat dgn sempurna, perilaku pun harus disempurnakanlah.. Tak boleh la nak 'meronggeng' kat Mid Valley, pergi Genting Highlands bersuka-ria sampai tak ingat dunia.. Itulah port2 favorite saya dulu..
Seronok memang seronok..hangout dengan member2..tapi..apa itu tujuan kita hidup di muka bumi sebagai hamba Allah?
Sesampai je saya kat Indonesia ni..Alhamdulillah tak lama untuk saya tergerak hati untuk berubah..lantas saya nyatakan hasrat saya ke teman-teman..Mereka sangat bersyukur bila saya ambil keputusan mengambil langkah kanan itu..
Teringat lagi nasihat diorang..
Hati memang kene kuat..
Ada satu hari itu, saya mula melabuhkan tudung menutup dada.. (Kalau tak dulu pakai tudung lilit kepala.. Imagine sendiri la gane ek..)Honestly, saya tak rasa selesa sangat, tapi saya tetap mencuba..
Tup2..ada seorang kawan lelaki menegur saya..
"Bella, ko pakai tudung gitu nampak macam mak cik je.."
Betapa geramnya hati ini..Saya mengadu ke seorang teman yang rapat dengan saya.. Tapi dengan tenang dia menjawab..
"Bella jangan fikir apa yang orang kata, tapi kena fikir apa yang Allah kata,"
Langsung terdiam saya..Betul3 (Gaya Upin&Ipin..:P )
Terus hilang geram saya kat budak lelaki tu..Lantaklah die nak kutuk saya ni makcik ke ap..Asalkan mendapat keredhaan Allah..InsyaAllah..
Bila tengok sekeliling, mata ni sakit sangat..
Tengok yang pakai tudung berlengan baju pendek..
Dah elok2 pakai baju kurung, diangkat kainnya sampai ke lutut...
Buat bodoh je bila lelaki lalu lalang..
Boleh plak nak marah bila lelaki2 itu mengenyit mata..
Sungguh bertambah pedih bila mereka itu adalah sahabat2 saya sendiri..Sahabat2 yang saya sayangi..Sahabat2 yang tak mahu saya biarkan terjerumus dalam dosa..
Tapi, saya sangat2 tak ada keberanian untuk menegur..Bagaimana?
Akan saya tanamkan keberanian itu hari demi hari..
Tapi buat masa ini, coretan blog ini sajalah yang saya mampu lakukan..
Sahabat2 perempuanku,
Nak tunjuk kecantikan kat orang ramai?
Nak biar mata-mata menjamahi kita?
Nak jadi bualan orang?
Serendah itukah harga kita?
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..
Renung-renungkanlah sahabat2 perempuanku sekalian..
Marilah kita sama-sama perbetulkan diri kita..
InsyaAllah, hidup kita lebih diredhai oleh Allah S.W.T
Tuesday, 2 December 2008
Peristiwa yang mengajarku...
Di fikiran, merasa betapa mulianya bapak ini, seorang ayah yang sanggup meredah hari yang panas terik, mencari bantuan..membuang rasa malu untuk meminta wang di masjid-masjid bagi menanggung kos perubatan anaknya yang menghidap asthma. Betapa besarnya pengorbanan seorang ayah untuk anaknya!
Mula terbayang-bayang wajah mama dan ayah, betapa rindunya saya pada mama dan ayah.. Betapa saya selama ini tak sedar pengorbanan yang mama dan ayah dah buat untuk saya, bekerja keras, mengumpul wang untuk menghantar saya ke sini untuk menuntut ilmu..Sedangkan saya, di sini sejak dua bulan lalu.. Tanpa sedarnya menggunakan wang yang diberi dengan sesuka-hati, beli baju, beli vcd..Sungguh lapangnya hidup saya di sini, sedangkn mama dan ayah pagi petang bekerja..sudah la harus membayar rumah, kereta, keperluan keluarga..saya ini menambah pula beban mereka...
Mama, ayah..
Maafkan Bilah.. Selama ini, Bilah banyak menyusahkan mama dan ayah.. Bilah banyak buat mama dan ayah risau tentang Bilah.. Tapi sekarang Bilah dah sedar.. Bilah janji, Bilah akan balas pengorbanan dan kepayahan mama dan ayah dengan kejayaan Bilah di sini.. Akan Bilah hadiahkan segulung ijazah khas buat mama dan ayah. Mama dan ayah orang yang Bilah paling sayang! Terima kasih kerana selama ini masih percaya pada Bilah walau Bilah banyak buatkan hati mama dan ayah terluka...I LOVE YOU BOTH!
D*** memberikan wang di tangan kepada bapak itu, tapi D*** masih tak tenang hati.. Segera D*** pulang ke masjid semula untuk mengambil wang selebihnya buat bapak ini..
Sekembalinya D***, terus dia beri wang selebihnya kepada bapak itu..
" Ini pak, lagi 40.000..tadi kan udah diberi 15.000, sama 30.000 yang bapak ada..Jadinya 85.000 Rp. Sudah cukup lah untuk beli ubat buat anak bapak.." Jelas D***.
Kegembiraan benar-benar terpancar dari wajah bapak itu.. Hati saya mngucap syukur, kerna masalah bapak ini untuk membeli ubat sudah selesai.. Berkali-kali, bapak itu mengucapkan terima kasih dan mendoakan kami..Selepas mengucap salam, bapak itu berlalu pergi...
Saya benar-benar terharu, hati saya benar-benar tersentuh! Bertambah syukur bila D*** menceritakan bahawa duit yang tinggal dalam pursenya tadi cukup-cukup 40.000!
Kadang-kadang kita alpa dengan kesenangan duniawi.. Kadang-kadang kita lupa dengan sekeliling..hingga membuatkan kita berdiri megah,bangga dengan apa yang kita miliki.. sehingga kita lalai dan lupa siapa pencipta kita...
Tatkala ditimpa kesusahan, barulah ingat Allah.. Barulah kita tertanya-tanya, kenapa aku yang ditimpa musibah ini? Tapi, kita lupa..Allah telah berfirman, Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya... (Al- Baqarah: 284) Seteruk mana pun musibah yang menimpa kita, sebenarnya ramai lagi yang punya musibah yang lebih berat tapi masih tetap bersyukur.. Mengapa tidak kita?
Saya percaya tiada perkara yang berlaku sepanjang hidup ini adalah secara kebetulan.
Semuanya telah dirancang oleh Allah S.W.T.. Saya percaya ada sebab kenapa saya dan D*** yang dipilih untuk bertemu dengan bapak ini..Walau apapun sebabnya, pasti demi kebaikan kami..
Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar!
.: When Heart Does the Talking :.