Pages

Thursday, 22 July 2010

Sup Ayam Yummy!

Sok sebenonyer ad exam remedial fbs 3..
@ fundamental basic science 3..bout microbiology and anatomy pathology..
easy? no! sebab tu la remed..
huhu..
neway, sebab kepala tgh tepu dgn nama2 tumor~
so dear brain, now take a rest for awhile n do whatever u like..ehehe..
brain: post resepi kt blog!

(ye2 je sy suke post resepi kt blog..uhuhu..ape2 la~)

Resepi Sup Ayam Yummy! (ok..tang yummy tu, sy sje tmbh biar bunyi mcm gempak ckit..ahaks)
taken from taman-syurga-abadi.blogspot.com

1 ekor ayam - potong kecik2
4-5 biji kentang (jgn potong besar sgt, nnti lambat masak)
1 Tbsp bwg goreng (sy tak letak)
1 pokok daun sup (chopped)
1 kiub pati ayam
air secukupnya (kena pndai bajet, klu x nnti tawar..blajr dr pngalaman=P)

Bahan A (Dikisar halus)
1 biji bwg besar
2 1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup / 1/2 tsp kunyit (yg idup lagi sedap)
1 Tbsp lada hitam
1 1/2 Tbsp ketumbar
1 tsp jintan manis
1/2 tsp jintan halus ( stu jenis jintan pn dah ok..trus letak 1 1/2 tsp)
3 biji buah keras

Bahan B
1 btg kayu manis
bunga lawang
3 buah pegaga
6 bunga cengkih

Cara-cara:
1. Tumis bhn B smpai naik bau, then masuk bahan A yg dh dikisar halus. Tumis smpi naik minyak.
2. Masuk ayam dan kentang. Tunggu sampai ayam kecut.
3. Tuang air (bajet2). Api kuat. Masak sampai mendidih.
4. Bila dah mendidih, msuk bwg goreng dan daun sup..renihkan..
5. Lastly pati ayam dan garam secukup rasa.
6. Siap!

Tgk bahan die macam pnjang berjela, tp sebenarny senang je nih..
Sy sangat suka resepi ni sebab full of spices and of course delicious!
Cuba jgn tak cuba and let me know what's the result..ehehe


************************
Sebagai renungan bersama..


Dari Shafiyah binti Huyay Radhiyallahu ‘anha, bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya syaitan itu berjalan pada diri anak Adam dalam aliran darah.”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari (IV/282-Fat-h) dan Muslim (XIV/155-Nawawi)

Sempitkanlah jalan itu dengan lapar dan dahaga...

Tapi jgnlah lah sampai terus tak jd nak wat sup ayam ni..huhu..
Makan tu pepandai la..jgn kenyang sgt..
Islam itu sukakan kesederhanaan..=)

Ke Arah Isteri Super-Cook (lalalala..x leh blah punye moto..)

.:When Heart Does the Talking:.

Friday, 16 July 2010

The old Nabilah is back!

Hahaha..
Then, what a new Nabilah looks like? =P

What I meant here adalah old Nabilah yang rajin - erk? tak rajin sgt pun la untuk mengupdate blog..but at least, satu bulan adalah satu post...
Lama banget tak update, lebih kurang 3 bulan kot menyepi..uish3..
Mane pegi old Nabilah dalam masa 3 bulan tu?
Don't ask...

Tapi sekadar mukaddimah..

Tumbuhan jika tak dibaja, tak disirami...Akhirnya kan layu dan mati..
Begitu juga hati manusia.. Kalau tak diberi makan secara rohaniah, hati kan 'layu' dan mati juga akhirnya..

*****************

Semalam saya pergi satu seminar called SILAT.
(SILAT= Seminar Islam Liberal, Syiah dan Tarekat Sesat.)

Ok, secara jujurnya... Pada mulanya saya tak tau in detail.. apa itu islam liberal.. apa itu syiah.. apa itu tarekat..
Sebab itu, saya datang seminar ni..
Untuk tambah pengetahuan..
Tak nak lah jadi orang yang kosong jiwa daripada ilmu @ bodoh (kata mudahnya..)

I have to say, it's a very interesting seminar! Rugi sape tak gi...
Kalau nak cerita satu persatu..

Panjang berjela la jawabnya..

Dan saya bukanlah orang arif soal golongan-golongan@ kumpulan-kumpulan ini...


Tapi apa yang menyentuh hati saya bila terdengarkan hadis Rasulullah..
“Ketahuilah bahawa Ahlul Kitab sebelum kalian telah terpecah-belah menjadi 72 golongan, dan bahawa umat ini juga akan terpecah menjadi 73 golongan. 72 daripadanya akan ke neraka. Dan satu golongan di dalam al-Jannah (Syurga), mereka itu adalah al-Jama’ah.” (Diriwayatkan oleh Abu Dawud (4597), ad-Darimi (2/241), Ahmad (4/102), dan juga al-Hakim (1/128), al-Ajurri di dalam asy-Syari’ah (XVIII), Ibnu Baththah di dalam al-Ibanah (2/10812, 119/1), al-Laalika’i di dalam Syarhus Sunnah (1/23/1). Dishahihkan oleh asy-Syaikh al-Albani di dalam Silsilah al-Ahaadits ash-Shahihah, no. 203 & 204 - (1/404))

Hanya 1 golongan di dalam al-Jannah iaitu al-Jama'ah..
Iaitu mereka yang menganut agama Allah, agama Islam dengan sebenar-benarnya...
Hati saya tersentuh kerana takut...
Takut akan satu perkara..Nau'zubillah..

Ya Allah, jangan kau bolak-balikkan hati kami.. Tetapkanlah kami diatas jalanMu, berikanlah kami petunjuk dan hidayahMu...

Ada lagi satu perkara yang membuat saya tersentuh..

Waktu program tu, ada tunjuk beberapa video cara zikir golongan sufi...

Ada yang menari pusing-pusing..
Ada yang kedepan-kebelakangkan perut..(bayangkan~)
Ada yang sampai breakdance..

Memang la..kalau tengok, tak leh nak berhenti gelak..

Tapi yang sedihnya bila tengok anak2 dah diajar sejak kecik untuk melakukan 'ibadah' macam tu..
Siapa yang patut dipersalahkan?

Mungkin bagi kita yang melihat, ini dianggap satu bidaa'h..satu tokok tambah dalam ibadah..
Tapi bayangkan jika kita tergolong dalam golongan mereka... Jika kita memang dilahirkan dan dibesarkan dalam golongan mereka..
Apa mungkin kita sedar?
Apa mungkin kita sedar, this is not what written in Quran and Hadiths..
Kita pasti akan sekadar menerimanya..

"Mana mungkin salah, nenek moyang aku semua beribadah macam gini gak..."

Sebab itu saya fikir..
There's no one to blame except for yourself..
U've got the brain...Think and search

U've got the foot...Walk and search

U've got the voice...Ask and find out the truth!


Kita beribadah BUKAN berdasarkan nenek moyang..
Kita beribadah berdasarkan Al-Quran dan Hadis..

So, jangan malas untuk mencari kebenaran...
MAKE SURE segala ibadah yang kita lakukan tak bertentangan dengan panduan yang Allah telah tetapkan, supaya tak sia-sia ibadah tu..

That's it for now..
Together, let's find out the truth of ISLAM..


I'm a muslim and I'm proud of being one. =)
.:When Heart Does the Talking:.

Monday, 12 April 2010

Akhirnya Tewas Dengan Cinta!

Huh..
Aku mengeluh sedih! Aku mengeluh pedih! Aku mengeluh letih!
Satu lagi temanku 'syahid' dalam memperjuangkan ke'single'an.

" Minta maaf kalau buat awak marah, tapi saya dah terima dia untuk jadi kekasih saya..."

Boleh saja kalau aku nak marah!
Tapi...
Aku tak ada hak untuk itu...
Itu soal dirimu..Segalanya tergantung dirimu!
Aku cuma boleh mengingatkan, menasihatkan...
Tapi keputusan semuanya terletak padamu!

Apakah aku yang salah?
Kerana mungkin aku tak terus menerus menasihatinya...

Teman, aku tak tahu bagaimana untuk memberitahumu...
Kerana aku takut dirimu terluka...
Kerana aku takut hubungan kita terobek...

Aku berharap kau membaca artikel ini...

http://jombloweh.blogspot.com/2009/12/love-is-cinta.html

Bukan bermaksud untuk menyibuk...
Tapi kerana aku menyayangimu...

Aku sering mendoakanmu teman...
Tapi jangan salah fikir yang aku kan mendoakan kebahagiaanmu dengan si dia...
Aku mendoakan agar dirimu mendapat KEBAHAGIAAN YANG SEBENAR...
Kebahagiaan yang kan kau rasa tatkala kau bertemu CINTA SEJATI...
Bukan cinta manusia, tetapi CINTA ILAHI...

.:When Heart Does the Talking:.

Wednesday, 7 April 2010

Dakwah, Tarbiyyah dan Si Pemalas...

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.

Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.

Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.

Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program...yang senang dan mudah, join, yang penat, bersusah payah elak.

Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
(erk..kenapa sy highlight nih?)

Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.

Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak
nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.

Dakwah bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

Pencerahan bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.
Cuma tanpa pencerahan, Tanpa tarbiyyah, Tanpa dakwah, Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak perlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.

Saya menghitung diri. Terlalu kerap menuturkan. “saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu. “amanah ini bukan hak milik, tapi anugerah dariNya”


Petikan dari http://muntalaq.wordpress.com/2010/04/04/dakwah-bukan-untuk-orang-malas/


p.s. muhasabah diri (-_-;)

p.s.2 Pastikan semula tujuan dakwah kita..sebab tujuan yang salah akan menyebabkan kita mengeluh di tengah jalan.


.:When Heart Does the Talking:.

Tuesday, 16 March 2010

Rich Chocolate Pudding

What a day!

Walaupun cuti, tapi sangat2 memenatkan...
Bangun pagi tadi pun bagaikan shock, tak lena disebabkan LI (home assignment) yang SANGAT BANYAK!

Anatomy of Lower Limb! 1 chapter dalam buku Moore.. 100 lebih muka surat..

(Anda pada saat ini mungkin akan terdetik dlm hati : 'Eleh, tp sempat ag post blog...')

Sebab stresslah saya decide untuk send post ni..

Tapi Alhamdulillah, ad 2 budak rumah yang buat tajuk yang sama..Jadinya, kami bahagi 3.. kuranglah sikit beban..sorg dapatlah dlm beberapa pages.. ( 30 lebih kot!)

Ok, forget bout dat..

Hari ni juga adalah hari jadi adik usrah saya, eicha..
Hari lahir yang ke-20..


Kami satu usrah during birthday party eicha at Bosa

Adik2 usrah yang lain request buat puding...

Hmm..disebabkan dh lama teringin nak try wat pudding ni, so i decided to make rich choc pudding..
1st time buat, takut gak kalau tak menjadi, tp Alhamdulillah..sgt sedap..huhu2.. (x bermaksud nak puji diri =P)
Tak ingat ambil resepi ni dari mana, tp serius yummy!

here the recipe sbg perkongsian...

1/2 cup serbuk koko
1 cup gula
1/2 cup susu tepung
1/2 sudu teh garam (sy x letak)
4 1/2 cup air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter (sy kurangkan, konon x nak berlemak sgt..hehe)
1 paket serbuk agar-agar (10-11 gram)

cara-caranya sgt senang =)

1. campur everything except butter
2. kacau smpai mendidih
3. masukkan butter, then terus kacau sampai pekat
4. masuk dalam bekas@ loyang
5. sejukkan dalam fridge
6. siap!

sebab nak lagi sedap, saya buat custard sauce sekali...marvelous!

Hmm, oklah..itu je dulu...
Nak sambung siapkan LI...hehe


.:When Heart Does the Talking:.

Wednesday, 17 February 2010

Nafas Kan Terhenti...

Malam dingin itu...
Hujan turun agak lebat..
Terasa rembesan air mengenai muka disebabkan tingkap angkot dibahagian penumpang hadapan tak ditutup rapat...
Sengaja tak ditutup...
Kalau ditutup, boleh mati sesak nafas semua yang didalamnya..
Tambahan, bilangan orang melebihi muatan, 15 orang belum termasuk pemandunya!

Aku merenung ke luar
Jalan mula dibanjiri air..
Hatiku tersentuh melihat seorang bapak lebih kurang setengah abad bersusah-payah cuba mengharungi jalan yang penuh lopak...
Dengan hujan lebatnya...
Ditambah pula bekas makanan yang membebani bahunya...

Aku patutnya bersyukur...
Sekurang-kurangnya aku duduk selamat dalam angkot tanpa dibasahi hujan...
Sekurang-kurangnya aku tak perlu bersusah-payah mencari wang hingga malam hari...
Ah!
Banyak sahaja yang perlu aku syukuri tentang hidup ini..
Kalau disenaraikan, belum tentu satu post ini sudah mencukupi..

Namun, aku alpa!
Aku leka!
Aku tak ambil endah!

Kenapa??
Kenapa boleh alpa? Kenapa boleh leka? Kenapa tak ambil endah?

Huh..alasan...
Memang kalau ditanya, alasan manusia memang sama...
Manusia memang mudah lupa, memang cepat leka..

Kalau dah tau, tak reti-reti lagi nak perbaiki diri??

Nak berterusan begitu sampai bila..

Allah tak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.

Surah Ar-Ra'd, 13:11

Dan umat Islam tak akan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali..
Umat Islam yang sejati akan sentiasa memperbaiki diri...


******************************

Aku mendoakan agar bapak itu dikurniakan kesihatan untuk hari-hari mendatang...
Agar mudah baginya untuk terus mencari rezeki...
Demi sesuap nasi buat anak dan isteri...

******************************

Dalam tenang malam itu...
Tatkala renungan mataku tertuju ke luar tingkap...
Renungan hatiku masih tertumpu ke Rumah Sakit Al-Islam, Bandung...

Ada sekujur badan yang aku tinggalkan disitu...
Yang lemah tak terdaya terbaring di katil...

Walau diri terasa berat untuk meninggalkan tempat itu, untuk pergi jauh dari tubuh itu..
Namun kaki ini terpaksa juga aku langkahkan..

Dalam kesakitan, masih terdaya untuk kau mengulit senyuman...
Walau keperitan yang kau rasa, masih mampu kau bergurau-senda...
Hatiku merintih....
Tapi mana mungkin aku menangis, sedang kau kuat menghadapinya?

Kau tabah, kau kuat!
Aku percaya dengan itu...

Segeralah bangkit dari katil itu...
Segeralah hapus segala kesakitan itu...
Aku tiap hari menunggu untuk kau duduk di bangku sebelahku dalam bilik tutor..
Aku merinduimu!

******************************

Terngiang-ngiang lagu dendangan Raihan, bertajuk Demi Masa.

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran

Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati


Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan.

Al-'Ankabut, 29:57


Itu adalah janji Allah..

Hidup kita hanya sementara...
Nafas kita kan terhenti jua...

Selama mana kita hidup...
Selagi mana kita sihat, muda, kaya dan lapang, syukurilah dan gunakanlah sebaiknya...
Ingatlah, setiap apa yang kita kerjakan di dunia, akan diperhitungkan di akhirat!


p.s. Mari kita sama-sama doakan kesihatan Aiza, semoga Aiza cepat discharge dari wad.

p.s. 2 Ayat agak sastera..sebab baru sihat dari demam novel..hehe

p.s. 3 Semoga kita sama-sama mendapat manfaat =)



.:When Heart Does the Talking:.

Sunday, 31 January 2010

Puding Roti Marble

Duha requested dis recipe...
Gomen, terlmbt post..
I promised to post dis yesterday rite, tp ad mslh yg x dpt dielakkan..huhu

So, here it is...

4 keping roti
2 telur
1/2 cup susu pekat
170ml susu cair (1/2 tin will do)
1 paket agar-agar
1/2 cup gula
2 sudu besar butter (cairkan)
3 1/2 cup air
2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara:

1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar2, gula dlm periuk.
2. Blend roti, telur, susu cair, susu pekat n balance air. Then masukkn dlm periuk yg ad agar2 tu..
3. Masukkn butter yg cair tu then biar smpai mendidih..tp kacau2 la ckit so dat bhgn bawah x hangit.
4. Bhg adunan tu kpd 2.. satu di cmpur dgn serbuk koko..(kacau cepat2)
5. masuk selang-seli ke dlm loyang...ni kene cepat gak sbb die cpt mengeras.
6. Then simpan dlm fridge..
7. Dh sejuk, leh la santap...


.:When Heart Does the Talking:.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails