Friday 6 February 2009

Al- Baqarah, 2:286

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...

Hari ini, Jumaat..
Jam menunjukkan pukul 9.30 waktu Malaysia...

Sudah seminggu lamanya ujian Semester I dah berlalu..
Tapi hangatnya masih terasa..
Cuti semester pun kini di hujung waktu..
Walau bagai baru semalam jejakkan kaki ke Malaysia..

Pasti ada yang bersoal dalam diri tatkala membaca tajuk post ini..
Apa yang nak dikisarkan??

Keperitan yang ku rasa..
Amat2 perit untuk ditelan..
Lantas ku ambil langkah untuk dimuntahkan..

MDE
SOOCA
COMPREE
OSCE

Itulah ujian2 dunia yang telah ku tempuh dalam minggu-minggu yang lepas..
Persoalannya?
Tempuh dengan jaya atau tidak?
Ada yang masih dlm tanda tanya, tp ad juga satu ujian di mana keputusannya akan dapat diketahui pada saat itu juga..
Surely, for those who is studying in UNPAD wud know what I mean..
But for those who don't, no worries..

Satu ujian itu...
Bagiku yang amat berat untuk ku tampung kali ini..
Takde la nak cakap yang ujian-ujian lain senang..tp yang ini paling susah diantara yang lain..
Brtambah2 berat bila keputusan ujian kali ini...
AMAT TERUK!!

Hari itu, Rabu 28/01/09
Keputusan diberitahu terus kepadaku...
Air mata bergenang, tapi ku tahan agar tak tumpah..
Kakiku bergerak pantas dari FK ( Fakultas Kodokteran) ke Bale (Asrama)...
Dalam fikiran..I need some support rite now!!
Bertahan Nabilah!!!

Tiba di Bale, ku capai kunci..
Segera ku ke kamar, ku campakkan jas...
Lantas aku berlari anak keluar dari kamar, menuju ke kamar teman..

" Bella, camne? Dpt markah berapa?" Tanya salah satu teman...

" Tak blh tahan, kte nak nangis!!!"

Aku tutup pintu dan segera menerpa temanku yang lagi duduk di katilnya.
Aku lepaskan segalanya..Kepayahan, kesedihan, rasa geram dalam satu tangisan yang agak lama.. Bila dipikir balik, kesian tilam teman yang dijadikan mangsa air mata...

Dalam aku melayari perasaan sedih itu, teman-temanku tak putus memberi kata semangat...
Menyuruhku bersabar..
Menganggap ini adalah ujian dari Allah..

Ya Allah, sungguh! Berat sekali ujianmu kali ini...

Tidak sekali aku menyalahi sesiapa atas kegagalanku untuk mndapat keputusan yang baik dlm ujian ini..
Segalanya berpunca dari diriku sendiri..
Sikapku..
Tingkahlaku ku..
Perilaku ku..
Dalam menjalani kehidupan ini...

Aku mungkin tidak bersedia sepenuhnya sebelum mengharungi ujian itu..
Masih tidak cukup usaha yang ku kerjakan!!
Aku percaya! Usahaku masih tidak cukup!!
Makanya keputusan tidak memberangsangkan!!

Betapa aku benci diriku ini..
Aku tak pernah serik!!
Aku sering leka diulit mimpi indah..
Sampai bila!!!
Sampai bila bru nak sedar?!!

" Janganlah cakap macam tu, semua ni mesti ada hikmahnya.. Allah sedang uji Bella.." Temanku menenangkanku..

Ya Allah!
Apa yang aku harus ku katakan kepada ibubapaku??
Apa alasan yang harus ku berikan kepada tutorku??
Bagaimana dengan scholarship??

Aku belajar disini dengan tanggungan ibubapaku..
Without scholarship...
Kalau nak dikatakan, berapa banyak wang yang digunakan untuk menampung pengajianku.. Amat banyak!!
Makanya, aku harus mendapatkan biasiswa untuk meringankan beban mereka..
Untuk mendapat biasiswa, aku harus mendpt markah plg kurg 3.0!!
Untuk itu, aku seharusnya belajar dengan tekun..
Tapi..

Air mata terus mengalir...
Posisiku berubah-ubah..
Teman-temanku pasti tak senang duduk melihatku..
Thanks for being with me at that time..Luv u girls!

Satu persatu nasihat dihamburkan..

"Sabarlah Bella.."
"Ini satu ujian untuk menguji iman.."
"Ini baru ujian dunia.."
"Nabi-nabi punya dugaan lagi besar..."
"Bella cukup kuat untuk hadapi dugaan ini, makanya Allah uji Bella dengan ini.."

Kata-kata mereka membuatkan aku berfikir secara rasional...
Baru je dapat markah yang tak berapa baik, dah menangis..
Lagipun benda dah lepas, kalau menangis pun, boleh ubah ke markah tu?

Kalau nak dibandingkan dengan rakyat-rakyat Palestin yang sedang menderita di negaranya..
Mereka itu..
Lagi besar dugaannya..
Subhanallah..
Apakah aku patut menangisi ujian kecil yang kau berikan padaku?

Aku lantas bangun..Air mata dikesat..
Aku tak mahu menangis lagi...

Setelah kembali tenang, aku meminta izin untuk pulang ke kamar...

Aku memberanikan diri untuk memberitahu keputusan ujian itu kepada ayahku melalui SMS..
Sooner or later, he'll find out..It's better to tell him now as I have the guts to tell..

"Ayah, sorry... Bilah tak dapat markah baik untuk ujian td"

Saat ini, aku mengharapkan ayah sangat memahami keadaanku..
Please dad! Please understand!

Tak sampai seminit, ayah membalas,

"Dpat berapa?"

Tangan bergetar nak menaip markah ujian..
Degup jantung hanya Allah yang tahu betapa kencangnya..

"## markah"

Jari diberanikan juga untuk tekan send...

" It's ok.. I bet you've done your best.." Lebih kurang gitulah..

Tapi tak lama selepas itu, ada satu mesej sampai..

" If Bilah tak larat lagi nak Medic, just let us know.. Mama ngan ayah tak kisah.. Kat Malaysia, banyak lagi kos yang Bilah boleh ambil..Ayah pun pernah gagal dulu.."

Ya Allah!!
Air mata betul2 tak dapat ku tahan!!
Perasaanku waktu itu tak dapat aku nyatakan...
Pedih! Pilu!
Adakah mama dan ayah sudah tak percaya akan kebolehanku?
Apakah mama dan ayah sudh putus asa terhadapku dalam meneruskan bidang ini?
Atau aku memang tak layak untuk ambil Medic?

...Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya...

" Bella jangan cakap camtu.. Bella berjaya masuk sini (FK Unpad), bermakne Bella layak.. Janganlah hanya disebabkan ini, Bella patah semangat! Allah beri kita ujian, adalah mungkin kerana dosa kita ataupun Allah mahu uji iman kita.. Tapi, lebih baik kita menganggapnya sebagai ujian iman kita.. Kita kene berjuang untuk jadi doktor, susah memang susah.. Tapi imagine kalau Bella amek kos len, bayangkan susahnya kita nak sebarkan agama Islam.. Kalau doktor, orang senang percaya.. Lagipun, kita kan sama2 nanti nak gi Palestin.."

Itulah ayat-ayat teman seperjuangan yang telah membakar semangatku yang hampir terpadam..
Terima kasih...

Dengan semangat itu, aku membalas mesej ayahku..
Aku menyatakan bahawa aku takkan berputus asa.. Aku tetap mahu meneruskan perjuanganku.. Aku cuma mengharapkan sokongan, kepercayaan dan doa mama dan ayah mengiringiku.. Kini, matlamatku lebih jelas!

" Alhamdulillah..Ayah bangga dengan Bilah.. Ayah dan mama akan sentiasa mendoakan kejayaan Bilah"




Aku bukan sekadar mahu menjadi doktor, tapi aku juga mahu menjadi pejuang ISLAM! Pejuang agamaku!
Ujian kecil ini tidak harus mengusik tujuan sebenarku belajar di sini.. Tak akan aku benarkan!

Sekiranya ini ujianMu untukku, aku terima Ya Allah dengan hati terbuka!

(Mereka berdoa)," Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah engkau pikulkan kepaada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, Ampunilah kami dan rahmatilah kami.. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir"

.: When Heart Does the Talking :.

8 comments:

duha said...

yeah..inilah bella yang saya mahu! hehhe..takkan putus asa..jgn laaa cakap lg ek pasal layak tak layak tuh, just do our best..Allah lihat pd usaha kita, not the results..the REAL results kat akhirat nnt yg penting :)

selalunya seseorang akan jd lebih kuat after "kejatuhan" or ujian yg die dapat, and insyaAllah u'll be one of that kind..

pasni kite jgn main2 da tau..jgn slalu pg PAUN da..haha..kurangkan makan (utk Duha laa) and fokus dalam lecture hall! jgn tdo..huhu~

erm..neway, parents always know ape yg terbaik for us..ur dad ck cmtu utk bakar smgt bella, he knows u can do it if u wanted to..that's y he send u to fac of med in the first place..mintak doa parents byk2..sgt banyak membantu!! percayelah~

p/s: ayat bella da jd cam ayat org indonesia la..hehhe..ni mesti hasil didikan Tri (erk..bukan Dr Tri tau)..hehhe..

Dr Hana said...

cayalah bella! hhehe.

ur dad ckp cmtu bkn sbb x caya,
biasanya parents akan ada instict ttg anak dia..
so he could sense how u felt at d time n was just trying to be understanding, bkn sbb xyakin with you..:)

esok nk balik dah....

idsyAleeya said...

bella!!
hmm..
bagus semangat bella..
moga2 lebih bersemangat pas nie..
my groupmate!!
go E2..hehehe
(mentg2la sok nak smbg sem 2)

Anonymous said...

bella..
kter tbe2 sebak dgn doa2 yg awk taip tu..
kter kagum ngn semngt awk!!
ingt!!tujuan hdup kter..hehe..
sme2 kter berjuang..ssh sng bersma..

ad sorg doc pnah ckp,`awk sepattnye patut ade rsa xlayak kdg2 untk msuk medic.dri situ awk tdk akn rsa bongkak`..su pegang lagi kata doc tu yg dlu stdnt unpad gak..skrg doc tu bkn sekadar doc tapi pendakwah kat msia..

so,kter pn kna semngt!!hehe..lup u my dear..
TAKBIR!!ALLAHUAKHBAR!!

Anonymous said...

ni ade lagu tok bella..dr raihan..hehe..

ujian adalah tarbiyah dr Allah
adakah kita kan sama ataupun sebaliknya.
kesenangan yg dtg seleps kesusuhan
semuanya adalah nikmat dr Tuhan..

hehe...mmg ssh nk hadapi ujian tapi ujian tu satu nikmat dr Allah..Allah rindukan kter..be strong..n syg bella..

Anonymous said...

thx u girls..i feel much2 better now!!
jom smgt blajar!!! repro~

Dr Amad said...

Bertuah dapat Ayah semacam itu...Bertanya soalan itu bukan tidak percaya kebolehan anaknya,tetapi kasihan melihat barangkali anaknya tidak mampu membawa cabaran diri...Bella bertuah

Anonymous said...

hmm...baru baca post ni.
kadang-kadang kita diberi ujian untuk menguatkan dan mematangkan kita. disamping menghapus dosa dan dinaikkan darjat, kita sedang belajar dari kesilapan. takde manusia yang perfect Bella Billa, percayalah. seriuuus!!!! hehe....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails