Wednesday 26 August 2009

Bahu Ke Bahu ATAU Telekung Ke Telekung?

Ramadhan yang mulia..
Bulan dimana kita sebolehnya melipatgandakan ibadah kita bagi mendapat keredhaan dari Yang Esa..
Setiap malam, Alhamdulillah saya telah berjemaah solat Isyak dan Tarawikh di Masjid Jamek brdekatan dengan rumah..

Hari ni adalah hari ke 5 puasa..
Bermakna dh 5 malam saya dan keluarga ke masjid untuk solat berjemaah..

Hari pertama solat tarawikh, agak kekok sebab Rmadhan tahun lalu, sy menjalani bulan mulia Ramadhan di Indonesia..
Dan di sana, solat tarawikh 4 rakaat satu salam..berbeza dgn Malaysia, 2 rakaat satu salam..

Sebenarnya apa yang nak disentuh adalah berkaitan solat berjemaah.

Setiap kali sebelum solat, imam akan mengingatkan jemaah agar merapat dan meluruskan saf seperti yang sering diamalkan oleh Rasulullah SAW..
Just in case anda nak tahu, peringatan itu disampaikan dalam bahasa Melayu! Satu bahasa yang InsyaAllah akan difahami oleh semua orang yang ada didalam masjid itu, sebab 99% adalh berbangsa Melayu..

Namun sayangnya, peringatan itu bagai angin yang bertiup sepoi..tiada siapa kelihatannya peduli..hanya sebilangannya saja.. yang lain dok sibuk betulkan telekung, bual-bual kosong, termenung sampai ke Indon...
Kalau nak dikatakan imam tu tak pakai mic, pakai...
Kalau nak dikatakan telekung yang menutupi diri itu telah juga menutupi lubang telinga mereka, tiada logiknya..

Sakit mata memperhatikan segolongan Muslimah membiarkan jurang besar antara mereka. ( Saya hanya memerhati Muslimah jela, yang lelaki tak tau la kan..pelik pulak kalau tau..=P)
Bila telekung mengembang (sebab angin kipas), nampak tertutup la sikit jurang itu, tp cuma secara penglihatan bukan secara jasadnya..

Kenapa perlu ada jurang besar itu?
Kenapa jemaah yang lain bagai tak nampak jurang itu?

Pernah saya cuba merapatkan bahu dengan orang disebelah ketika dalam solat, boleh pulak orang itu menjauhkan diri..Allahuakbar!

Pelikkah merapatkan bahu ketika solat?

Try sedapkan hati..
Kemungkinan mereka tak tahu atau buat tak tahu..
Atau mungkin mereka lupa..
Betapa Rasulullah sangat tidak suka sekiranya ada gap antara jemaah..

Wahai saudaraku..

Sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda,

"Luruskan saf kerana ia adalah kesempurnaan mendirikan solat" - HR Bukhari

"Jika kamu tidak meluruskan saf, maka Allah akan mewujudkan perselisihan pada hati-hati kamu" - HR Bukhari

"Saf yang tidak dirapatkan antara bahu-bahu itu akan mengakibatkan kemasukan syaitan diantaranya, lalu ia merosakkan solat kamu (tidak kusyuk)" - HR Ahmad

"Jangan sampai aku melihat celahan antara saf-saf" - HR At-Tabrani

Lihat?
Betapa Rasulullah SAW sangat menitikberatkan soal saf ini?
Sempurnakah solat kita jika safnya pun dah tak betul?
Kalau nak mengharapkan kesempurnaan solat melalui kesempurnaan bacaan dalam solat, sebagus mana bacaan kita?

Allah sendiri telah berfirman, yang bermaksud,

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh." (Surah As-Saff: 3)

Tak perlu diuraikan tentang ayat di atas. Jelas-jelas Allah mengasihi kita jika kita solat dalam saf yang lurus dan rapi..

Teringat pula kisah khalifah Islam, Sayyidina Omar..Setiap kali solat, beliau akan meluruskan saf dengan menggunakan pedang..Hingga sebegitu sekali..

Rapat dan luruskan saf ni banyak fadilatnya..

Even seorang scientist yang bukan islam pun mengakui solat berjemaah sangat bermanfaat kepada kita, kerana dengan berjemaah, kita akan mengalirkan cas-cas di dalam tubuh kita dan ini akan menyihatkan tubuh kita..so, jangan malas solat berjemaah!

Lagi peringatan buat saudara Muslimahku, pastikan telekung anda tak jarang! Banyak je saya tengok, telekung tu boleh tembus sampai boleh nampak bentuk badan, warna kulit segala..

Dan peliharalah aurat dan akhlakmu!

Sentiasa beringatlah yang kita ini setiap saat diperhatikan oleh Allah..
Esok belum tentu kita masih bernafas di bumi ini..
Dan belum tentu kita akan sempat bertaubat dari dosa-dosa yang dilakukan..


p.s. thx to www.ahmadsabri.net, bnyk info yang dipetik dari sana =)


.:When Heart Does the Talking:.

6 comments:

duha said...

assalamualaikum..
baca tajuk pun nak gelak dah..

hari tu solat kat surau sini pun..derang cam tak nak rapatkan saf..rasa tak khusyuk solat sebab kiri kanan kosong..bkn takde org, tapi jauh sumenye..(takdelaa jauh semeter kan, tapi mmg terasa sgt laa gap tu)

kita rapatkan saf ke sana, yg belah sana tak nak rapatkan pulak..jd pening pale nk gerak ke mana nih? last2 lpas solat tu pesan laa baik2 kat org sblah "rapat2kan ye" n Alhamdulillah dia merapat..tapi lepastu menjauh balik '-___-

harap2 lebih ramai yg akan tau pasal kepentingan merapatkan saf nih :) jzkk~

Al-Tuah Al-Shahab said...

salam,
sama je di saf lelaki,
yg xtahan tu org yg dah boleh digelar berilmu agama atau alim pun xrapatkn saf,
adik Tuah yg darjah 2 ada skali tegur org tua yg solat dpn dia utk rapat dan luruskn saf..
pastu org tu siap marah balik dia, sedih je...
tu dah tau pun masih mcm tu,
yg xtau mgkin boleh dimaafkn...

syuhadah said...

salam..
belle..sye sngt setuju ngn awk..mmg kat msia,kalo bab saf nie,aduyai,fening la..

dorang rimas rapat2..kalo kat indon,kiter sentiasa peentingkan rapatkan saf..kat msia agak berbeda..

ya..mungkin peranan kter untuk membetulkan..buat ape yg kter mampu..
tarik skit mak cik-mak cik tu spaya rapat..tapi dengan sopan dan santun la ye..hehe..

duha said...

susi..kat indonesia bkn lebih kurg ke? ehhe..tak tau laa kalau few org yg sy jumpe je..tapi mostly pun jarang nk dekat2..except yg kat masjid habiburrahman tu..

tape, kita same2 cuba nasihat rakan2 n org sekekliling iA :D

anasolehah_7 said...

Salam nabilah,

senang cerita, awak tarik je makcik/kakak/adik yang dekat sebelah tu..

akak penah buat macam tu.
mula-mula masa terawikh 2 rakaat pertama, dia buat tak tau je
masuk 2 rakaat kedua(selepas salam lah kiranya), akak biar makcik ni angkat takbir dulu, then akak tarik bahu dia dekat dengan akk..

alhamdulillah dia ikut, pastu habis salam dia pindah belakang..

sanggup sembahyang dekat saf budak-budak. Takde kata salah. Tapi apalah sangat dengan selangkah bergerak merapatkan saf. Tak abes lemak tu:P

p/s: sama je kat mesia ngn indo..kalau kat indo, satu sejadah satu orang. lagi mantap..walaupun bukan semua masjid, tapi tetap ada jadi

Dr Amad said...

Hehe...bahu ke bahu..kita berjalan seiringan..ekeke.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails