Tuesday 2 December 2008

Peristiwa yang mengajarku...

Teringat peristiwa yang berlaku Ahad lepas, tanggal 23 November 2008 bersamaan 25 Zulkaedah 1429. Peristiwa ini pasti tidak akan saya lupakan, kerna ianya sangat menyentuh naluri hati ini, dan peristiwa ini telah membangunkan saya dari kealpaan kesenangan dunia!

Tika matahari mula memancar terik, saya ke masijd Ibnu Sina, masjid dekat Bale Padjadjaran- asrama yang saya duduki sekarang. Niat di hati nak belajar bareng dengan teman, D*** (Editted: Disensoredkan atas permintaan..=) Haha..mcm x belh teka jer..) Setibanya di perkarangan masjid, saya terlihat seorang bapak lingkungan 40-an mundar-mandir di situ. Saya mengendahkannya. Diteruskan langkah menuju ke dalam masjid. Tapi belum pun sempat naik tangga, bapak itu memberi salam kepada saya. Saya menoleh ke arahnya dan salamnya segera dibalas.

" Nak, di mana bisa bapak ketemu sama orang masjid?"

Itulah soalan pertama yang diajukan oleh bapak itu. Lebih kurang begitu la ayatnya, saya tak berapa ingat. Mata meneliti figure ini, kulitnya hitam manis, badannya sangat sangat kurus, bajunya sudah pudar warna tapi tetap nampak kemas dan hanya memakai selipar jepun.

" Di sana pak."

Saya menunjukkan ke arah rumah yang didiami oleh imam dan bilal masjid. Lastas bapak itu menjawab,

" Bapak udah ke sana tapi nggak ada orang. Bapak mau minta bantuan buat anak bapak yang lagi sakit..."

Bapak terus menunjukkan kepada saya, list ubat yang perlu dibeli dan juga kad hospitalnya. Mulanya, saya teragak-agak..mahu percaya atau tidak..boleh dipercayai ke? Tapi perasaan itu segera dihapusi oleh rasa simpati yang mula menimpal.. Sampai sekarang, saya masih ingat air mukanya.. Penuh duka, penuh kepayahan hidup..tapi bibirnya tidak lekang dengan senyuman, matanya tidak hilang sinar harapan..

" Bapak udah ke masjid- masjid yang berdekatan untuk minta bantuan, dan sudah dapat 30.000 Rp. dan kemudiannya ke sini..."
" Berapa banyak uang lagi yang bapak perlukan?" Saya bertanya.
" Kalau jumlahnya semua, lumayan.. 85.000 Rp. , tapi cukuplah yang satu ini aja (ditunjuk pada list ubat itu, ubat berharga 15.000 Rp.) , harganya 15.000 Rp..."

Saya menoleh semula ke arah rumah orang masjid, kelihatannya memang tidak ada orang. Kemudian saya memandang sekeliling kawasan masjid, dengan harapan ada orang yang boleh membantu bapak ini, tapi sayang...

Kalau lah saya bawa wang, dah lama saya bagikan ke bapak ini. Hati ini mamarahi diri, kenapalah tak bawa langsung duit? Saya tak dapat berbuat apa! Apa yang saya mampu pada waktu itu hanyalah...

" Maaf pak, saya nggak bawa uang.. Sepertinya, bapak harus datang lain hari aja ya pak.."
" Oh ya, nggak apa-apa, Assalamualaikum.."
" Waalaikumusalam.."

Kaki terus menapak tangga, mahu menuju ke dalam masjid... Tapi bagaikan berat teramat untuk melangkah..Hati sungguh tak tenang! Dipaling semula muka ke belakang, ke sudut-sudut masjid, ke hujung pandangan, jika terlihat kelibat yang dikenali.. Mana lah D*** ni? Cepat la datang D***.. Dalam hati berdoa agar D*** segera sampai, agar D*** membawa wang untuk diberi ke bapak itu... Tubuh ini bagai kaku berdiri du pintu masjid, mata terkadang memandang ke arah bapak itu yang beransur pergi..

Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, hati melonjak-lonjak kegembiraan tatkala nampak D*** sedang menuju ke masjid.. Saya melambai- lambai agar dia segera ke perkarangan masjid.

" Kenapa tak masuk?"

Tanya D***. Pasti D*** lagi hairan melihat saya berdiri di luar masjid. Sesampainya D*** di depan masjid, saya mengikutnya meletakkan buku-buku di dalam masjid. Segera saya bertanya kepadanya,

" D*** bawa duit tak?"
" Bawa, kenapa?"
Lalu saya ceritakan permasalahan bapak itu tadi...

" Boleh dipercayai ke?" tanya D*** untuk kepastian. Saya tahu D*** tanya begitu bukan apa, tapi kalau nak diikutkan zaman sekarang ni, ramai orang akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang. Saya waktu mulanya pun bagai tak percaya je kat bapak tu, tapi tak tahu lah.. Air mukanya jelas menampakkan kepayahan hidup yang dia alami, dan cara percakapannya sangat jujur..

" Bapak itu ad tunjuk list ubat yang dia nak beli sekali dengan kad hospital..."
" Berapa banyak wang yang die nak?"
" 15.ooo Rp..."

D*** mengeluarkan 15.ooo Rp. dari purse nya. Segera kami keluar dari masjid. Kelibat bapak itu masih kelihatan tidak jauh dari masjid. Di berhenti di satu sudut, dan tubuhnya berpaling ke satu arah, matanya memandang jauh ke arah itu..ke arah rumah orang masjid.. Bertambah-tambah pilu hati ini melihat bapak ini.. Dia tidak putus asa menunggu orang masjid pulang! Hati ini sangat sedih melihat bapak itu.

Kami segera mendekati bapak itu...

" Bapak, bisa dilihat kad hospital sama senarai obat tadi?" Saya tanyakan pada bapak itu untuk ditunjukkan bukti-bukti tersebut kepada D***. D*** ikut percaya dengan masalah bapak ini.

Di fikiran, merasa betapa mulianya bapak ini, seorang ayah yang sanggup meredah hari yang panas terik, mencari bantuan..membuang rasa malu untuk meminta wang di masjid-masjid bagi menanggung kos perubatan anaknya yang menghidap asthma. Betapa besarnya pengorbanan seorang ayah untuk anaknya!

Mula terbayang-bayang wajah mama dan ayah, betapa rindunya saya pada mama dan ayah.. Betapa saya selama ini tak sedar pengorbanan yang mama dan ayah dah buat untuk saya, bekerja keras, mengumpul wang untuk menghantar saya ke sini untuk menuntut ilmu..Sedangkan saya, di sini sejak dua bulan lalu.. Tanpa sedarnya menggunakan wang yang diberi dengan sesuka-hati, beli baju, beli vcd..Sungguh lapangnya hidup saya di sini, sedangkn mama dan ayah pagi petang bekerja..sudah la harus membayar rumah, kereta, keperluan keluarga..saya ini menambah pula beban mereka...

Mama, ayah..

Maafkan Bilah.. Selama ini, Bilah banyak menyusahkan mama dan ayah.. Bilah banyak buat mama dan ayah risau tentang Bilah.. Tapi sekarang Bilah dah sedar.. Bilah janji, Bilah akan balas pengorbanan dan kepayahan mama dan ayah dengan kejayaan Bilah di sini.. Akan Bilah hadiahkan segulung ijazah khas buat mama dan ayah. Mama dan ayah orang yang Bilah paling sayang! Terima kasih kerana selama ini masih percaya pada Bilah walau Bilah banyak buatkan hati mama dan ayah terluka...I LOVE YOU BOTH!

D*** memberikan wang di tangan kepada bapak itu, tapi D*** masih tak tenang hati.. Segera D*** pulang ke masjid semula untuk mengambil wang selebihnya buat bapak ini..

Sekembalinya D***, terus dia beri wang selebihnya kepada bapak itu..

" Ini pak, lagi 40.000..tadi kan udah diberi 15.000, sama 30.000 yang bapak ada..Jadinya 85.000 Rp. Sudah cukup lah untuk beli ubat buat anak bapak.." Jelas D***.

Kegembiraan benar-benar terpancar dari wajah bapak itu.. Hati saya mngucap syukur, kerna masalah bapak ini untuk membeli ubat sudah selesai.. Berkali-kali, bapak itu mengucapkan terima kasih dan mendoakan kami..Selepas mengucap salam, bapak itu berlalu pergi...

Saya benar-benar terharu, hati saya benar-benar tersentuh! Bertambah syukur bila D*** menceritakan bahawa duit yang tinggal dalam pursenya tadi cukup-cukup 40.000!


Kadang-kadang kita alpa dengan kesenangan duniawi.. Kadang-kadang kita lupa dengan sekeliling..hingga membuatkan kita berdiri megah,bangga dengan apa yang kita miliki.. sehingga kita lalai dan lupa siapa pencipta kita...

Tatkala ditimpa kesusahan, barulah ingat Allah.. Barulah kita tertanya-tanya, kenapa aku yang ditimpa musibah ini? Tapi, kita lupa..Allah telah berfirman, Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya... (Al- Baqarah: 284) Seteruk mana pun musibah yang menimpa kita, sebenarnya ramai lagi yang punya musibah yang lebih berat tapi masih tetap bersyukur.. Mengapa tidak kita?

Saya percaya tiada perkara yang berlaku sepanjang hidup ini adalah secara kebetulan.
Semuanya telah dirancang oleh Allah S.W.T.. Saya percaya ada sebab kenapa saya dan D*** yang dipilih untuk bertemu dengan bapak ini..Walau apapun sebabnya, pasti demi kebaikan kami..

Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar!

.: When Heart Does the Talking :.

6 comments:

Dr Amad said...

Salam...

Baiknya kalian sanggup keluarkan wang sebanyak itu.Cuma,pesanan di Ibnu Sina itu banyak kisahnya.Jadi hati-hati...Manusia itu berbagai ragam,berdoalah insan kita jumpai itu orang yang baik...

Anonymous said...

aslmkum....salam ziarah....

perenggan2 awal menarik mata ni untuk membacanya sampai habis. hehe...tiba2 cerita pasal parent,dan mengingatkan kita tentang apa yang berlaku di sekeliling. insyaAllah semua yang berlaku ada hikmahnya. tak kisahla kita ditipu atau apa,yang penting kita berjaya mengambil 'hikmah' yang Allah nk sampaikan petang tu.

wallahu'alam....=)

p/s : maaf, kurang pasti siapa sebenarnya empunya diri yang bernama bella ni. rajin2 tegurla ye? hehe....

Anonymous said...

erm..amboi.."rajin2 tegurla ye"..hoho...tegur saye jugak ye bella :D

Anonymous said...

duha89 jeles. aiyok....haha. dah kenal dah.=)

Anonymous said...

alamak! dh kantoi..ingatkn nak invisible je...haha..

duha said...

lalla~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails