Saturday 29 November 2008

Adakah Aku Berdosa?

Adakah aku berdosa?
Kerna terlahir rasa benci pada dia..
Walau sungguh hati cuba berdalih...

Adakah aku berdosa?
Merasa benci tatkala hadir dia disisi...
Satu mata pun bagai tak ingin melihatnya...

Dosa kah aku ya Allah?
Bagai ditusuk-tusuk hati ini..
Tak kira apa yang dilafazkan olehnya...
Aku tak dapat menerima...

Allah ya Allah..
Kau yang Maha Kuasa..
Tarik la perasaan yang penuh dosa ini dari hatiku!
Jauhi aku dari syaitan-syaitan yang tak jemu-jemu...
Menanam sifat benci dalam ulu hati ku!

Akan ku usaha ya Allah mencintai hambamu itu..
Aku sedar ya Allah..
Siapa diriku..
Apakah aku layak membenci hamba kejadianMu?

.: When Heart Does the Talking :.

3 comments:

duha said...

jom sama-sama bersihkan hati..
moga Allah memberi cahaya ketenangan dan menyucikan hati hamba-hambaNya yang betul-betul mengharap..

syaitan akan sentiasa berusaha utk tumbuhkan persengketaan dalam hati sesama mukmin..jadi, jangan biar dia berjaye dgn misi die tu..buktikan kita bukan hamba yg lemah :)

jangan bersedih, Innallaha ma'ana

Dr Amad said...

Salam...

Berdosa?satu hal rutin yang manusia lakukan...Kebaikan pada mereka yang sedar akan kesalahan,mahu berubah,dan berusaha ke arah itu...Insyallah,pengampunan Allah tiada bertepi.

Jika berdosa,tau kesalahan,enggan berubah,tiada niat untuk bergerak kearah itu...celakalah manusia tersebut

Anonymous said...

rajin dr.amad sebut perkataan tu...takut dengar. huhu....

btw,baru 1st time ke sini. slmt memblog ye? hehe...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails