Sunday 8 March 2009

Tatkala cinta menghambat, hati kian terpaut...

Saya cintakan awak!
I love you!
Sarang heyo!
Aishiteru!
Wa ai ni!
Je te'aime!
Te amo!
Ana behibak!


Tak kisahlah bahasa apa yang digunakan tapi alangkah indahnya ayat-ayat itu bila dilafazkan oleh orang yang kita cintai, orang yang kita rindu, orang yang kita sayangi, orang yang sering kita berbalas sms..
Tergolek2 atas katil, terbelit2 wayar telefon..( ok2, org skrg mane pakai telefon umah kan..sume pakai mobile phone! Lagi2 nk gayut ngan 'org tersyg', tkut terkantoi ngan parents nnti klu pkai phone umah~)
Seronok bila si bf/gf dok melayan kita dengan suara-suara manja, dengan ayat-ayat puitis..sampai hati yang keras bak batu menjadi cair bak air..


Saya sudah penat melihat geligat kawan-kawan yang asyik berbalas-balas sms..
Bertambah lemas bila mereka mula merengek2 tatkala bf trlambat 1 minit je pun untuk menelefon mereka..
Saya sudah bosan bila segala masalah, moment2 manis dan segalanya ttg bfnye nk dikongsi bersama..

Dulunya, ya! Saya mengaku, saya mnganggap cinta ini boleh jer..
Tak salah selagi kita pandai jage diri kita..
Selagi tak pegang2...tak dosa..

Tapi sangkaan saya meleset tatkala ada teman yang menerangkan bahawa..
COUPLE INI HARAM...
sebab ia menjurus kepada maksiat..
dan ianya sama juga dengan mendekati zina..

Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk. (Surah al-Isra' Ayat 32)


" Mane ad zina, kiteorg bukan dok tmpat gelap..kadang2 pn, kuar ramai2 ngan kawan.."

" Kteorang bkn berdua je, kitaorg dating kt tempat orang ramai.."

Ade je alasannye..

Tapi cube la kita fikir, kalau dah kekasih depan mata, ada ke kita nak toleh2 tempat len, ade ke kita nak dok hirau orang ramai sekeliling?

Tidak kan..apa yang kita hirau pada waktu itu adalah nafsu kita!

"Sayangnye aku kat dia.."

"Hensemnye dia hari ni..bangga aku jadi awek dia.."

Itulah perasaannya, mungkin...

Dari situ, berputik zina hati..bila hati ini tak henti2 berrtasbih nama kekasih kita.. terbayang2 wajah kekasih kita..malam tak boleh tidur tanpa mendengar suaranya..

Astaghfirullah..

" Eleh, ko x penah couple..bleh cakap arr..ko belum rase perasaan bercouple.."

Okey2..Macamne kalau saya cakap, saya pernah terjerumus ke kancah maksiat itu??

Ya! Ya! Ya!

Ingat saya bangga? Ingat saya suka bila saya mengaku kat kawan2 yang saya pernah bercouple gak?

Saya tak rasa bangga walau satu zarah sekalipun..

Saya rasa jijik, saya rasa diri saya penuh dosa, saya rasa saya keji, bodoh kerana pernah membiarkan diri melayani nafsu terhadap sang lelaki..

Saya rasa bersalah terhadap bakal suami saya kelak kerana telah pernah memberi kasih kepada lelaki lain..

Tak perlulah saya ungkit kembali kisah saya yang dulu itu..

Tak ingin saya ingat! Tak ingin saya petri di halaman ini..

Tapi sebenarnya, untuk apa berCOUPLE?

Kerna menagih kasih?

Sungguh, kasih ibu bapa, kasih keluarga dan kasih teman lebih berharga dan mulia..

Mungkin kerna saja2? Nak isi masa lapang?

Sungguh ruginya masamu didunia bila dihabiskan dengan perkara maksiat ini..

Dan diletakkanlah kitab (catatan amal), lalu engkau akan melihat orang yang berdosa merasa ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata, "Betapa celaka kami, kitab apakah ini, tiada yang tertinggal, yang kecil dan yang besar melainkan tercatat semuanya," dan mereka mendapati (semua) apa yang telah mereka kerjakan (tertulis). Dan Tuhan-mu tidak menzalimi seorang jua pun. (Surah al-Kahf Ayat 49)

"Aku dah sayang gile kat dia..takkan la nak pisah gitu jer.."

Anda lebih sayangkan Allah atau si dia?

...Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah al-Baqarah Ayat 216)

Kalau rasa2 dah mampu, tak salahnya nak ke jinjang pelamin..

Kalau niat di hati nak main2 cinta sahaja, lebih baik hentikan.. buat bazir masa je..

'sense of begin with the end of mind'

teringat pula kata2 hasil nukilan Hasrizal Abdul Jamil dalam bukunya yang pertama, 'Aku Terima Nikahnya'..

Jgn memulakan hubungan, jika tidak ada niat untuk berkahwin dalam 2-3 tahun..

Allah meminjamkan masa di dunia untuk kita beribadah...bukan selain daripada itu..

Refresh semula matlamat hidup anda di dunia..

Kenapa anda hidup di atas muka bumi ini?

Untuk apa?

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku. (Surah ad-Dzariyat Ayat 56)

Alhamdulillah, Allah sayangkan saya.. Allah menunjukkan jalan yang dicari2 selama ini..jalan kebenaran..

Syukur saya ditempatkan di matrikulasi, di mana teman-teman seperjuangan saya telah banyak membantu saya..

Syukur saya dihantar belajar ke Indonesia, dimana bertambah-tambah ilmu yang saya pelajari..

Kapada yang sedang bercouple, fikir2kanlah..

Kepada yang nak bercouple, sungguh anda beruntung kerna belum bercouple.. Jauhi segera..

Kepada yang belum bercouple, anda lebih beruntung..kerna hati anda belum mnjerumus ke permasalahan zina ini..Jangan sesekali dekati..


.: When Heart Does da Talking:.

12 comments:

idsyAleeya said...

bella~
katakan benar walaupun pahit..
dan kamu telah melakukan itu!
memang mudah sekali untuk kalah dengan hawa nafsu..
maka akal dan hati harus memainkan peranan yang penting dalam pengawalannya~
mintalah pertolongan Allah dengan jalan sabar dan solat:)

Al-Tuah Al-Shahab said...

Salam,
mmg ssh sbnrnya nk berenti couple, lg ssh drpd nk berenti rokok...
tp, dua2 tu memerlukan pengorbanan n alasan yg tough br bleh stop...
Tuah stop sbb parents, sbb takut nk cite kat parents n bila parents tnya je Tuah couple or merokok ke x, mesti kena tipu jwb x, gila nk jwb ye, mmg kena kat situ jugak...
so, sbb xnk menipu lg Tuah stop dua2...that's meant parents xtau lah...
hukum tu Tuah buat sbgi smpingan je, sbgi penguat azam nk berenti...
Tp, bila rasa nk couple or merokok blk skrg Tuah xpikir parents tp pikir Allah nmpk apa yg Tuah buat, lagipun parents dah jauhkn...
Tp, Tuah tgh berperang dgn perasaan ni, so doalah smoga berjaya smpi kawin nnti...amin

Anonymous said...

bella..
first skali..just nk igtkan..Allah tak pandang pada masa silam seseorang,tapi kalau benar dah berubah..itu yang Allah nilai.. :) (u hv us!!)

couple nih mmg da jd isu atau perkara yg takleh dipisahkan dr hidup remaja..Alhamdulillah yang telah memberi kita cahaya untuk keluar dr kegelapan..

jihad terbesar melwan nafsu sbb nafus ni mmg payah nak dikalahkan..lagi2 ditambah dengan geng die si syaitan yg direjam dok gode kite tetipa hari..so kte kne jadi hamba Allah yg kuat!

pada rakan2 di atas..wahida, tuah..moga kita terus istiqamah atas jalanNya dan dihindarkan dr segala bentuk maksiat iA..

p/s: ilove you! (bukankah lebih cantik bile gune pd jalan yg betul?? :) )

mie said...

salam..semua oerkara tu memang benar... selama mana couple kita boleh bertahan dengan diri kita..bila si dia dah tahu kekurangan diri kita, kemungkinan akan meninggalkan diri kita untuk mencari yang lebih baik.. tapi itu lah fitrah manusia, untuk mencari yang terbaik... bila dah putus, ditinggalkan...mula lah merana, frust , tak boleh nak belajarlah... sampai nak terjun bangunan... itu lah kenyataan pada waktu sekarang.. mereka meletakkan cinta kepada manusia adalah yang utama, bukan cinta kepada Allah... Ish3...

Abell M said...

idsyAleeya- ya btul2..sy stuju..akal dn hati memainkn peranan pnting..keduanya harus brgerak srntak..klu trlalu ikutkn hati, hati mudah simpati pd diri, klu trlalu ikutkn akal..len plak jdinya..

Al-Tuah Al-Shahab- Alhamdulillah, Tuah berjya melawan kedua2nya..mmg susah..sy tabik la! Tryla bntu kwn2 yng masih dok mrokok smpi 20 pntung shari..

Duha- i luv u too..hehe..yup! plg sush adlh jihad mlawn nafsu+ syaitan~
hmm..btul2, couple ni dh jd kebiasaan.. Sbb itulah harus ditgni segera..Kebiasaan itu membawa kebinasaan!

mie- ya, btul ap yg mie nyatakn.. manusia kini lebih mencintai keduniaan drpd penciptanya.. moga2 dijauhkn dr sifat begitu..aminn

Dr Hana said...

Fuh, power betul tajuk post ni bella.mntaaaap!
smoga kita dibantu oleh Allah untuk teguh menjauhi zina hatta sekecil2 zina iaitu zina hati... tu pn parah gak tuT_T

Akal diberikan kepada manusia untuk digunakan, timbanglah mana yang baik dan mana yang buruk tanpa melibatkan emosi. Kalau x guna akal kita samalah macam.......jawab sndiri=)

perasaan yang wujud dalam hati itu fitrah, terserah pada kita bagaimana untuk mencorakkannya.


wallahua'lam

Anonymous said...

couple???hmm..i xbole la dgr psl couple2 nie..huh..hot babe!haha..but then,love is fitrah..but it depends cm ne kter handle..
buat yg ade pengalamn n dh terleps dr cengkaman `couple` nie,help our fwens!!ingt wahai putri2 ku syg..jagalah mahkota anda!
takbir!
miss susi

Anonymous said...

allahuakbar! (menyahut miss susi)

miss susi- haha..at first i tot u were try to talk about hot babes..u know what i mean~
nway, yeah..its is vry important on how we handle our feelings toward sumone dat we like..we might tot dat da boy/girl is da one for us..but it is not actually..how cud dis happened? we can blame the cruelly satan for letting us in a confusion of love!
well, talking bout helping our frens, kinda hard..but what u did juz now to 1 of our beloved frens who seemed to hv a fun time wif ehem2 is totally greatt!! yeay! proud of u gurl!

Anonymous said...

farhana- btul3..akal itu pnting~

anasolehah_7 said...

Assalamualaikum
Kasih dan sayang merupakan fitrah manusia. Allah lebih mengetahuinya dengan menciptakan Hawa untuk Adam.
Allah mengharamkan Zina tetapi Allah menyediakan jalan keluar solusinya dengan Perkahwinan.
Jangan jadi insan yang Zalim (meletakkan suatu perkara bukan pada tempatnya) dengan memberikan hati, perasaan tubuh na'udzhubillah pada insan yang belum halal menjadi milikmu
Apabila maksiat dianggap suatu kebiasaan, mulalah ada yang mengungkapkan tanpa malu "Kami Couple". Sedarlah maksiat tetap maksiat walau dipakaikan dengan keindahan Islam.
Wallahualam

Anonymous said...

salam..1st of all saya nak puji..nice blog..seburuk mana pun masa silam kita bukan sepenuhnya menjadi timbang tara untuk masa depan kita..Hijrah itu penting untuk memulakan anjakan baru dalam hidup,alhamdulillah cik bella telah mendapat hidayah n terbukti allah sayangkan anda dan tak mau anda terus terkapai2.jadi saya harap cik bella terus istiqamah dalam meneruskan perjuangan intifada hati anda..

Abell M said...

anasolehah_7- pnjg lebar kak aimi jelaskn perihal ini..terima kasih..=) memantapkan lg penguraian sy yg masih kurg ilmu d dada..

prince_pekan- hee..ofcoz la nice..tgk la tuan punye blog cmne..nice gak kn~
dalam hidup, mmg kita itu perlu berhijrah utk mnjadi muslim yg lebih baik dan meneruskn perjuangn sbg hamba Allah di bumi.. Bertmbh2 penting adlh istiqamah, tak kisah sekecil mne ibadah yg kita buat.. Berdoalah agr amalan kita di dunia tidak sia2

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails